AGAR-AGAR KERING

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Hai, semuanya..salam sejahtera..buat apa tu? ada yang tengah berehat-rehat ataupun ada yang baru makan tengahari..em, lambatnya..ataupun ada yang tengah melakukan aktiviti bersama teman atau keluarga tersayang..apapun ingatlah, ketika kita tengah bersantai.ada pula yang bekerja..dan adakala kita sedang bergembira..ada pula yang berduka..alahai..

Okey la, pada petang ni aku mau siarkan tentang Agar-agar kering..ada yang baru dengar ataupun baru pernah nampak..rasa agar-agar ni manis dan sedap..rasanya agak 'crunchy' bila dimakan..kalau di sini, bila tiba bulan puasa baru la nampak agar-agar kering ni dijual..dulu arwah nenek la yang selalu buat agar-agar kering ni bila tiba hari raya..kiranya setiap kali raya harus ada lah agar-agar ni sebagai hidangan.

AGAR-AGAR KERING, HARGA RM 2 ( 100 GM )
Proses membuat agar-agar kering ni memang mengambil masa yang agak lama sedikit. Apabila kering, warnanya akan bertukar sedikit keputihan dan teksturnya keras tapi ranggup dimakan. Proses pengeringan mengambil masa beberapa hari. Adakalanya sampai seminggu kerana sangat bergantung dengan cuaca panas. Musuh utama ketika proses pengeringan ni adalah semut dan juga hujan..so, kena la rajin tengok agar-agar tu supaya tidak dihurung semut..jika cuaca yang baik, maka tidak sampai seminggu agar-agar ni akan kering. Haruslah sering dibalik-balikkan agar-agar ni supaya keringnya sama rata..


Aku juga kongsikan resepi agar-agar kering ni di sini..Bagi yang mau mencuba tu silakan semak resepinya di bawah ni ya..

RESEPI: AGAR-AGAR KERING
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
10gm agar-agar tali
100 ml air
100 g gula pasir
80 g gula batu
Perisa & pewarna disukai ( aku bubuh esen & pewarna oren )

CARA MEMBUATNYA:
- Rendam agar-agar terlebih dahulu untuk lembutkan agar-agar.
- Rebus agar-agar dan air dalam periuk hingga mendidih.
- Masuk gula pasir dan gula batu hingga mendidih dan gula hancur.
- Tuang dalam loyang dan bubuh perisa dan pewarna pilihan.
- Setelah sejuk, potong dengan pemotong agar-agar mengikut bentuk yang disukai.
- Jemur hingga kering.
- Balik-balikkan supaya kering sekata.
Jemur hingga tidak melekat dalam tempoh seminggu.

-Selamat Mencuba-


AGAR-AGAR KERING, RM 2 ( 100GM )
 Bagi yang berminat untuk mendapatkan agar-agar kering ni..sila hubungi kami melalui talian telefon atau hantar email terus kepada kami bagi maklumat lanjut..


Okey ya semuanya, aku perlu buat tempahan kek birthday yang akan diambil pada malam ni..so, nantikan entri pada masa akan datang..terima kasih kerana membaca entri ni..sekian..-wasalam-.

13 comments:

  1. Raya nanti bolehlah k.gee oder yer...

    ReplyDelete
  2. jarang nak dapat agar2 kering ni sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tu kak..memang susah nak dapatkan agar-agar ni sekarang..sudah jarang org buat..

      Delete
  3. salam sonangnya nak buat .. hihi memang x pernah buat lagi agar2 kering ni.. thank you sudi share resepi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam juga wani..

      ya, agar-agar ni memang senang mau buat tapi ambik proses lama sikit la..sama2 juga wani..try la nanti ya.

      Delete
  4. rajinnya,terasa mcm nk raya he heee dulu2 2,3 bln nak raya dah buat agar2 ni sb nak jemur kering tu kan
    mak sedara akak rajinlah mcm2 kaler dia buat

    ReplyDelete
  5. yalah kak..posa pun dah x lama lagi..so, permintaan agar-agar kering ni agak tinggi..sebab tu la buat awal..tau la lama mau kering..warna dan perisa boleh dipelbagaikan..

    ReplyDelete
  6. aslmkum salwana, slm kunjung bls , tokeh kek rupanya.. agar2 kering ni kuih raya org lama2.. ingat masa kecik2 dulu.. dah buka oder utk raya ye.. smga mendapat byk tempahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..

      terima kasih banyak ya buat kunjungan disni..buat bisnes kecil-kecil..hehe..thanx ya..amin.

      Delete
  7. agar2 n i dulu zaman akak budak2 sangat femes especially time raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..dulu-dulu agar2 kering sangat femes..

      Delete
  8. selalu mak buat.. akak x penah tau lama gak proses dia kan.. buatnyer mudah nak bg kering tu lama gak yer..

    ReplyDelete