BISKUT NESTUM

 ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Syukur Alhamdulillah bersiaran lagi pada hari ni..walaupun agak sibuk menyiapkan tempahan kuih dari customer tapi menyempatkan diri untuk mengupdate blog khas untuk dikongsikan dengan teman-teman dan pengunjung blog Sweet red cherry..

Tidak ketinggalan untuk mengucapkan Selamat menyambut hari merdeka yang ke-56..syukur Alhamdulillah..aku sangat bangga sekali menjadi anak Malaysia dan menjadi anak merdeka dan hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum..hargai keamanan dan Malaysia milik kita..

Okey la, kali ni aku mau kongsikan entri biskut yang aku buat untuk hari raya puasa yang lalu...resepi yang menarik dan resepinya aku dapat dari buku resepi yang My Sis Liza beli yang berjudul Jamuan Biskut oleh Chef Zubaidah..seorang chef yang popular..memang banyak resepi biskut yang sedap-sedap dan menarik untuk di cuba..so, salah satu yang aku cuba adalah Biskut Nestum..hasilnya memang tidak mengecewakan dan aku memang suka biskut ni..sedap dengan paduan rasa coklat dan nestum memang mantap..

BISKUT NESTUM, HARGA RM 0.45 ( SEBIJI )

 
Alhamdulillah, banyak juga customer yang order biskut ni untuk hari raya yang lepas setelah aku edarkan tester..hinggakan ada yang menempah pada saat akhir terpaksa aku tolak kerana harus menyiapkan tempahan pelanggan yang sangat banyak..syukur Alhamdulillah murah rezeki..terima kasih pada semua yang tempah dengan kami..

Di bawah ni aku kongsikan resepinya dengan korang..kalau teringin mau try buat..

RESEPI: BISKUT NESTUM
SUMBER: BUKU RESEPI JAMUAN BISKUT oleh CHEF ZUBAIDAH
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
125 g mentega
50 g gula kastor

BAHAN B:
1/2 biji kuning telur
1/2 sk pes kapucino ( aku guna paste coffee )

BAHAN C:
150 g tepung gandum
30 g tepung jagung
50 g serbuk badam
30 g kelapa kering ( dikisar )

HIASAN:
Coklat masakan hitam ( dicairkan )
nestum/bijiran gandum

CARANYA:
  1. Sebatikan bahan-bahan A.
  2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan semua bahan C dan uli sehingga adunan menjadi sebati.
  4. Bulat-bulatkan adunan, susunkan di atas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam oven suhu 150 degree selama 30 minit.
  5. Setelah biskut sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat masakan hitam dan golek biskut ke dalam biskut.
-Selamat Mencuba-





Ni la hasil biskut yang aku buat..

Okey la ya..sampai sini ja dulu entri aku pada hari ni..jumpa nanti ya semuanya..bye..

Jika berminat untuk order produk kuih-muih kami, sila kol/whatsApp ke talian 012-8244251.tq

KEK LAPIS KUKUS COKLAT CREAM CHEESE

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera..

Hello semuanya..

Salam manis dan salam ceria diucapkan buat semua teman-teman dan pengunjung blog SRC tersayang..Alhamdulillah kita bersua lagi pada hari ini..sebenarnya aku baru ja siap buat kek untuk Waie bawa ke sekolah esok sempena sambutan MERDEKA RAYA..tapi aku buat mau tayang kek yang aku buat untuk waie tu..tu tayangannya kemudian ja..harus tunggu turn..

Kali ni aku mau siarkan entri kek yang aku buat untuk jamuan buat tetamu yang datang bertandang ke rumah masa raya lalu..aku buat Kek Lapis Kukus Coklat Cream Cheese..memang tidak pernah buat kek ni sebelum ni..so, aku piker la kek yang belum pernah aku buat tapi sedap..so, belek punya belek buku resepi aku terpandang resepi kek ni..memandangkan bahan kek pun ada, tanpa buang masa aku buat kek yang dikatakan sedap ni..

