Hello semuanya..selamat petang..hari ni dapat la publish entri awal sikit dari biasanya..hari ni kurang sibuk..kalau tidak, memang malam baru dapat masukkan entri..sekarang ni sudah boleh siarkan entri baru hari-hari kalau tidak terlalu sibuk..
Okey la, pada petang ni aku mau siarkan entri tentang tempahan kek pada bulan lepas iaitu masa bulan puasa tu..di tempah oleh sorang pelanggan setia kami yang memang rajin betul menempah Yam Sponge Cake kerana beliau dan keluarganya yang sangat fanatik makan yam cake..terima kasih yang tidak terhingga pada Ms. Uci yang tidak jemu-jemu menempah dengan kami..thanx banyak-banyak..kek ditempah untuk atuk beliau yang menyambut ulangtahunnya yang ke-75..syukur Alhamdulillah..moga atuk panjang umur dan diberi kesihatan yang baik..
Baiklah, jom kita lihat gambar kek pula..
YAM SPONGE CAKE |
YAM SPONGE CAKE
BERAT 1/2 KG
FRESH CREAM + YAM PASTE FROSTING
HIASAN: MARASCHINO CHERRIES
HARGA: RM 22
Resepi kek ni pernah aku siarkan dulu..so, aku tiada siarkan resepi di entri kali ni..kalau anda juga berminat untuk menempah kek atau sebarang roduk kami, silakan email atau terus hubungi kami di talian 012-8244251..(call/sms/whatsApp)
Terima kasih kerana membaca entri ini hingga ke akhirnya..nantikan entri apa pula yang akan aku siarkan nanti ya..sekian..babai..
SALAM selamat hari raya.. maaf zahir dan batin...sedapnya nampak kek ni... masih raya ni dah dapat banyak order...
ReplyDeletehai wani..
Deletetq ya..Alhamdulillah rezeki tidak putus2 sampai sekarang ni..syukur la
Wa... ulang tahun ke 75 tu kira jublee intan ye... mesti sedap cake yang dihasilkan sampai betkali2 orang order.
ReplyDeletehai kak amie...
Deletethanx ya singgah sini..Alhamdulillah nampaknya customer suka sangat dengan hasil dan rasa kek yang dibuat.