BISKUT SUJI SALJU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya...

Selamat cuti hujung minggu..ada yang kurang sibuk pada hari ni dan pada masa ni la baru dapat berehat dan melakukan aktiviti kegemaran masing-masing..tapi bagi yang bisnes macam aku ni hari-hari sibuk memyiapkan kuih untuk jualan dan juga tempahan pelanggan..so, bila ada masa lapang tu baru dapat berehat..tapi, aku sukakan apa yang aku buat ni kerana aku minat melakukannya..so, aku enjoy dengan bisnes yang aku buat..apalagi hasil tangan disukai pelanggan..membuatkan aku rasa hepi..terima kasih pada semua pelanggan yang telah menempah dengan kami..kami akan sentiasa meningkatkan kualiti produk kami..

Baiklah, untuk petang ni aku mau kongsikan entri biskut..masih banyak lagi biskut yang masih dalam folder yang belum disiarkan dimana biskut-biskut ni aku buat untuk aku cuba cuba sendiri dan untuk tester kepada pelanggan..Hari ni aku siarkan entri Biskut Suji Salju..salah satu biskut yang popular juga dan aku ja yang ketinggalan untuk mencubanya..heheh..memang tidak menyesal la buat biskut ni sebab memang sedap rasanya..ranggup dimakan dan ada taburan susu di atasnya memang menepati seleraku..aku suka ni biskut yang ada susu..hihi..resepinya aku ambik dari Yatiememories..tq kak share resepi biskut ni..suka sangat dengan biskut ni..
BISKUT SUJI SALJU


Bagi anda yang mau mencuba buat biskut ni juga..haa, sila la semak resepinya di bawah..mohon ya kak yatie aku panjangkan resepinya di sini..tq..

RESEPI: BISKUT SUJI SALJU
SUMBER: YATIEMEMORIES
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
150 g minyak sapi
100 g mentega
100 g gula kastor
1 sk esen vanila
1 biji kuning telur
BAHAN B:
100 g cornflakes/nestum-kisar
100 g tepung jagung
50 g tepung suji
BAHAN C:
280 g tepung gandum -ayak

-Susu tepung secukupnya untuk salut biskut
- Sedikit gula icing

CARA MEMBUATNYA:
  1. Putar bahan A hingga sebati. Masuk semua bahan B dan gaul rata. Tambah tepung gandum sikit2 hingga dapat doh untuk dicanai.
  2. Canai doh tadi 1/2 cm dan terap guna acuan kegemaran
  3. Bakar dalam suhu 170 degree selama 15-20 minit.
  4. Biar suam dan salut biskut dengan susu dan gula icing.
  5. Sejukkan.
-Selamat Mencuba-


Sampai sini la dulu entri aku pada hari ni..thanx datang sini dan baca entri ni hingga ke akhirnya..tq juga pada yang follow dan add di google..oklah, kita jumpa lagi nanti ya..

Bagi yang ingin menempah biskut atau produk kuih-muih kami, terus saja email atau telefon di talian kami yang tertera di atas tu..tq

8 comments:

  1. salam.. geramnya nak buat biskut bila tengok makin ramai orang buat biskut .. sabar je lah hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam wani..

      hehe..geram ka?ha,meh la buat biskut juga..ramai2 tayang biskut..

      Delete
  2. Srlmt berhari minggu
    tq share biskut sedap ni ye
    aka cp k nk try

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak..

      ok sama-sama juga..silakan la copy resepiya..

      Delete
  3. boleh amik resepi ni,buat masa raya nanti...senang tp sedap,kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak..

      resepi biskut ni memang senang dan buat pun mudah ja..pastinya biskut ni sedap.

      Delete
  4. biskut ni mmg sedap kn..cair di mulut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu immiey..biskut ni memang betul sedap..bila makan ianya cair dimulut..

      Delete