Majlis Cukur Jambul Daliya Farisha

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..


Sebenarnya entri yang aku siarkan ni adalah majlis kenduri cukur jambul Daliya Farisha Bt. Zainuren iaitu anak kedua dari Dk.Fatin Hazirah iaitu sepupu aku dan pasangannya Zainuren..majlis diadakan pada hari sabtu yang lepas iaitu pada 26 Januari 2013..majlis yang sederhana dan dihadiri oleh keluarga dan jiran terdekat..

Majlis dimulakan dengan acara berdikir sambil cukur jambul 'baby Bunga'..dikalangan keluarga kami gelar baby Daliya tu dengan nama bunga sebab Daliya tu macam nama bunga Dahlia..hihi..kemudian majlis disudahi dengan bacaan doa dan jamuan makan tenghari..

Ni la baby Bunga yang baru berumur sebulan lebih ketika majlis cukur jambulnya diadakan..sepanjang majlis ni, baby Bunga langsung tidak menangis atau cerewet..dia betul-betul cool..
Tengokla dia tu, comel sangat kan..dilahirkan pada 9 Disember 2012..awal 10 hari dari tarikh jangkaan..dilahirkan dengan proses normal..baby Bunga ni kuat tidur dan tidak cengeng..dia nangis bila lapar ja..









 Yang pegang baby Bunga tu Babahnya dan pegang dulang tu pula Acik Amie..
Tengah gunting rambut tu la mama kesayanganku..Pn. Norsiah..ditepi-tepi tu anak-anak buah aku..










 Ni wajib ubi yang dibuat untuk majlis ni..
 Ni gift yang diberikan kepada tetamu2 yang gunting rambut baby..
Kelupis pun ada juga..













Ni pula kami panggil 'campur' yang diberikan buat tetamu yang datang..ada minuman kotak dan kuih muih, biskut dan manisan didalamnya.

Ini adalah antara menu jamuan yang sempat aku gambar..antaranya adalah kari ayam, pajeri nanas, telur masak merah, acar timun, ikan goreng, telur masin dan pucuk ubi masak dengan ikan masin..em, sedap sungguh..sampai penuh pinggan aku makan hidangan ni..makan begini ni langsung tidak bleh diet..adui, sebenarnya ada lagi beberapa menu yang aku tidak sempat ambik..

Okey la, sampai sini ja dulu cerita aku tentang majlis cukur jambul ni..so, kita jumpa lagi di entri yang akan datang pula ya..daa..

KEK MARJERIN PELANGI

Assalamualaikum dan selamat malam diucapkan buat semua pengunjung blog Sweet Red Cherry...

Syukur kerana kita masih dapat bertemu lagi pada malam ni..hari ni adalah hari ulangtahun bapaku yang ke-66..alhamdulillah beliau masih lagi dipanjangkan umur dan kami masih lagi dapat berkumpul sekeluarga bersama..kami ada juga menyambut hari lahir beliau.. hanya buat sambutan yang sangat simple tadi..so, entrinya akan aku siarkan bila tiba masa..baiklah sebelum aku masuk tidur..aku mau kongsikan gambar kek yang telah aku buat pada minggu lepas iaitu Kek Marjerin Pelangi..

KEK MARJERIN PELANGI
Kek ni paling senang untuk dibuat kerana hanya perlukan bahan-bahan asas untuk membuat kek seperti marjerin, tepung gandum, gula, telur dan esen vanila..untuk color pelangi tu hanya bubuh beberapa pewarna makanan yang disukai dan corakkan seperti yang dinginkan..

Memang aku paling suka buat apa saja terutama kek yang pelbagai warna..kalau ada yang perasan, aku memang banyak buat dan siarkan gambar kek yang colorful..bagi aku ianya sangat menarik dan ceria..
Kek ni lembut teksturnya dan sangat sesuai dimakan ketika minum pagi ataupun 'hi-tea' petang2..apapun, suka hati la mau makan bila-bila masa pun kan..ngap ja la..hihi..








