KEK MENTEGA OREO STRAWBERI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Hai, selamat petang semuanya..ada yang tengah sibuk bekerja dan ada pula yang tengah seronok bersantai macam aku sekarang ni..hehe..tapi bukan la santai sangat..sekarang ni tengah  berehat kejap lepas menyiapkan semua kuih jualan untuk hantar ke tamu esok..lepas ni perlu menyiapkan biskut yang ditempah pelanggan..sebab ada customer yang tempah dan maukan biskut tu awal..hehe..aku ni ikut ja permintaan pelanggan..

Baiklah, sekali lagi pada petang ni aku mau kongsikan satu lagi kek mentega yang aku buat kemarin..memang suka bereksperimen buat kek..terutamanya kek yang belum pernah dicuba..entrinya adalah Kek Mentega Oreo Strawberi..haa, kalau mau tau resepinya aku copy paste dari blog dapur ibundo..thanx banyak ya kak kerana berkongsi resepi kek ni..memang tekstur keknya lembut dan gebu..paling best ada rasa oreo + strawberi..oleh kerana oreo tu dicincang kasar so memang terasa la oreo tu..em, nyum-nyum..memang nda rugi la aku try buat kek ni..sedap tau!

KEK MENTEGA OREO STRAWBERI



Untuk teman-teman dan pengunjung yang  berminat mau mencuba buat sendiri kek ni..aku ada sertakan resepinya di sini..mohon izin kak untuk aku panjangkan resepinya di sini..tq.

RESEPI: KEK MENTEGA OREO STRAWBERI
SUMBER: DAPUR IBUNDO
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
250 g mentega
200 g gula kastor
4 biji telur
250 g tepung gandum
5 g baking powder
50ml santan kotak + 50ml air ( kacau ) - aku guna susu cair ja
1 sk strawberi paste
50g biskut oreo ( buang krim ) - cincang kasar

CARA MEMBUATNYA:
- Putar gula dan mentega hingga putih.
Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga kembang.
- Masukkan tepung selang seli dengan santan/susu cair.
- Keluarkan 1/3 adunan dan tambah pes strawberi.Baki adunan kaup balik dengan oreo yang di cincang.
- Tuangkan adunan oreo terlebih dahulu kemudian baru adunan strawberi. Ratakan.
- Bakar dalam oven dengan suhu 175 degree selama 40 minit.

-Selamat Mencuba-


Best makan kek ni sambil-sambil hirup minuman panas..apalagi petang-petang begini kan..so, apalagi jom la kita 'teatime' hihi..okey la, sekian dulu entri aku pada petang hari ni..kita jumpa lagi di lain entri pula..thanx pada semuanya yang sudi mengunjungi blog sweet red cherry..sokongan anda semua amat kami harapkan dan hargai..tq..

13 comments:

  1. salam Bb. nak sepotong hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..salam kak..

      hehe..boleh..meh la datang sini..nak 2-3 potong pun boleh ja..

      Delete
  2. Nmpk sedap..akk kecur ne..he hee

    ReplyDelete
  3. Assalam..akak baru abes projek kek mentega, tunggu hilang rasa kat tekak dulu, bleh cuba rcp ni pulaj.
    Mesti lagi sedap bila tergigit biskut oreo kat dalam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..

      hehe..yalah kak..nanti try la pulak buat kek mentega ni..sedap tau bila tergigiy oreo tu..yummy..

      Delete
  4. sedap makan time ptg2 ni
    emm dgn secawan teh o atau kopi panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak..

      em..betul tu kak..memang ngam betul petang2 gini santai sambil makan kek n kopi panas..

      Delete
  5. Aslmkum BBwana
    dah lama tak baking kek butter.
    nampak menarik kek...letak santan kombinasi oreo dan strawberry flovour..pasti sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..

      memang sedap kek ni kak..akak kena try..

      Delete
  6. Menarik kek ni..ada oreo n stoberi budak2 mesti suka..cicah kopi tuk minum petang.walaaa :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah sury..best tau makan kek ni sambil minum kopi..budak2 pun suka dengan rasanya..

      Delete
  7. Hi, this coming to you dari Canada. I really love your this Oreo strawberry cake!
    Its beautiful....sayang la nalk mauk mulut.
    But I guess makan satu spoon boleh lupa nama mak, ha ha ha.
    I can just imagine the cake very wangi sedap.
    Ada iced coffee? Ha ha.
    Have a nice day and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete