KEK KELAPA KERING

Halloo..
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni mau kongikan dengan korang semua entri kek pula yang aku buat dalam bulan yang lepas kalau aku tidak silap..biasalah kan, banyak betul entri tertunggak ni..banyak lagi tersimpan dalam folder..sebab tu la bila ada masa free, aku cuba masukkan entri dalam blog ni untuk tatapan semua..
 
Entrinya adalah Kek kelapa kering..dari dulu lagi aku memang suka makan kek kelapa ni..sedap..dulu-dulu mama la yang rajin buat..tapi sejak aku pandai buat dan bisnes kek ni, mama sudah lama pencen buat kek..hihi, mama lebih senang buat kuih tradisi dan masak-masak ja..untuk resepi kek ni, aku intai di my home cooking..saja mau try resepi lain pula..hasilnya tidak mengecewakan..cantik dan teksturnya tidak la terlalu kering..
 
KEK KELAPA KERING

 Nampak cantik ja kalernya kan..colourful..
 
 Jom semak resepinya di bawah ni ya..
 
RESEPI: KEK KELAPA KERING
SUMBER: MY HOME COOKING
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
250 g mentega
230 g tepung kek  }ayak
1 sk baking powder }bersama
200 g gula kastor
50 g kelapa kering - warnakan merah, kuning dan hijau
50 g susu segar/cair
4 biji telur
1 sk esen vanilla
 
Bahagi kelapa kering 3 bahagian dan masukkan dalam plastik baru titiskan pewarna di setiap plastik..lebih senang buat macam ni..tangan pun tidak la kotor kan..hehe..
 
 
CARANYA:
  1. Pukul mentega dan gula hingga gebu dan kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil pukul.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masuk tepung selang seli dengan susu sebanyak 4x ( tepung, susu, tepung, susu,tepung, susu, tepung, susu ).
  5. Tuang adunan dalam Loyang yang di gris dengan mentega.
  6. Bakar dalam oven suhu 175 darjah celcius selama 1 jam.
  7. Biar betul-betul sejuk baru keluarkan dari Loyang.
-Selamat mencuba-
 

 
Okey la semua, thanx sebab sudi jenguk sini ya..kita jumpa lagi di lain entri..bye..-wasalam-

RESEPI APAM GULA HANGUS

SALAM SEJAHTERA..

Hello kawan-kawan dan pengunjung blog SRC semuanya..syukur Alhamdulillah bersua lagi kita pada hari ni..tengah rehat-rehat sekarang ni boleh la sambil-sambil publish entri baru kan..nanti kalau sibuk memang tidak berupdate la..hihi..
 
Hari ni aku ingin berkongsi resepi Apam gula hangus..antara apam yang sangat popular dan banyak permintaan tempahan dari pelanggan..aku belajar resepi apam ni dari mama.resepinya sangat senang..aku main ingat-ingat ja resepi ni..apam  ni hanya bubuh dalam papercup ja..so, jimat masa tidak payah mau gris acuan lagi..jimat masa kan..
 
Ada sorang teman blogger yang request agar aku share resepi apam ni iaitu Adrianna Shaz..so, untuk tidak menghampakan permintaanya aku kongsikan resepinya di bawah tu..harap Adrianna suka la ya..hihi..aku guna sukatan cawan so lebih mudah la kan..tidak perlu timbang..pada yang berminat mau cuba buat apam ni sila rujuk resepinya di bawah..
 
RESEPI: APAM GULA HANGUS
OLEH: SWEET RED CHERRY
( menghasilkan 30-33 biji )

BAHAN: ( GULA HANGUS )
1 1/2 cwn gula pasir
1 1/2 air
  • Gula pasir di masak dalam kuali atas api yang sederhana..bila gula mencair dan bertukar keperangan, masukkan air ( hati-hati tuang air sebab takut nanti terpercik ). Jangan sampai hangus ya , nanti pahit pula rasanya.
  • Matikan api jika sudah sebati. Ketepikan.

BAHAN LAIN:
2 1/2 cwn tepung gandum }diayak
1 sm soda bikarbonat        } bersama
3 biji telur
1 tin kecil susu pekat manis
175 ml minyak masak
Papercup secukupnya

CARANYA:
  1. Putar telur dan susu pekat manis hingga sebati. Kemudian masukkan minyak masak. Putar lagi.
  2. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Putar.
  3. Akhir sekali, masukkan gula hangus. Putar hingga sebati.
  4. Tuangkan adunan dalam papercup yang di susun dalam acuan.
  5. Kukus selama 20 minit.
-Selamat mencuba-

 
 Sebelum kukus..
Apam yang sudah masak..
 
 
 
Haa, macamana..senang ja buatnya kan..sebelum ni, ada yang pernah tanya berapa lama jangkahayat apam ni..untuk pengetahuan kawan-kawan semua..apam gula hangus adalah sejenis apam yang sangat tahan selama lebih kurang 3-4 hari dalam suhu bilik..teksturnya pun masih lembut lagi.tapi, kalau simpan dalam peti sejuk sampai 1 minggu pun apam ni masih okey..tidak berkulat..cuma, kalau mau makan kena kukus la kejap untuk lembutkannya kembali..betul..kalau tidak percaya, kena la cuba..hihi..
 
