ORDER KEK BIRTHDAY: KEK COKLAT MOIST & YAM SPONGE CAKE

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Syukur Alhamdulillah kita bersua lagi pada hari ni..cuti beberapa hari dari bersiaran..hehe, bukan tiada buka blog tapi mood malas mau menulis..haha, jangan marah ya..tapi, aku ada juga buat blogwalking ke blog teman-teman dan tinggalkan komen..

Okey la, entri kali ni adalah order kek birthday dari Kak Monica untuk dua orang anaknya yang berkongsi bulan lahir yang sama cuma berbeza tarikh dan tahun .mula-mula Kak Monica request Kek Coklat Moist ( 1/2 kg ) untuk anaknya yang menyambut ulangtahun yang pertama iaitu Afiffy Rayyan dan Fresh Cream Cake untuk anaknya, Amirul Afiz 10 tahun..tapi, dia kol aku dan tukar fikiran mahukan Yam Cake ( 1 kg )..so, bagi aku tu tiada masalah..aku cuba buat yang terbaik untuk semua customer aku agar mereka berpuas hati dengan hasilnya..

Kami di Sweet red cherry juga ingin mengucapkan ' Happy birthday to Amirul Afiz, 10th dan adiknya Afiffy Rayyan, 1th' yang telah menyambut hari lahir pada 21hb September yang lalu..

Jom kita layan gambar kek..

KEK COKLAT MOIST
 
 KEK COKLAT MOIST
FILLING: KRIM COKLAT
TOPING: COKLAT GANACHE
DEKO: BUTTERCREAM
HIASAN: GULA-GULA, LADYBIRD, BUNGA GUMPASTE, BELON
BERAT: 1 KG
HARGA : RM 50
 

 
 
YAM SPONGE CAKE
 
YAM SPONGE CAKE
KEK SPAN PERISA YAM
FILLING & TOPPING : YAM FRESH CREAM
HIASAN: GULA MANIK, MARASCHINO CHERRIES, BADUT, BELON, GULA-GULA
BERAT: 1 KG
HARGA : RM 42
 
 
Semoga Kak Monica berpuas hati dengan hasil kek yang aku buat ni..haraf maaf jika ada sebarang kekurangan ya..so, kalau ada yang minat mau menempah kek atau produk kuih-muih kami, sila email atau terus la call ke talian kami, 012-8244251 ( bbwana ). Tq.
 
So, kawan-kawan semua, sekian dulu entri aku pada hari ni..jumpa lagi ya..-wasalam-
 
 
 

KEK PANDAN MENTEGA SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Ambik kesempatan bersiaran pada hari jumaat ni sementara tunggu kek yang dibuat masak..hihi..lagipun kena tunggu sejuk baru boleh letak krim..ada order kek birthday so, aku mau publish kek yang aku buat pada minggu yang lalu iaitu Kek Pandan Mentega Simple..resepinya aku dapat hasil dari mengintai blog Mommy Ryan's Kitchen..suka skodeng situ sebab banyak resepi kek yang menarik dan senang dibuat..terutamanya kek..kek pun sedap rasanya..kredit diberikan pada Mommy Ryan's dan thanx sebab share resepi ya..
 
KEK PANDAN MENTEGA SIMPLE
Haa, jangan pula nampak pelik bila tengok ada warna kehitaman pada kek tu..tu bukan kulat okey..tapi tu adalah serbuk koko yang di ayak pada atas adunan kek sebelum di kukus..rupa macam nda cantik tapi rasanya sedap..untuk Loyang aku gunakan Loyang saiz 9 x 9. Mohon izin pada Mommy Ryan's untuk kongsikan resepinya di sini.
 