Setelah masak aku sejukkan dalam petisejuk dan bila potong dan makan..emmm..yummy..serius sedap kek ni..memang berpotong-potong juga masuk dalam mulut..haha..bila hidang kek ni memang tidak sampai 2 hari pun sudah habis..memang yang makan kek ni rata-rata puji kesedapan kek ni..syukur alhamdulillah..terasa berbaloi penat buat kek ni bila orang makan dan hargai apa yang kita buat..Sampaikan aku repeat buat kek ni untuk makan sendiri dan juga hidangan pada tetamu yang datang kemudian..
KEK LAPIS KUKUS COKLAT CREAM CHEESE,HARGA RM50
Tengok la lapisan cream cheese tu, bukan main tebal lagi kan..haha..memang sedap la makan kek ni apalagi sejuk-sejuk..jatuh cinta sangat dengan rasa kek ni..memang ngam dengan selera aku..bukan aku ja yang minat makan, putri dan waie pun suka juga..my sister Liza siap tapau pegi opis lagi..
Sini aku sertakan resepi untuk rujukan dan juga pada kawan-kawan yang mau mencuba tu boleh la semak resepinya di bawah ni ya.

RESEPI: KEK LAPIS KUKUS COKLAT CREAM CHEESE
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN A:
250 g cream cheese
50 g gula halus
1 biji telur
1 sb air
1 sk tepung gandum

CARANYA:
  • Pukul cream cheese dan gula halus hingga sebati.
  • Kemudian masukkan telur diikuti air dan tepung gandum. Pukul dan gaul. Biar seketika.
BAHAN B: ( KEK )
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk esen vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air didih
1/2 cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak masak
1 cwn tepung gandum
3 sb serbuk koko
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul telur dan gula halus hingga kembang. Masuk esen vanilla dan garam.
  2. Masukkan pula air panas didih, susu cair dan minyak masak. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan putar sebati.
  4. Biar sebentar dan bahagi dua bahagian.
CARA MASAK:
  1. Kukus dengan api sederhana.
  2. Sapu minyak dan alas loyang dengan kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat dan tutup dengan foil dan kukus selama 15-20minit.
  4. Tuang adunan cheese dan kukus selama 15 minit.
  5. Akhir sekali, tuang adunan coklat dan kukus 20minit.
  6. Setelah sejuk baru potong.
-Selamat Mencuba-



So, kalau yang minat dan teringin mau makan tu..tempeh la dengan kami ya..hihi..terus la call ke talian kami yang tertera di atas tu atau email ja..tq.

Kita jumpa lagi di lain entri..bye semuanya.thanx kerana membaca sampai habis.

TEMPAHAN KELUPIS,WAJID UBI, KUIH BAKAR PANDAN DAN ANEKA APAM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Selamat sejahtera semuanya..

Best la cuaca petang ni kan..sejuk dan nyaman ja rasanya lepas hujan turun tadi..ambik kesempatan tidur kejap time hujan tadi..heheh..bila bangun tidur, perut rasa lapar la pulak..em, pikir apa yang boleh dimakan..bila selongkar almari dapur..jumpa la maggi..em, boleh la isi perut yang tengah bekeroncong ni..
 
Okey la, bukan mau cerita pasal maggi yang aku makan tadi..entri yang ingin aku siarkan pada petang ni adalah tempahan dari customer pada minggu yang lepas-lepas..kebanyakkan tempahan adalah untuk jamuan dan majlis open house..antaranya adalah kelupis, kuih bakar pandan, apam gula hangus, apam coklat, apam Isabella dan apam polka dot..
 
So, kita lihat gambar-gambar tempahan yang sempat aku ambik hari tu..
 
Order apam polkadot, apam Isabella, apam coklat dan apam gula hangus ni di tempah oleh Anna dari Meruntum..Jumlah order 200biji.
 