KEK BELANG ZEBRA

Hello semua, assalamualaikum dan salam sejahtera...


Sebenarnya aku agak kurang sihat hari ni..ni pun baru ja bangun tidur tapi tangan aku ni gatal ja mau pegang laptop dan update entri baru dalam blog kesayangan aku ni..untuk tontonan pengunjung semua, aku publish entri Kek Belang Zebra untuk petang ni..hasil kejadian kek ini sangat cantik..malah bukan saja cantik tapi rasanya pun sedap..tekstur kek pun lembut ja..kek ni berperisa vanila dan coklat..

KEK BELANG ZEBRA
 Resepi sudah lama tersimpan dan baru kali ni aku buat dan siarkan kek ni..aku dapat resepi adalah hasil aku google di internet..lupa pula sapa yang punya resepi asal kek ni..maaf ya..

Aku suka la tengok kek ni sebab belangnya tu menjadi..hehe
Rugi tau kalau nda cuba makan kek ni sebabnya kek ni sedaaap..jika anda teringin makan kek ni, apa tunggu lagi..order ja dengan kami..email atau call ja ke talian yang tertera di atas ni..tq

DOUBLE CHOC.BANANA MUFIN

SALAM SEJAHTERA...

Selamat petang..selamat bersua lagi kita pada petang hari ni..okeylah tanpa cerita panjang lagi aku terus ja ingin kongsikan dengan semua pengunjung blog SRC tentang entri mufin yang telah aku buat baru-baru ni iaitu Double Choc. Banana Mufin..

DOUBLE CHOC.BANANA MUFIN
Mufin ni sangat menarik kerana ada rasa pisang kemudian ada rasa coklat yang berganda dalam mufin ni..aku bubuh serbuk koko dan juga coklat cip dalam adunan mufin ni..peminat coklat mesti sukakan mufin ni juga.
Yang ni aku buat dalam versi yang comel-comel ja..buat dalam versi small untuk jualan..

Baiklah semua, kita jumpa di lain entri pula ya..badan ni rasa kurang baik pula..bye.-wasalam-

PUDING KEK

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Salam ceria dan salam manis diucapkan buat semua pengunjung blog SRC..terima kasih ya kerana sudi berkunjung ke blog kami yang tidak seberapa ini..untuk kali ni pula aku menyiarkan pula Puding Kek sebagai entri..mula-mula nampak gambar dan resepi puding kek ni aku sudah tertarik..kerana resepinya yang sangat senang untuk diikuti dan aku juga memang suka buat puding..so, nampaknya puding kek ni agak lain dari yang lain..jom kita lihat gambar puding pula..

PUDING KEK

Puding kek ni maksudnya ada kek yang dipotong kiub dalam adunan puding ni. Kek adalah mengikut citarasa masing-masing untuk dimasukkan..terpulang la..untuk puding yang aku buat ni aku bubuh kek majerin pelangi..
Begini hasil puding kek setelah di potong..em, betul la..puding ni sangat sedap..dengan gabungan kek dalam puding ni..menjadikan puding ni unik bagi aku..aku suka sangat dengan puding ni..












Baiklah semua, aku tinggalkan korang dengan entri puding kek..nantikan apa pula entri yang akan aku siarkan akan datang..babai..wasalam.

MINI RED VELVET KEK

Hai semunya..


Selamat sejahtera..nampaknya cuaca pada petang ni tidakla panas sangat..angin pun bertiup bukan satakat sepoi-sepoi bahasa tapi angin yang meniup tu boleh sampai mengerbangkan rambut..ish..ish..ish...baiklah, untuk entri yang seterusnya ini adalah Mini Red Velvet Kek..actually, aku buat kek ni saja suka2..untuk dimakan la lagipun aku tertarik sangat dengan resepinya yang sangat simple tu..resepi pun ambik sudah lama tapi baru ada masa untuk menghasilkan kek ni.