RESEPI: KEK PANDAN MENTEGA SIMPLE
SUMBER: MOMMY RYAN'S KITCHEN
OLEH: SWEET RED CHERRY
( LOYANG 5X6 )
 
BAHAN:
6 biji telur A
1 cwn tepung kek
1 cwn gula kastor
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder
2 sachet nestum 3 in 1 ( original )
1 sk esen vanilla
250 g butter
sedikit perasa pandan + pewarna hijau
serbuk koko / milo ( untuk tabur atas kek )
 
CARANYA:
  1. Pukul butter dan gula kastor hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla. Terus putar.
  4. Masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan pukul sebati.
  5. Masukkan nestum 3 in 1. Putar kejap.
  6. Tuang adunan dalam Loyang, tabur koko dan kukus hingga masak selama 45-1 jam.
  7.  Tutup loyang dengan aluminium foil, untuk elak air menitis atas kek.
- Selamat Mencuba-
 

 

 
Baiklah kawan-kawan semua, aku mohon undur diri dulu ya..jumpa lagi nanti..babai..sekian - wasalam -
 

CUCUR UDANG

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..
 
Hai, selamat malam..oleh kerana keboringan..banyak masa dan tiada apa yang mau dibuat..so, sekali lagi aku bersiaran pada hari ni..sekadar mau berkongsi menu minum petang tadi yang aku buat untuk tatapan kawan-kawan dan pengunjung SRC..
 
Aku buat Cucur Udang untuk menu minum petang kami sekeluarga..teringat dalam peti sejuk banyak betul stok udang..abang aku beli dekat jeti nda jauh dari rumah..murah ja..Rm5 untuk satu plastik sederhana besar..penuh!memang pesta udang la untuk beberapa hari ni..tapi, udangnya tidak la terlalu besar..bercampur yang kecik dan saiz sederhana..ok la kan..
 
CUCUR UDANG
 Makan cucur udang dan minum secawan kopi susu panas memang sedap..layan habis..hihi..banyak betul cucur yang masuk dalam mulut..udang pun aku bubuh banyak..so, terasa la udang di setiap gigitan..memang kaw-kaw..hehe..cicah dengan sos cili..simple ja kan..
 
RESEPI: CUCUR UDANG
OLEH : SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
300 g tepung gandum
1/2 sk baking powder
udang basah secukupnya
 Sayur kubis yang dihiris nipis ( banyak ikut suka )
350ml air
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit ( untuk warna yang cantik )
minyak masak secukupnya
 
CARANYA:
- Udang dibuang kulit dan bersihkan.
- Satukan tepung gandum & baking powder dalam mangkuk adunan. Masukkan sayur kubis yang telah dihiris, udang, garam dan serbuk kunyit. Gaul hingga rata.
- Tuangkan air dan kacaukan hingga sebati.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sudukan adunan ke dalam minyak yang panas.
- Angkat bila adunan bertukar keperangan.
- Sedia untuk dihidangkan.
 
-Selamat Mencuba-
 
 
 
 Senang ja buat cucur udang ni kan..buat sendiri lagi puas hati sebab dapat taruh udang banyak-banyak..aku pernah beli cucur udang tapi udangnya boleh kira takat 1-2 ekor ja..tu pun nasib la dapat yang ada udang..pernah tu nama ja cucur udang tapi udangnya langsung tiada..tepung ja yang terasa..hem, sebenarnya nda baik la buat macam tu kan..sama juga macam menipu pelanggan..ish..ish..ish..
 
 
Okey la..setakat ni dulu..see ya..-wasalam-

ORDER DAN KEK SPIDERMAN

Hai, salam sejahtera..
 
Selamat pagi semuanya..cuaca hari ni tidaklah panas sangat macam hari yang kemarin..mendung dan sedikit berjerebu..hujan pun turun sekadar rintik-rintik ja semalam..apapun, suhu terasa sejuk la sikit..syukur la..bila cuaca panas ni, macam-macam la penyakit yang datang..so, kesihatan tu perlu dijaga dan banyakkan juga minum air putih..sekali-sekala minum sejuk tu nda apa la kan..memang lega tekak bila air sejuk tu mengalir..sedapja rasanya tapi jangan la selalu nanti diri sendiri juga yang sakit..mengelak tu lebih baik dari mengubatikan..?
 
