TEMPAHAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Hai semuanya..alhamdulillah kerana kembali bersiaran pada malam ni..tiada masa mau menghadap laptop..sibuk dengan tempahan yang masuk sempena cuti sekolah ni..syukur alhamdulillah atas rezeki ni..baiklah, orang kata walaupun malam masih muda tapi mata ni terasa berat..mengantuk la..penat kerana membereskan kerja-kerja aku yang tertangguh..so, tanpa buang masa aku mau siarkan tentang entri tempahan yang kami terima pada minggu lepas iaitu pada 26 Mei yang lalu iaitu pada hari ahad yang telah di tempah oleh pakcik ( Hj.Sitam - abang sulung my dad ) sempena kenduri arwah isterinya ( Hj Zaharah ) yang telah kembali ke rahmatullah akibat kanser beberapa tahun yang lalu..

Oleh kerana kenduri ni diadakan pada jam 2 petang maka menu yang diminta pun adalah menu yang sesuai untuk minum petang. Antaranya adalah Kuih bakar pandan, Apam gula hangus, Kelupis, Mee goreng dan mihun goreng..so, simple ja la kan menunya..

KUIH BAKAR PANDAN

APAM GULA HANGUS

KELUPIS

MIHUN GORENG

MEE GORENG
Ni la dia menu yang ditempah..okey la, katil macam dah lambai-lambai ja ni..mau baring dan rehatkan mata yang ngantuk ni dulu..walaupun belum makan malam, aku abaikan ja la dulu..yang penting tidur..hihi..okey semua..goodnite n chow  -wasalam-

2 comments:

  1. salam wah ada tempahan lagi .. alhamdulillah bertambah rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam wani..

      alhamdulillah..musim cuti sekolah ni tempahan agak banyak jugak..syukur..

      Delete