Resepi asal adalah Dari Dapur CT..sebenarnya aku tu buat Mini Pink Velvet Kek tapi hasil kejadian kek tidak la pula jadi color pink..alahai..warnanya tetap merah ja..mungkin ada kesilapan teknikal ketika aku membuat kek ni..tapi, rasanya masih lagi seperti red velvet..hihi..dan untuk frostingnya pula aku salutkan kek dengan fresh cream ja..em, yummy..yang paling suka 2 orang anak buah aku, Putri & Waie.. dorang suka betul makan kek ni..bukan apa, yang penting krim kek tu yang habis duluan..hehe..

Ni rupa mini red velvet kek sebelum salut seluruh kek dengan fresh cream..bahagian atas yang agak mengelembung tu aku potong..
 Ni pula adalah bekas tin susu yang aku gunakan sebagai loyang mini kek ini..

Aku deko simple ja..sebab aku deko pun sudah lewat malam..badan sudah penat dan mata pun mengantuk..so, ni ja la deko yang aku buat..tabur dengan kek yang telah dihancurkan sebagai hiasan di atas kek..okey la, kita jumpa di lain entri pula ya..bye..

BANANA CAKE

Assalamualaikum & salam sejahtera diucapkan buat semua pengunjung blog Sweet Red Cherry..


Kita bersua lagi pada petang yang indah ini..entri pertama pada petang ni adalah Banana Cake..baru-baru ni pun aku baru ja siarkan mengenai Soft Banana Cupcakes..so, hari ni kek pisang lagi..bukan apa..aku tu mau menghabiskan stok pisang yang ada di rumah ni..Kek pisang ni hasil kejadiannya sangat la lembut..lupa pula resepinya aku ambik dari mana tapi ianya hasil aku google di internet..resepi kek ni adalah antara resepi banana cake yang aku suka buat..jom kita lihat gambar kek..

BANANA CAKE

Sebelum ni aku juga pernah menyiarkan kek ini..buat yang belum tau, kek ni bukan saja lembut tapi kek ni sedap sangat..terasa rasa pisang dalam kek ni..tiada penggunaan esen pisang tapi hanya menggunakan 100% pisang masak segar yang dilecek..
Senang ja buat kek ni..kalau mau try makan kek ni, jangan malu2 jangan segan2..tempah ja dengan kami..pertanyaan dan tempahan boleh dibuat menerusi email atau kol ke talian telefon kami yang tertera di atas ini. Tq..

MUFIN KELAPA

SELAMAT SEJAHTERA..


Hai, salam manis dan salam ceria untuk semuanya..semantara ada masa-masa yang terluang ni aku akan gunakannya untuk berehat sambil update entri2 yang baru dalam blog ni untuk tontonan pengunjung blog Sweet Red Cherry..entri seterusnya adalah Mufin Kelapa..

MUFIN KELAPA
Mufin kelapa ni memang sedap kerana rasa kelapa tu terasa bila makan mufin ni..selain kelapa kering, aku juga bubuh sedikit serbuk santan kelapa untuk sikit rasa lemak dalam mufin ni..

Kelapa kering ditaburkan atas mufin sebagai hiasan..aku buat dalam saiz small..
Mufin yang bersaiz kecil macam ni kalau makan tidak la membazir sangatkan..















Pertanyaan dan tempahan, anda boleh hubungi kami menerusi email dan juga talian telefon kami yang tertera di atas ini..tq.

KUIH TALAM BERLAUK

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Untuk kali ini pula, aku publishkan pula entri kuih yang telah aku buat sebelum ini..nama kuihnya adalah Kuih Talam Berlauk..kuih ni memang unik sebab kuih talam ni tidak seperti kuih talam yang aku buat sebelum-sebelum ni..unik kerana kuih talam  ni mengandungi daun bawang, daun sup, isi udang yang dicincang dan lada merah besar..sepatutnya guna udang geragau tapi aku hanya guna isi udang segar..