Hari ni aku mau siarkan gambar order apam buat kesekian kalinya yang di order oleh sepupu iaitu Anim..sekarang ni dia memang rajin order dengan aku..dia cakap kek kahwinnya dia mau tempah dengan aku..awal sudah dia bagitau dengan aku pasal kek kahwinnya tu sejak bulan lepas lagi..hehe..okey la kali ni Anim order Apam Polkadot dan Apam Isabella untuk dibawa ke sekolah kerana ada sedikit jamuan katanya..nda pasti la pula sempena apa..sebenarnya Anim cakap buatlah apa-apa ja jenis apam..so, aku buat la dua jenis apam yang popular dan sering di order oleh customer.
 
APAM POLKADOT @ DOT COM, HARGA RM 0.35 ( SEBIJI )
 Fillingnya adalah blueberi..
 
 APAM ISABELLA, HARGA RM 0.35 ( SEBIJI )
 
Apapun, thanx pada Anim sebab rajin dan tidak jemu-jemu menempah dengan kami..
 
Untuk Kek Spiderman ni pula aku buat khas untuk anak buah aku iaitu Izat..sebab hari tu dia ada call mau mintak buat kek birthday padahal harilahirnya lama lagi iaitu bulan November ni tapi beriya-iya betul minta buat kek birthday..mungkin dia jeles sebab aku ada buat kek harijadi untuk dua orang sepupunya..so, untuk tidak menghampakan perasaannya tu, aku buatkan la juga kek untuk dia..aku pikir-pikir mau buat kek apa untuknya sampai aku google..last-last, aku buatkan la Kek Spiderman..memandangkan first time buat..so, deko agak kurang kemas..apapun Izat memang sangat hepi dan suka dengan kek tu..hihi..syukur la..Jom kita layan gambar..
 
 
 Aku buat dalam 1/2kg ja..buat kek coklat moist..kemudian aku letak filling krim coklat ditengahnya..manakala untuk keseluruhan dan deko kek aku gunakan buttercream..butter pula aku gunakan yang berkualiti..so, rasanya memang sedap serta Wangi..
 
KEK COKLAT MOIST
FILLING: KRIM COKLAT
DEKO: BUTTERCREAM
1/2 KG
 

 Tengoklah tu, deko pun comot ja..haha, next time aku perbaiki lagi..yang penting Izat suka sangat..

 
 Special to my beloved nephew, Izzat Airiel Ridzuan..
 
Okey teman-teman semuanya, kita jumpa lagi di lain entri..kalau ada sapa-sapa yang mau order, hubungi kami menerusi email atau sms/call/whatsApp ke 012-8244251.Tq.

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Selamat malam semuanya..hari ni agak lambat update blog..sebab siang tadi banyak kerja yang perlu buat dan ada beberapa urusan yang harus diselesaikan..so, tengah-tengah berehat ni boleh la masukkan entri baru dalam blog kesayangan aku ni untuk tatapan pengunjung SRC dan teman-teman semuanya..
 
Entri kali ni adalah entri yang sangat lama terperap dalam folder..entri yang terlepas pandang..bila di cek..rupanya aku belum lagi siarkan entri mengenai Hokkaido Chiffon Cupcakes ni..aku sangat tertarik untuk try buat cupcakes ni bila nampak kawan-kawan blogger siarkan mengenainya..macam-macam cara orang buat cc ni..so, aku pun google la..lepas tu aku nampak di blog Raihanna@Sweet Vanila..so, aku akan kongsikan resepinya di bawah tu nanti ya..
 
HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
First time mencuba, hati memang berdebar-debar tengok hasilnya..maklumlah, aku belum ada experience buat kek/cupcakes chiffon ni..hasilnya bila masak memang naik cantik tapi lepas tu turun dan agak sedikit kecut..bak kata Raihanna, jangan panic atau risau sebab itu memang kejadiannya..itu tetap menjadi..pada Raihanna, thanx ya sebab share resepi dan aku ingin panjangkan pula resepinya di sini.
 
RESEPI: HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
SUMBER: RAIHANNA @ SWEET VANILA
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN A:
4 biji kuning telur
30 g gula kastor
40 ml susu segar
40 ml minyak jagung
sedikit esen vanilla
55 g tepung gandum }
20 g tepung kastad   } satukan dan ayak 3x
1 sk baking powder  }
 
BAHAN B:
4 biji putih telur
80 g gula halus
1/4 sk garam
 
CARANYA:
( A ):
 - Satukan gula dan kuning telur dan kacau guna whisk. Kacau hingga putih.
 - Masuk minyak jagung, susu segar dan esen vanilla. Kacau.
 - Masuk campuran tepung sedikit demi sedikit dan kacau lagi hingga sebati.
( B ):
 - Pukul putih telur guna mixer dengan kelajuan high speed sampai kembang dan berbuih.
 - Masuk sedikit demi sedikit gula kastor. Pukul lagi hingga bertanduk. Satukan bahan A dan B.
 - Kaup balik. Kemudian tuang dalam bekas.
 - Bakar 170 degree selama 15-20 minit.
 - Sejukkan.
 
BAHAN CREAM CUSTURD:
1 sb tepung gandum
1 sb tepung kastad/jagung
4 sb gula halus
200 ml susu segar
1 biji telur + esen vanilla
1 sb mentega
 
CARANYA:
  1. Masuk tepung dan gula dalam periuk.
  2. Masuk 1-3 sb susu segar. Kacau rata. Jangan ada berketul.
  3. Masuk telur + esen vanilla. Kacau rata.
  4. Masuk baki susu segar tadi dan kacau sebati.
  5. Masak atas api sederhana.
  6. Sentiasa kacau dengan whisk.
  7. Kacau hingga pekat dan berkilat.
  8. Sejukkan sampai suam.
  9. Masuk kastad dalam piping beg dan cucuk muncung nozzle masuk dalam cupcake.
  10. Ayak gula icing di atas dan paipkan lagi beentuk rosette di atasnya.
  11. Siap..boleh makan..
-Selamat Mencuba-
 
 
Sedap tau bila makan chiffon cupcakes ni..terasa sungguh lembut cc ni dan ada inti kastad di dalam dan ada kastad lagi di luarnya..so, yummy..pada yang belum pernah makan cc ni haruslah cuba ya..
 
 
Okey la ya, jumpa lagi nanti di lain masa dengan entri yang baru pula..aku mau makan malam ni..rasa pening pula lama-lama mengadap laptop dengan perut yang kosong ni..hehe..bye..
 
Pertanyaan dan order sila hubungi kami melalui email atau talian yang tertera di atas tu ya. Terima kasih.

KEK LAPIS VELVET HAWFLAKES PELANGI

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, salam ceria dan salam manis diucapkan buat semuanya..terima kasih pada teman-teman blogger yang menziarahi blog SRC dan meninggalkan komen-komen manis..tidak lupa juga thanx pada pengunjung yang setia bertandang ke sini dan silent reader SRC..semoga apa yang dikongsikan di sini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua..kalau datang sini mau cuci-cuci mata pun okey ja..hehe..
 
Untuk petang hari ni, aku mau kongsikan entri kek yang aku buat pada minggu yang lepas iaitu Kek lapis velvet hawflakes pelangi..sebenarnya kalau tidak silap, aku sudah pernah siarkan resepi kek ni..tapi, suka mau buat siaran ulangan..pada kawan-kawan yang malas mau selongkar dapur resepi tu boleh la tengok resepinya di bawah ni nanti ya..
 
