ORDER: KEK TIRAMISU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semantara menunggu kuih yang aku buat tu masak, aku ambik kesempatan ni untuk memasukkan satu lagi entri baru yang tertunda..sebenarnya hari ni agak sibuk juga menyiapkan tempahan kuih-muih yang telah ditempah seawal minggu lepas..kuih-muih ni ditempah untuk kenduri arwah makcik esok..entri tentang tempahan kuih ni akan aku siarkan nanti sebab harus tunggu giliran untuk ditayangkan..hehe..

Baiklah entri pada petang ni adalah order kek birthday yang ditempah pada 20hb Mei iaitu pada hari isnin baru-baru ni..yang menempah ni bernama Cikgu Nor yang mahukan Kek Tiramisu seberat 1kg untuk sambutan ulangtahun di Pra-sekolah pada 21hb Mei..dia telefon aku pada petang isnin tu dan mahu ambil kek pada esok paginya seawal 6.20pagi kerana kek tersebut perlu dibawa ke sekolah..so, lepas ja ditelefon tu aku terus menggodek di dapur menyiapkan kek..nasiblah semua bahan-bahan kek ada aku stok di rumah..biasalah, takut terima tempahan mengejut macam ni..lebih kurang 11.30 malam baru aku selesai buat kek ni..alhamdulillah..

Ini kali kedua Cikgu Nor tempah kek dengan aku..yang pertama tu dia order Red Velvet Cake untuk birthday..syukur la..harap-harap Cikgu Nor berpuas hati dengan hasil kek yang aku buat dan menepati seleranya..

Jom kita lihat gambar-gambar kek pula..

KEK TIRAMISU
TIRAMISU KEK
BERAT: 1KG
FILLING & TOPPING: CREAM CHEESE FROSTING
HIASAN: COKLAT RICE, COKLAT CIP & MARASCHINO CHERRY
HARGA: RM 45

 Cikgu Nor maukan wordingnya adalah 'Selamat hari lahir Pra-sekolah Jan-Jun'..aku tuliskan wordingnya di board kek..


Resepi kek ni pernah aku kongsikan di entri yang lalu.. Okeylah ya, sampai sini saja dulu coretanku pada kali ni..kita jumpa di lain entri pula ya..

Bagi yang mau menempah atau ada sebarang pertanyaan, sila hantar email anda atau kol/sms ke talian kami yang tertera di atas tu ya..terima kasih..

6 comments:

  1. cantiknya kek
    dan pastinya sedap tiramisu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mama saranur..tiramisu semestinya sedap..heheh..

      Delete
  2. sedapnya kek tiramisu.. deko pun cantik.. kat dalam lagi la sure sedap,,

    ReplyDelete
  3. nomnom...sedapnya...teringin plak :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiramisu kek sedap rasanya..kalau teringin sila la cuba..hihi..

      Delete