Cupcakes choc.moist

Order dr mizz adiq, green n purple theme..Cupcakes choc.moist
Cupcakes sblm deko..
 
Cupcakes yang telah siap di deko..

Ini adalah cupcakes choc moist with buttercream, small size. Harga adalah Rm1, 1 pcs. Jika order melebihi 20 pcs, harga akan dikurangkan kpd Rm0.80 per pcs. Kalau anda rasa teringin nak mkn cupcakes, sila la order dan hubungi kami menerusi email dan telefon yg tertera di atas. Tq

 Ready to delivery

Cocktail Cheese Cake

Ini adalah promo Cocktail cheese cake..

 Harga adalah Rm25 untuk 1/2 kg..jika berminat bolehlah tempah kek ini. Tq

APAM

Ini adalah antara apam2 yang selalu buat dan sering mendapat permintaan dari pelanggan.
Apam coklat ( saiz biasa) papercup no.9

Apam gula hangus sebelum di kukus

Apam gula hangus yang telah siap dikukus

Apam gula hangus ( saiz biasa )

 Apam yang seterusnya ni adalah Apam isabella. Kenapa apam isabella? aku pun sebenarnya kurang pasti..tapi pelanggan2 aku memang panggil apam ni ' apam isabella '..haha..unik kan nama..mungkin apam ni cantik mcm isabella kot?



Inilah rupa apam isabella setelah dikukus..

Apam isabella ( saiz biasa )

Kami juga membuat saiz mini untuk apam2 ini. Sesuai untuk pelbagai jenis majlis sebagai juadah sampingan..kerana saiznya yang mini hanya sekali telan atau sekali ngap saja..hehe..

Harga untuk apam saiz biasa adalah RM0.50 ( sebiji ), saiz mini RM 1 ( 4 biji )

Ingin tahu lebih lanjut, silalah email atau telefon seperti yang tertera. Tq.

KEK

Ini kek coklat mint..yang hijau tu adalah papermint..so, ada rasa dingin2 kalo di makan..erm,nyum..

Kek coklat mint

Blended orange cake



Makluman harga kek seperti kek2 ini adalah Rm28 ( sebiji ), Rm 15 ( 1 bar ), bermaksud 1/2 dari sebiji kek.

Entri kek

Harga kek2 ini adalah RM28 sebiji dan RM15 1/2 biji..

Kek berkastad



Kek marble susu



Kek span strawberi


Birthday putri 4th..

Birthday cake 4 my niece, putri 4 yrs..choc.cake with choc.buttercream..

Ini plak birthday girl ngan adiknya waie..

Rilek ja dorang dgn baju tidur dorang tu..hehe..

LIZA ENTERPRISE..

  Kali ni aku nak cite skit latar belakang Liza Enterprise. Ini adalah nama lesen perniagaan yang kami gunakan dalam menjalankan bisnes kami. Sebenarnya selain menjual aneka produk kuih muih dan kek, kami juga membekalkan produk kuih muih dan sebagainya di asrama sekolah seperti SMK. Padang Berampah selama 2 thn dan SMK. Pengiran Omar 2 Sipitang selama 6 bln. Kami juga memberikan perkhimatan katering untuk majlis perkahwinan, mesyuarat, kursus dan pelbagai jenis majlis.
  Selain tu, kami juga membekalkan produk kuih muih ke restoran yang tertentu dan juga tamu. Sekiranya ada perayaan atau pesta di Sipitang seperti Pesta GATA ( Gasing dan tamu besar ), kami akan turut serta buka gerai. Bermula tahun 2009, kami juga menerima tempahan membuat biskut raya. Pelbagai biskut yang kami buat. Bagi yang berminat bolehlah hubungi kami melalui email atau telefon seperti yang tertera. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog kami ni.

Kek dan mufin

Kek dan mufin ni aku buat untuk jual di restoran..

Kek kukus lapis jem blueberi
Harga RM 35 ( sebiji ),RM20 1 bar @ 1/2 biji

 Mufin pandan dgn hiasan badam

Mufin sebelum dibakar..

Harga mufin ini RM 0.80 sebiji

Setelah siap dibakar..

Kek dan mufin ni telah siap di pek untuk di jual ke restoran..

Kuih-muih

Ini adalah kuih-muih yang dibuat ketika katering di Perpustakaan Sipitang untuk peserta kursus kontraktor.


 Buah melaka @ onde-onde



Burger kampung



Puteri mandi

Kek sarang semut

Cupcakes angry bird

Ni request anak buah..dorang mau mintak deko angry bird di cupcakes bday dorang. Herm, ikutkan la permintaan dorang ni kan..hehe..

 Cupcakes angry bird with doraemon n hello kitty

 Angry bird



Harga RM1.50 sebiji ( medium/normal size )

Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi melalui email dan telefon seperti yang tertera. Tq..

Fruit Cocktail Cake

Entri kali ni adalah fruit cocktail cake. Kek ni kakak sepupu order sempena hari ibu..

Fruit Cocktail Cake, Harga RM50 ( 1.5kg )