Kek ni teksturnya moist dan ada rasa masam manis hawflakes bila makan kek ni..sedap..ditambah lagi dengan warna pelangi yang ceria menjadikan kek ni nampak cantik..haha, kesian angkat bakul sendiri..
KEK LAPIS VELVET HAWFLAKES PELANGI, HARGA RM38 ( SEBIJI )

 Aku suka tengok kaler yang ceria macam ni..resepinya boleh tengok sini ya..
 
RESEPI: KEK LAPIS VELVET HAWFLAKES PELANGI
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
5 biji telur ( dari peti sejuk )
225 g gula halus
220 g tepung gandum } ayak
1 sk baking powder }
1 sb ovallate
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak masak
1 sk esen vanilla
Pewarna ungu,biru,hijau,kuning,oren dan merah
Hawflakes secukupnya
 
CARANYA:
- Campur semua bahan kecuali hawflakes, pewarna dan minyak masak.
- Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak dan gaul guna senduk. Sebatikan.
- Bahagi adunan kepada 6 bahagian dan warnakan.
- Ratakan adunan ungu terlebih dahulu dan kukus selama 5-7 minit.
- Kemudian ratakan adunan hijau dan kukus lagi.Begitu juga dengan adunan seterusnya hingga habis. Susunan warna mengikut warna pelangi.
- Adunan akhir, kukus selama 20 minit.
- Biar 10 minit baru terbalikkan.
- Sejukkan.
 
- Selamat Mencuba -

 
Sekian la dulu entri aku pada petang ni..mau berehat kejap..mata ni rasa berat pula..hihi..ok ya semuanya, kita jumpa lain entri pula..babai..
 
Pertanyaan atau tempahan boleh la hantar email anda kepada kami ataupun terus saja hubungi talian kami yang tertera di atas tu ya..tq

ORDER KATERING DARI PETRONAS

SALAM SEJAHTERA..

Hello..hello..selamat petang semuanya..tengah santai depan tv ni..rehat-rehat la lepas makan tengahari..so, sambil-sambil tu memang ambik kesempatan ni untuk publish lagi entri baru..hem, banyak lagi ni entri yang ada dalam folder..huhu..
 
Okey la tanpa membuang masa aku mau siarkan entri tentang order katering dari PETRONAS pada hari ahad yang lalu iaitu pada 15hb September..mereka order kuih-muih untuk minum pagi dan makan tengahari untuk 70 orang peserta kursus yang mereka anjurkan.
 
Antara menu minum pagi adalah Popia goreng, Apam gula hangus, Kuih Lenggang dan Kek lapis velvet hawflakes pelangi dan 2 jenis minuman panas iaitu nescafe dan teh.
 
KUIH LENGGANG

 POPIA GORENG ( INTI KENTANG )
 APAM GULA HANGUS
KEK LAPIS VELVET HAWFLAKES PELANGI
 
Menu untuk makan tenghari pula adalah Kari ayam, Ikan masak merah, Sayur campur, Sambal tempe dan Sambal mangga. Buah pula adalah tembikai dan pisang..Sambal tempe tu pihak pengurusan PETRONAS yang request dan sambal mangga tu kami buat free untuk mereka ni..memandangkan banyak betul buah mangga muda di belakang rumah..Untuk minuman sirap dan mineral.
 
 KARI AYAM
 
 
 IKAN MASAK MERAH
 SAYUR CAMPUR
 SAMBAL MANGGA
 SAMBAL MANGGA
 TEMBIKAI
 PISANG
 
Alhamdulillah syukur, mengikut feedback yang mereka berikan terhadap makanan, servis, setting meja dan dari segi ketepatan masa..mereka sangat berpuas hati dengan apa yang kami buat..terima kasih banyak-banyak ya..
 
Oklah ya kawan-kawan dan pengunjung semua..sampai sini la entri untuk hari ni..sampai jumpa lagi..dada..

KEK STRAWBERI NESTUM

Hai semuanya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bersiaran kembali setelah beberapa hari sepi tanpa sebarang entri baru...banyak urusan yang perlu dibuat beberapa hari yang lepas selain harus menyiapkan beberapa tempahan menyebabkan tidak berkesempatan update blog..maaf la ya..apapun, terima kasih pada semuanya yang masih rajin bertandang ke sini..
 
Baiklah, pada petang ni aku mau kongsikan entri kek yang telah aku buat beberapa minggu yang lalu..baru la dapat tayang entri ni hari ni sebab perlu tunggu giliran..hihi, entrinya adalah Kek Strawberi Nestum di mana resepinya aku dapat hasil dari mengintai blog Zalinah@Rempah Ratus..tertarik ingin buat kek ni juga..hasilnya kek ni lembut, sedap dan wangi dengan aroma strawberi dan nestum..em, sedap tau..harus cuba..
 
KEK STRAWBERI NESTUM

 
Di bawah ni aku kongsikan resepinya..mohon izin pada Kak Zalinah untuk panjangkan resepinya di sini ya..
 
RESEPI: KEK STRAWBERI NESTUM
SUMBER: ZALINAH @ REMPAH RATUS
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
250 g butter
5 biji telur
3/4 cwn gula halus
1 sk ovallete
1 sk esen vanilla
1 1/2 cwn tepung kek
3 sb jem strawberi ( aku tiada bubuh sebab tiada stok )
1 sk pes strawberi
1/2 sk pewarna merah
1 peket nestum 3 in 1
 
CARANYA:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  3. Masuk telur satu persatu. Pukul lagi. Kemudian masukkan ovallete dan esen vanilla dan putar sebati.
  4. Masuk tepung sedikit demi sedikit. Kacau guna spatula.
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian masuk nestum peket. 1 bahagian lagi masuk jem dan pes strawberi dan pewarna.
  6. Mulakan kukus dengan adunan nestum selama 15-20minit.
  7. Adunan yang akhir, kukus selama 30minit.
  8. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air menitis atas kek.
-Selamat Mencuba-
 
 
So, sampai sini ja la dulu entri aku untu hari ni ya..kita jumpa di lain entri pula..
 
Bagi yang berminat untuk menempah produk kami atau ada sebarang pertanyaan, sila email kami ke alamat yang tertera di atas atau call/sms/whatsApp ke nombor 012-8244251 ( bbwana ). Tq.

OREO CUPCAKES ORDERED BY ANIM

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat menyambut Hari Malaysia pada hari ni..so, pada cuti umum macam ni ramai yang ambik kesempatan untuk keluar bersiar-siar bersama keluarga atau teman tersayang bagi mengisi masa yang terluang..ada pula yang lebih senang untuk merehatkan diri saja di rumah..macam aku, hari ni memang mau berehat di rumah setelah seharian kemarin bergotong-royong bersama keluarga menyediakan makanan katering kemarin yang di tempah oleh PETRONAS..syukur la mereka sangat berpuas hati dengan  perkhimatan dan menu yang kami sediakan..
 
Tapi hari ni aku belum lagi siarkan entri katering kerana hari ni aku mau siarkan entri Oreo Cupcakes saiz small yang telah di order oleh sepupu aku, Anim yang telah siap dan diambil pada hari jumaat baru-baru ni..untuk cupcakes Anim request kaler purple untuk jadi warna tema dan tulis ' Happy Anniversary 6 '..tidak tau la sempena apa..mungkin mau meraikan hubungan perkenalan dengan tunangnya, Samsul..haha, nda tau la..aku pun agak-agak saja..apapun, thanx banyak-banyak to Anim sebab order cupcakes..harap dia berpuas hati dengan hasilnya..Jom tengok gambar..