KUIH TALAM BERLAUK
Walaupun ini pertama kali aku buat kuih talam berlauk ni, alhamdulillah ianya menjadi..rasa kuih talam ni sedap..ada rasa masin-masin sikit dan lemak santan kelapa..antara bahan lain untuk kuih talam ni adalah tepung beras..


 Kalau makan kuih ni kena cicah dengan sos cili..ui, memang sedap..


Untuk resepi kuih talam ni, aku dapat dari buku resepi Aneka Minuman Petang keluaran Alaf 21..kebanyakan resepi dalam buku ni adalah resepi minuman petang yang sering kita makan dan resepinya juga senang serta mudah untuk dicuba..bagi amatur seperti aku, buku ni sangat sesuai dijadikan sebagai panduan dalam menghasilkan kuih-muih tradisi..

SOFT BANANA CUPCAKES

SALAM SEJAHTERA..


Aku baru ja lepas lunch ni...alhamdulillah memang kenyang..puas hati sangat sebab hari ni dapat makan Nasi Ayam resepi mama aku sendiri..2x juga aku tambah nasi..hehe, adui bertambah la berat badan aku lagi..nasi ayam ni merupakan favourite kami sekeluarga dan saudara-mara yang lain juga yang biasa makan nasi ayam buatan mama aku..okeyla, bukan menu lunch hari ni yang aku siarkan sekarang ni..tapi, aku siarkan mengenai entri Soft Banana Cupcakes..sekali lagi resepi yang aku buat ni adalah Dari Dapur CT..
SOFT BANANA CUPCAKES
Kalau mau tau, cupcakes ini betul-betul soft..dengan menggunakan pisang yang dilecek, aku juga bubuh sedikit esen pisang untuk bau yang lebih wangi..aku hiriskan pisang dan letak di atas cupcakes sebagai hiasan.. apapun, sedap tau..


 Untuk yang ini, aku buat dalam saiz medium @ normal..


Di sini kami dari blog SRC amat berterima kasih pada semua yang telah menyokong blog ini, pengunjung-pengunjung blog, 'all silent reader' dan yang telah menjadi follower kami, Deqare_alya..thanx banyak-banyak..kami amat mengalu-alukan anda menjadi follower kami dan boleh beri sebarang komen..sekiranya ada kekurangan dalam blog kami ini, harap maaf..sebagai blogger yang masih baru dalam dunia blogging ni banyak lagi perkara yang harus dipelajari. Insyaallah, kami akan sentiasa memperbaikinya pada masa akan datang..

KEK COKLAT CIP

Hallo, assalamualaikum dan salam sejahtera..


Syukur alhamdulillah kita bersua lagi pada hari ini..aku minta maaf kerana kemarin aku tidak ada memuatkan sebarang entri baru kerana aku agak sibuk sedikit kerana pergi ke rumah sepupu, ada majlis 'potong jambul' untuk anak perempuannya yang berumur sebulan lebih..entrinya akan aku siarkan kemudian..harus menunggu turn..baiklah, entri pada pagi ini adalah Kek Coklat Cip..

KEK COKLAT CIP
Kek coklat cip ni memang sedap dan teksturnya juga lembut..untuk kek ini aku tidak ada menggunakan serbuk koko tapi hanya menggunakan milo sahaja..sebab tu la warna kek ni tidak begitu coklat..walaubagaimanapun, kek ni tetap sedap..apalagi dengan coklat cip yang ada dalam kek dan juga di atas kek ini..terasa juga rasa coklat dari coklat cip tu..

Lihat la betapa banyaknya coklat cip dalam kek ni..
Kek yang aku buat ni adalah tempahan..dan kek ini suda di potong mengikut citarasa pelanggan..















Tempahan produk kuih muih kami boleh dilakukan menerusi email dan talian telefon yang tertera di atas ini..terima kasih.