ORDER FROM: ANNA DR MERUNTUM




 
Yang ni pula order kuih bakar pandan,wajid ubi dan apam Isabella di tempah oleh Mrs.Xaviera Elthea dr Hospital Likas.Jumlah order 75biji.
 
Untuk kuih bakar ni, Mrs.Xaviera request untuk tidak tabur bijan atas kuih..so, aku buat seperti yang diinginkan.

 
Tempahan kelupis di bawah ni adalah dari Kak Sal dr Pasir Putih, Putatan..beliau order kelupis dan ketupat..tapi, gambar ketupat aku lupa ambik..hehe, sori ek..Jumlah order 130biji.
 
 Paling last di bawah ni adalah kelupis dr abang sepupu, Abg.Din..jumlah order 300biji.
 
Ucapan terima kasih banyak-banyak pada semua yang telah menempah produk kami..harap anda semua berpuas hati dengan apa yang kami buat..segala kekurangan kami mohon maaf banyak-banyak ya..Kami sentiasa meningkatkan kualiti produk kami untuk semua pelanggan kami yang dihormati..so, jangan serik untuk menempah dengan kami ya..
 
Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, terus email atau call ke talian kami yang tertera di atas atau 012-8244251..tq.
 
Jumpa di entri yang lain pula ya kawan-kawan..bye.

ORDER KEK RAYA: KEK BLACK FOREST & KEK RAINBOW

Hai semuanya..

Salam sejahtera dan selamat tengahari..buat yang tengah duduk santai tu..selamat beristirehat..sama la macam aku sekarang ni..duduk depan tv sambil menghadap laptop..memang gigih ni mengupdate blog memandangkan banyak betul entri tertunda yang masih belum sempat disiarkan..

Untuk hari ni aku mau siarkan entri tempahan kek raya yang lepas iaitu Kek Black Forest dan juga Kek Rainbow..yang mana kek ditempah oleh makcik aku..memang tiap-tiap tahun beliau tempah kek raya dengan aku..thanx banyak ducapkan pada angah dan ucu aku ( makcik-adik mama )..syukur la kek ni siap juga pada masa yang ditetapkan walaupun aku sangat-sangat sibuk time tu menyiapkan pelbagai tempahan lain..

Jom kita lihat gambar kek pula..

BLACK FOREST CAKE
 KEK BLACK FOREST
FILLING: BLUEBERI
FROSTING: NON DIARY WHIP CREAM
HIASAN: MARASCHINO CHERRIES & COKLAT PARUT
BERAT : 1.5 KG
HARGA: RM 50
 
Mari kita semak resepinya pula..
 
RESEPI: KEK BLACK FOREST
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
UNTUK KEK SPAN COKLAT:
BAHAN:
4 biji telur
120 g gula kastor
1 sk ovallate
80 g tepung gandum
1 sk baking powder
20 g serbuk koko
65 g minyak
 
CARA MEMBUATNYA:
- Putar telur, gula kastor dan ovallate dengan kelajuan yang maksimum hingga adunan bewarna putih.
- Masuk tepung gandum, baking powder, serbuk koko dalam adunan telur.
- Akhir sekali, masukkan minyak dan putar perlahan.
- Tuang adunan dalam Loyang dan bakar 170 degree selama 30-40 min.
 
HIASAN:
Non diary whip cream secukupnya ( pukul hingga kental )
Filling blueberi secukupnya
Maraschino cherries
Coklat masakan ( di parut )
 
CARA HIASAN:
- Potong kek kepada 2 bahagian..
- Letakkan 1 bahagian di papan kek. Kemudian bubuh filling blueberi dan sapukan whip cream diatasnya. Boleh juga buat macam yang aku buat dalam gambar.
- Kemudian letakkan lagi 1 bahagian di atasnya dan sapukan whip cream keseluruhan kek.
- Hiaslah ikut kreativiti masing-masing.
 