OREO CUPCAKES
 
OREO CUPCAKES WITH BUTTERCREAM
HARGA RM 1.80 ( MEDIUM ), RM 1.20 ( SMALL )
HIASAN: BISKUT OREO, GULA MANIK

 
 Sudah siap susun dalam kotak dan ready untuk diambil..
 
Untuk resepi kek boleh tengok di sini ya
 
RESEPI: OREO CUPCAKES
SUMBER: DOMESTIC PURSUITS
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
Biskut Oreo secukupnya ( potong dua ) - untuk inti dalam cupcakes dan hiasan
2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung serbaguna
3/4 cwn serbuk koko
1 1/2 sk baking powder
1 1/2 sk bikarbonat soda
1 sk garam
2 biji telur
1 cwn susu cair
1/2 cwn minyak sayur ( aku guna minyak masak ja )
2 sk esen vanilla
1 cwn air panas
 
CARANYA:
- Panaskan oven suhu 180 degree.
- Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat soda serta garam dalam mangkuk.
- Campur gula, telur, susu cair, minyak dan esen vanilla. Pukul sebati.
- Masuk pula campuran tepung yang di ayak tadi dan putar adunan dengan medium speed selama 2 minit.
- Tuang air panas dan kacau adunan sebati.
- Tuang separuh adunan dalam papercup dan masuk 1 potong biskut oreo. Tuang lagi adunan hingga 3/4 penuh.
- Bakar selama 22-25 minit.
- Sejukkan.
 
BAHAN BUTTERCREAM
SUMBER: DAPUR TANPA SEMPADAN
 
125 g mentega
70 g krimwell
80 g gula icing ( ayak )
1/2 sk esen vanilla
2 sb susu pekat manis
 Pewarna ( jika suka )
CARANYA:
- Putar semua bahan buttercream dengan low speed hingga sebati.
- Kemudian putar dengan medium speed dan putar hingga pekat.
- Sedia untuk digunakan
- Hias ikut kreativiti
 
- Selamat Mencuba-
 
 
Yang ni adunan yang belum dibakar..mungkin adunan tu cair..so, biskut oreo timbul di atas..hehe..


Yang ni pula rupa cupcakes yang telah masak..cupcakesnya lembut dan kalau makan tergigit biskut oreo di dalamnya memang sedap..memang banyak la jadi cupcakes ni untuk saiz yang small..kalau nda silap ada la lebih dari 35 biji..



Yang ni  aku paipkan dengan buttercream..lepas tu letak pula biskut oreo di atasnya..hm, makan pun nda boleh cakap sudah..pasal menghayati keenakkan cupcakes..gigit  biskut oreo yang rangup dengan buttercream tu memang sedap..aku pun habiskan sampai 3 biji..haha..

 
 Haa, sampai sini la entri aku pada petang hari ni..kita jumpa lagi untuk lain entri pula ya
 ..
 
Jika ada sebarang pertanyaan ataupun ingin order produk kami, sila email atau terus call/sms/whatsapp ke talian 012-8244251 ( bbwana ). Tq..-wasalam-
 

CHEESY FAIR LADY CAKE

Salam sejahtera semuanya..

Bestnya kan dapat santai-santai petang-petang macam ni..berehat sambil tengok tv rancangan kegemaran..hehe..sebenarnya aku baru ja siap buat kek lapis..penat juga la sebab tau ja la kan proses melapis kek ni memang makan masa..perlu banyak kesabaran..buat dari pagi tadi baru la siap petang ni..apapun, walaupun penat tapi aku memang suka  dengan apa yang aku buat ni..hepi bila tengok hasilnya menjadi dan disukai orang..
 
