KUIH LAPIS DWI WARNA |
Terus saja bercerita tentang entri yang aku siarkan ni iaitu kuih lapis dwi warna yang dibuat baru-baru ni juga..syukur la nampaknya kemahiran aku dalam membuat kuih-muih tradisional ni semakin meningkat..berkat rajin mencuba dan sikap tidak putus asa untuk mencuba menghasilkan kuih-muih tradisi ni dengan baik..dari segi potongan kuih pun semakin baik..kurang comot..lagipun, aku pernah terbaca tips untuk memotong kuih begini dan sejenis dengannya selain potong ketika betul-betul sejuk..kena potong pakai pisau plastik supaya potongan nampak cantik dan kemas..so, aku pakai la pisau potong kek harijadi..hehe..
Ni hasil kuih setelah sejuk dan dikeluarkan dari loyang..
Potong untuk melihat lapisan..
Kalau ada yang ingin try dan merasa kuih ni, sila la order dan email atau telefon no. kami yang tertera di atas ini yek..tq.
Susah ke nak kuih ni
ReplyDeletetak la susah sangat nak buat cuma agak remeh sikit la kerjanya :D
ReplyDelete