-Selamat Mencuba-
 



Dan di bawah ni pula adalah rainbow kek..macam biasalah proses buat rainbow kek ni agak leceh sikit dan makan banyak masa..harus punya kesabaran untuk buat kek ni bagi aku..tapi, memang berusaha untuk menghasilkan yang terbaik buat semua customer aku walaupun ianya di tempah oleh keluarga..nda mau la buat cincai-cincai kan..

 
 RAINBOW CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING
FILLING: FRESH CREAM
HIASAN: GULA MANIK SILVER
BERAT: 1.4 KG
HARGA: RM 70
 
 
Ni la hasil rainbow kek yang aku buat..untuk sapuan tepi tu aku memang sengaja buat sapuan 'messy'..Nampak menarik juga kan..haha, angkat bakul sendiri kan..untuk resepi rainbow kek aku tidak siarkan sini sebab aku pernah kongsikan di entri aku yang lepas..
 

Jika anda berminat untuk menempah kek atau apa-apa saja produk kami, jangan segan-segan untuk email kami ataupun telefon/sms/whatsApp ja ke talian 012-8244251 ( bbwana )..tq..
 
Pada kawan-kawan semua, sampai sini entri aku pada hari ni..moga jumpa lagi di entri yang lain yeh..babai..

BISKUT BEBOLA SULTANA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..
 
Selamat malam ya diucapkan buat teman-teman dan pengunjung SRC semuanya..terima kasih kerana setia mengunjungi blog kami ni ya..untuk follower baru pun aku ingin ucapkan terima kasih juga..makin seronok bila bertambah rakan di alam maya ni..
 
Okey la, untuk tidak membuang masa, pada malam ni aku ingin kongsikan resepi biskut yang tidak pernah 'miss' aku buat setiap tahun..dan untuk pengetahuan semua, biskut ni merupakan salah satu biskut yang digemari dan sering di order oleh pelanggan-pelanggan aku..rasanya memang sedap..pada yang suka makan cereal cornflakes tu, anda patut cuba biskut ni..sedap tau..dengan kombinasi cornflakes, kelapa kering,madu dan kismis menjadikan rasanya tu umph la..hihi..
 
BISKUT BEBOLA SULTANA, HARGA RM 0.45 ( SEBIJI )
 Buat biskut ni cukup senang..resepi biskut pun aku dapat dari Majalah Wanita..majalah lama..aku pun nda ingat sudah tahun bila..hehe..okey la, di sini aku ingin sharekan resepinya dengan anda semua..jom la kita semak..
 
RESEPI: BISKUT BEBOLA SULTANA
SUMBER: MAJALAH WANITA
 
BAHAN:
4 aun marjerin
1/2 cwn gula kastor
1 biji telur
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn kelapa kering
1/2 cwn kismis
1/4 cwn cornflakes hancur ( aku guna cornflakes jenama Nestle )
1 sm madu
papercup
cornflakes ( diramas sikit ) - untuk golek biskut
 
CARA MEMBUATNYA:
- Masuk marjerin, gula kastor dan telur. Putar hingga kembang.
- Masuk madu, tepung gandum, kelapa kering, kismis dan cornflakes yang diramas halus. Masuk dalam plastic beg dan simpan di peti sejuk selama 2 jam.
- Ambil sejemput, golek dalam cornflakes yang diramas.
- Bakar hingga kekuningan.
 
- Selamat mencuba-
 
 
Aku gunakan sudu kecil untuk saiz biskut..golekkan dalam cornflakes yang diramas kasar.
 
 
 
 Biskut yang sudah digolek dalam cornflakes, masukkan dalam  papercup dan susun dalam loyang
.
 
Hasilnya..biskut yang rangup..
 
Teringin mau cuba tapi malas atau tiada masa mau buat, boleh la order dengan kami ya..hihi..hubungi atau email kami yang tertera di atas tu..
 