EASY PEASY VANILA CUPCAKES

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari tu aku ada buat cupcakes tapi macam biasa kerana ianya entri yang tertunda maka aku baru dapat siarkan pada hari ni..cupcakes yang aku buat untuk kali ni adalah resepi yang sangat mudah untuk dibuat..resepi yang senang ni pun hasil aku selongkar blog resepi..lupa la pula apa nama blog tu..Easy Peasy Vanila Cupcakes adalah nama cc yang aku buat..

EASY PEASY VANILA CUPCAKES
Kalau ikutkan resepi ni kena bagi buttercream sebagai hiasan di atasnya..tapi untuk yang aku buat ni aku tidak bagi cream..aku hanya taburkan dengan coklat rice sebagai hiasan..


 Untuk cc ni aku buat dalam versi yang kecil..small..comel ja..



Untuk sebarang pertanyaan mahupun tempahan, sila email atau telefon kami untuk tahu lebih lanjut lagi..terima kasih..

KEK MARBLE LEMBUT

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA..


Selamat petang..sekarang ni aku ada lebih masa sikit berehat..jadi ambik la peluang ni untuk mengupdate lagi blog kesayangan aku ni..baiklah, entri yang seterusnya ini adalah Kek Marble Lembut..sebelum ni pernah juga siarkan kek ni..rasanya dalam tahun lepas..kek ni seperti namanya, ia betul-betul lembut..kek ini mempunyai 3 perisa iaitu coklat, oren dan strawberi..kek yang sedap sangat..

KEK MARBLE LEMBUT

Kek yang aku buat ni adalah tempahan..yang aku suka dengan kek ni selain ianya moist tapi suka dengan bau wangi oren dalam kek ni..
Kalau ada yang ingin mencuba dan mau order, sila la email atau terus kol kami di talian kami yang tertera di atas ini ya..terima kasih..

TALAM TEPUNG BERAS

SALAM SEJAHTERA..


Salam manis diucapkan buat semua pengunjung blog SRC...hai, kita bertemu lagi lagi pada petang ni. Sebenarnya niat dihati mau update blog kemarin tapi aku rasa kurang sihat pula..kepala aku berdenyut-denyut..sakit kepala..so,aku terpaksa la tangguhkan niat aku tu..tapi, hari ni syukur alhamdulillah suda sihat..

Baiklah, entri yang aku siarkan pada petang ini adalah Talam Tepung Beras..resepi kelihatan menarik untuk di cuba dan buat..resepi ni aku ambik dari dapur CT juga..banyak juga resepi yang aku blog ni aku telah cuba dan menjadi..tq pada Siti Delima kerana berkongsi banyak resepi..

TALAM TEPUNG BERAS
Rasa talam tepung beras ni memang sedap la..terasa lemak-lemak manis kuih ni..uniknya resepi ni selain menggunakan gula merah untuk lapisan atas tapi juga dibubuh dengan sedikit coklat emulco..


Okeylah semua, kita jumpa di lain entri pula ya..

KEK STRAWBERI COKLAT


ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Selamat malam semua pengunjung blog SRC..syukur kita bersua lagi pada malam ini.Baiklah, apa yang aku mau siarkan malam ni adalah Kek Strawberi Coklat..untuk kek ni aku perisakan dengan coklat emulco + serbuk koko dan juga strawberi paste + color pink..apapun, gabungan kedua-dua perisa ni memang sangat sepadan dan menjadikan rasa kek ni sedap..

KEK STRAWBERI COKLAT

Aku ada sorang customer yang minat sangat makan kek ni..kalau dia beli kek yang aku slice begini..dia akan datang beli berkali-kali pada hari yang sama..apapun, thanx banyak-banyak ya..
Kek ni bertekstur lembut..sedap ja dimakan..apalagi kalau time minum petang..















Jika ada yang berminat untuk menempah, anda boleh email dan call kami untuk tahu lebih lanjut lagi. Harga adalah berpatutan..terima kasih.