Okeylah, kali ni aku mau siarkan entri kek birthday yang aku buatkan untuk mama tersayang yang menyambut hari lahirnya pada 10 September yang lalu..aku mau cuba buat kek yang belum pernah aku buat sebelum ni..so, lepas tengok-tengok buku resepi..aku tertarik untuk membuat kek yang menggunakan cheese memandangkan aku memang mau habiskan stok cheese yang ada..so, Cheesy Fair Lady Cake menjadi pilihan aku untuk dibuat sempena birthday mama yang ke-62 ni..
 
CHEESY FAIR LADY CAKE
CHEESE FAIR LADY CAKE
FILLING: CREAM CHEESE
TOPPING: FRESH CREAM
HIASAN: COKLAT PUTIH, GULA MANIK, COKLAT PUTIH KEPING, BUNGA GUM PASTE
HARGA: RM 60
BERAT: 1.3 KG
 
Kek ni memang sedap la..kena dengan selera aku dan keluarga..rasa cheesenya tu tidak la memuakkan..memang sedap makan time sejuk..nyum-nyum..aku pun makan sampai berapa potong..haha..lupa daratan kalau makan cheese..

 
 
Mama memang surprise bila dapat tau aku ada buatkan kek untuk dia..haha..mama memang nda perasan pun aku buat kek ni sebenarnya untuk dia..sebab mama ingatkan aku buat kek tempahan pelanggan..apapun,mama memang hepi bila kami sambut birthdaynya pada malam tu dalam acara yang cukup ringkas..'Selamat Ulangtahun Ma, moga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik serta murah lagi rezeki mama dalam bisnes dan sentiasa dirahmati Allah ..amin..kami sayang Mama'..
 
 
Inilah gambar mama dengan my dad tersayang ..Pn.Norsiah Abdullah..
 
Di sini aku kongsikan resepi kek..resepi sudah lama aku ambil dan lupa dari mana aku dapat..so, maaf banyak-banyak ya..Jom semak resepi..
 
RESEPI: CHEESY FAIR LADY CAKE
DI CUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN KEK:
125 g tepung naik sendiri
5 biji telur
120 g gula halus
2 sb susu cair
1 sb ovallete
1 sk esen vanilla
75 ml minyak
 
CARANYA:
  • Pukul telur sampai kembang dan putih.
  • Masukkan gula halus dan ovallete, pukul lagi hingga kembang.
  • Masuk tepung, susu cair, esen vanilla sedikit-sedikit.
  • Kemudian masukkan minyak.
  • Tuang adunan dalam loyang yang di gris dan letak baking paper.
  • Bakar 180 degree selama 1 jam 15 minit.
  • Masak dengan kaedah steam bath ( guna api bawah 30 min, api atas 5 minit, akhir sekali api bawah 40 minit.
  • Sejukkan dan potong kepada 3 lapisan.
 
LAYER:
100 g butter
250 g cream cheese
100 g gula icing
100 g fresh cream
Sedikit jus lemon
 
CARANYA:
  • Pukul butter dan cream cheese sebati.
  • Masuk gula icing. Pukul lagi.
  • Masuk fresh cream dan pukul hingga kental.
  • Ratakan pada lapisan kek.
HIASAN:
150 g fresh cream
Coklat putih ( diparut )
 
  • Pukul  fresh cream hingga kembang dan kental.
  • Ratakan pada keseluruhan kek. Tabur parutan coklat.
  • Hiaslah ikut kreativiti.
-Selamat Mencuba-
 
Kek yang telah dipotong kepada 3 lapisan dan letak kek atas papan kek dan sapukan adunan cream cheese di setiap layer..

Ni rupa kek yang telah siap di sapu dengan cream cheese di setiap lapisan..

 
Ni lah hasil kek yang aku buat..lama juga la lekat manik-manik love tu..bukan apa, supaya nampak kemas la konon kan..hehe..Baiklah, sampai sini la dulu entri aku pada petang ni..jumpa lagi la di lain masa ya..
 
Sapa-sapa yang berminat untuk menempah kek ni boleh la hubungi kami di talian yang tertera di atas tu ya..tq..-wasalam-