So, sampai sini ya entri aku untuk malam ni..moga jumpa lagi nanti..bye

KEK BIRTHDAY: KEK COKLAT INDULGENCE

Hai..
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Terima kasih buat semua pengunjung yang melawat blog SRC..macam lama ja rasa nda update blog..minta maaf banyak-banyak ya sebab selama tidak bersiaran, aku sibuk menyiapkan pelbagai tempahan dan kebanyakkannya adalah order untuk jamuan dan open house hari raya..Alhamdulillah rezeki mencurah-curah masuk..apapun, thanx banyak-banyak pada semua yang telah menempah dengan kami tu ya.
 
Pada petang ni, aku mau siarkan entri mengenai order kek birthday dari kakak sepupu kesayanganku yang tidak pernah jemu menempah dengan aku sejak dulu..tq sebab selalu support dan percaya dengan hasil yang aku buat..thanx Kak Adi..ni adalah tahun ke-5 kak adi tempeh untuk birthday anaknya, Damia Afifah..aku buat kek birthday Damia dari ulangtahunnya yang pertama lagi..untuk kek kali ni, Kak Adi tidak bagitau mau kek apa..so, lepas aku pikir-pikir dengan bahan yang ada di rumah, so aku putuskan untuk buat Kek Coklat Indulgence..resepinya sudah lama terperap tapi belum pernah buat..Alhamdulillah, menjadi juga kek aku..hehe..
 
Majlisnya di buat pada hari raya ke-2 yang lalu..memandangkan Damia lahir pada hari raya ke-2, so tiap tahun memang sambut time raya ke-2 juga..jom kita lihat gambar kek pula..
 
KEK COKLAT INDULGENCE

KEK COKLAT INDULGENCE
BERAT: 1KG++
FILLING: MOUSSE COKLAT HITAM
TOPPING: COKLAT GANACHE
HIASAN: BELON, BADUT, BUNGA GUM PASTE
HARGA: RM 70


 Aku memang segaja deko macam ni..biar nampak meriah dan sesuai untuk budak-budak..mia hepi betul lihat kek birthdaynya ni..

 
Birthday girl tidak berapa Nampak sebab kecil..dia dikelilingi oleh sepupu-sepupu yang excited mau tiup lilin juga..hihi..
 
 
 Ni la dia birthday girl, Damia Afifah..ni gambar Mia masa menang tempat ke-3 dalam pertandingan ratu cantik di tadikanya baru-baru ni..tahniah Mia..comel dan montel betul pipi mia..hihi
 
 
Yang ni pula mereka johan dalam pertandingan baju sedondon..yang ada dalam gambar adib,mia dan daddy mia..mummy mia tiada dalam gambar..
 
Di sini aku sertakan sekali resepi kek ni..pada yang berminat mau buat kek coklat indulgence sila la semak resepinya di bawah ni ya..
 
RESEPI: KEK COKLAT INDULGENCE
DIBUAT OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN KEK CHIFFON:
BAHAN A:
40 g serbuk koko
5 biji kuning telur
125 g gula kastor
165 g tepung naik sendiri
3/4 sk baking powder
3/4 sk soda bikarbonat
75ml mentega cair
150 ml air
1 sk esen vanilla
 
BAHAN B:
5 biji putih telur
60 g gula kastor
1 sk cream of tar-tar
 
CARA MEMBUATNYA:
  1. Putar air, kuning telur, gula kastor dan minyak hingga gebu.
  2. Masuk esen vanilla dan adunan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan koko yang diayak.
  3. Putar putih telur dan gula kastor dan cream of tartar hingga kental ( meringue )
  4. Satukan kedua bahan dengan kaedah kaup balik.
  5. Bakar kek selama 1 jam dengan suhu 170 degree..
FILLING: MOUSSE COKLAT HITAM
400 g coklat masakan hitam
4 kuning telur ( pukul dulu )
4 putih telur
120 g gula kastor
1 sb mentega
500ml anchor whip cream-pukul hingga kental
3 sb gelatin
70ml air panas
 
CARA MEMBUATNYA:
  1. Satukan gelatin dan air panas. Kacau hingga larut.
  2. Cairkan coklat masakan secara double boil, masuk kuning telur dalam coklat diikuti mentega dan gelatin cair, gaul sebati. Angkat.
  3. Mangkuk lain, putar putih telur dan gula kembang ( meringue )
  4. Kaup balik dalam aduan coklat yang masih panas dan masuk whip cream yang diputar, gaul rata.
GANACHE:
SUMBER: ANNA QAWINA
 
200 g coklat masakan/coklat compound
100 ml susu cair/ 150 ml whip cream
1 sk butter
 
CARA MEMBUATNYA:
 
  1. Double boil susu @ whip cream bersama coklat masakan.
  2. Bila coklat cair, tutup api dan kacau bagi larut.
  3. Masuk butter. Kacau sebati.
  4. Biar seketika baru guna.
-Selamat Mencuba-
 
 
Yang ni kek yang siap sapu dengan mousse coklat. Sejukkan.

 
Lepas kek disejukkan, tuang ganache coklat
 
 
 
Ni rupa kek yang sudah dipotong..memang sedap makan sejuk-sejuk kek ni..nyum-nyum..
 
Okey la ya..pada yang berminat untuk menempah kek atau sebarang produk kami, sila la telefon ke talian kami yang tertera di atas tu ya..tq..jumpa lagi entri yang lain..-wasalam.
 

BISKUT ULAT BULU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, selamat datang kepada teman-teman dan semua pengunjung ke blog Sweet red cherry..terima kasih ya kerana berkunjung ke sini..pada follower baru pun thanx banyak-banyak kerana jadi member..Alhamdulillah kita bersua lagi pada hari ni..hari ni awal rileks sebab semua kuih-muih dan kek untuk jualan telah siap dibuat..so, dapat la santai depan tv sambil update blog..
 
Okey, pada hari ni aku mau kongsikan satu resepi biskut yang sangat popular di Sabah ni..kebanyakkan rumah memang ada biskut ni..dulu sebelum bisnes biskut tiap tahun kami beli biskut ni..sekarang bila sudah bisnes..buat la biskut sendiri..Kenapa biskut ni di panggil ulat bulu? mungkin kerana bentuk biskut ni macam ulat bulu..rasanya sedap..rapuh dimulut..berintikan kurma di dalamnya..
 
BISKUT ULAT BULU, HARGA RM 0.45 ( SEBIJI )

Pada yang berminat dan mau tau resepi biskut ni..jom kita semak resepinya di bawah ini..
 
RESEPI: BISKUT ULAT BULU
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
1/2 cwn mentega atau secukupnya
2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung jagung
2 biji kuning telur
pewarna hijau
perisa pandan
sedikit gula kastor-untuk golek biskut
inti- kurma yang dihiris memanjang
 
CARA MEMBUATNYA:
  • Campur semua bahan tersebut sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Ambil sedikit adunan dan masukkan kurma didalamnya. Kemudian bentukkan memanjang seperti ulat bulu.
  • Bakar 170 degree selama 15 min.
  • Sejukkan dan golekkan dengan gula kastor
-Selamat mencuba-
 

Ni doh yang telah siap di adun dan kurma yang dipotong memanjang kemudian aku gulungkan untuk Nampak lebih bulat.

 
 Letak inti kurma ditengah
 
 
 Susun dalam Loyang yang di alas dengan baking paper dan bakar
 
 
 Proses penyejukkan biskut sebelum golek dengan gula

 
So, nilah hasilnya..senang ja mau buat biskut ni kan..cuba la..
 
Okey la semua, kita jumpa di entri yang lain pula ya..sebarang pertanyaan, sila hantar email atau hubungi talian kami yang tertera di atas tu ya..dadaaa..

ORDER YANG LEPAS: YAM SPONGE CAKE

SALAM SEJAHTERA..

Hello semuanya..selamat petang..hari ni dapat la publish entri awal sikit dari biasanya..hari ni kurang sibuk..kalau tidak, memang malam baru dapat masukkan entri..sekarang ni sudah boleh siarkan entri baru hari-hari kalau tidak terlalu sibuk..
 
Okey la, pada petang ni aku mau siarkan entri tentang tempahan kek pada bulan lepas iaitu masa bulan puasa tu..di tempah oleh sorang pelanggan setia kami yang memang rajin betul menempah Yam Sponge Cake kerana beliau dan keluarganya yang sangat fanatik makan yam cake..terima kasih yang tidak terhingga pada Ms. Uci yang tidak jemu-jemu menempah dengan kami..thanx banyak-banyak..kek ditempah untuk atuk beliau yang menyambut ulangtahunnya yang ke-75..syukur Alhamdulillah..moga atuk panjang umur dan diberi kesihatan yang baik..
 
Baiklah, jom kita lihat gambar kek pula..
 
YAM SPONGE CAKE
 YAM SPONGE CAKE
BERAT 1/2 KG
FRESH CREAM + YAM PASTE FROSTING
HIASAN: MARASCHINO CHERRIES
HARGA: RM 22
 

 
Resepi kek ni pernah aku siarkan dulu..so, aku tiada siarkan resepi di entri kali ni..kalau anda juga berminat untuk menempah kek atau sebarang roduk kami, silakan email atau terus hubungi kami di talian 012-8244251..(call/sms/whatsApp)
 
Terima kasih kerana membaca entri ini hingga ke akhirnya..nantikan entri apa pula yang akan aku siarkan nanti ya..sekian..babai..

ORDER KEK DAN APAM LADYBIRD

ASSALAMUALAIKUM W.BT..

Hai, selamat petang kawan-kawan semuanya..hari ni hari terakhir cuti sekolah dan semestinya pelbagai persiapan yang dibuat pada hari ni..ada yang balik asrama serta bermacam lagi yang dibuat pada hari ni..ada juga yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan pada cuti yang terakhir ni..rumah terbuka juga masih diadakan..
 
Baiklah, pada petang ni aku mau siarkan gambar-gambar kek dan apam ladybird yang telah ditempah pada bulan ramadhan yang lalu..memang banyak betul entri yang tertunda memandangkan masa bulan puasa lalu tu tidak berkesempatan mau masuk entri dalam blog ni..so layan la gambar-gambar kek dan apam ni ya..
 
KEK COKLAT
 Kek ni ditempah oleh Kak Nor..
 
 KEK COKLAT
 
Kek coklat ni ditempah oleh sepupu, Dk.Fatin untuk anaknya Fatihah yang suka betul makan kek coklat..
 
 SNOW CHEESE CAKE
 
Kek ditempah oleh kawan, Ms Norliah..
 
 
 KEK SARANG SEMUT
 
Ditempah oleh Pn. Mariam
 
 KEK LAPIS KUKUS COKLAT CIP
 
Ditempah oleh sepupu, Anim..
 
 KEK NESTUM
 
Ditempah oleh teman baik buat kesekian kalinya yang suka sangat makan kek ni..Ms.Norliah..
 
 APAM LADYBIRD & BUMBLE BEE
 
Ditempah oleh kawan mama, Pn. Nor dari Jabatan Perhutanan..apam ladybird yang diorder kali ni unik sikit dari segi warnyanya..color biru..hihi..comel juga kan..color tu direquest oleh Pn. Nor sebab anaknya sukakan biru..so, buat la macam yang diminta..
 

 
Ucapan terima kasih banyak-banyak pada semua yang telah menempah dengan kami..kami harap agar pada semua yang telah menempah berpuas hati dengan produk kami..jangan serik dan tempah la lagi dengan kami ya..
 
Pada yang berminat untuk menempah atau ada sebarang pertanyaan, silakan email atau terus dail atau whatApp ke 012-8244251 ( bbwana )..
 
Sekian entri aku pada hari ni..jumpa lagi nanti ya..tq.