Okey ya, harap perkongsian ni dapat memberi manfaat pada kawan-kawan dan pengunjung semua ya..sampai jumpa lagi..
 
UNTUK TEMPAHAN & SEBARANG PERTANYAAN, SILA EMAIL ATAU TERUS HUBUNGI KAMI DI TALIAN, 012-8244251 ( Bbwana ). TQ.

TEMPAHAN KUIH-MUIH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Selamat malam semuanya..hari ni agak penat sikit..mata sudah mulai mengantuk..agak sibuk sepanjang hari tadi menyiapkan kuih-muih jualan dan beberapa order kek dan cupcakes yang perlu siap kerana hari ni juga di ambik..
 
Entri hari ni adalah mengenai tempahan kuih-muih pada minggu yang lepas-lepas sempena Persidangan Pemilihan UMNO Bahagian Sipitang..Antara kuih yang ditempah adalah Donut, Apam gula hangus, Karipap, Penyaram dan Kelupis sebanyak 250 biji setiap jenis..sebenarnya bukan saja kami buat kuih yang ditempah ni..sebanyak 4 pembekal termasuk kami diminta buat kuih yang sama jenis..so,pada hari tersebut ada 4 kaunter pembekal kuih dan kuih-muih ni adalah untuk perwakilan dan calon-calon yang bertanding pada hari tersebut..Mama dan My Sis Liza bertugas jaga kaunter kuih-muih kami..aku pula di rumah kerana harus menyiapkan kuih tempahan yang lain..apapun, syukur Alhamdulillah atas rezeki ini..
 
Jom kita layan ja gambar-gambarnya..( untuk karipap dan penyaram tiada dalam gambar, harap maaf ya)
 
 
KELUPIS
 APAM GULA HANGUS
DONUT
 

 Untuk apam gula hangus dan donut di request untuk pek dalam plastic
 
Pek kuih ni semua my sis Liza dan anak buah, Putri tolong..kalau tidak memang lambat la siap packing..memang perlu awal pek sebab semua kuih perlu dibawa ke tempat yang ditetapkan seawal 6.30 pagi esoknya..
 
Baiklah kawan-kawan semua, mata aku sudah berat sangat ni..ngantuk..mau tidur sudah ni..kita jumpa lain entri pula ya..thanx sebab datang sini..bye korang..gdnite..sekian.

POP CAKE

Assalamualaikum w.b.t..

Kembali bersua pada petang isnin ni..macamana dengan hari anda?adakah ceria seperti hari ni yang cuacanya sangatlah cerah..panas betul di luar tu..eii, memang kalau aku nda la sanggup mau bejalan time panas macam ni..bagus duduk diam-diam di rumah..hihi..tengok tv ka atau buat kerja yang patut..
 
Hari ni aku ingin publish entri Pop Cake..sebenarnya nda rancang pun mau buat pop cake ni..ceritanya aku buat kek..lepas tu lupa la pula taruh baking paper dalam loyang..hem, apalagi..jadinya kek aku melekat dalam loyang..susah mau keluar..hai..nasib..nasib..pikir punya pikir sayang juga kek ni kan..daripada buang baik buat sesuatu dengan kek ni..haa, terus la terlintas buat pop cake ni yang dibubuh dalam papercup kecik..salut dengan coklat masakan dan tabur coklat rice..dah siap..comel dan sedap..mudah ja buatnya..
 
POP CAKE

 
Pop cake ni sesuai juga buat time majlis harijadi sebab budak-budak suka..salut dengan manik-manik yang colourful lagi menarik..resepi pop cake ni pernah aku siarkan sebelum ni..tapi sudah lama la, kalau tidak silap bulan april yang lalu..tapi, aku kongsikan sekali lagi resepinya di sini untuk kawan-kawan yang ingin tau resepinya..
 
RESEPI: POP CAKE
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
Kek secukupnya ( apa2 kek pun boleh )
Jem blueberi secukupnya - perisa jem ikut suka
Papercup
Hiasan:
Coklat masakan putih dan hitam ( dicairkan )
Coklat rice
 
CARANYA:
  • Kek dihancurkan dengan tangan. Kemudian campurkan dengan jem. Gaul rata hingga sebati.
  • Bulatkan menjadi bebola kecil. Sejukkan sebentar dalam peti sejuk.
  • Setelah sejuk, celup dalam coklat masakan dan masukkkan dalam papercup.
  • Paipkan coklat di atasnya dengan corak zigzag dan tabur coklat rice.
-Selamat mencuba-



 
 
Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh la hubungi terus ke talian kami yang tertera di atas tu ya..
 
Sampai jumpa lagi..-wasalam-
 

 
 

ROTI GULUNG KETAM

Assalamualaikum dan selamat petang..
 
Selamat berhujung minggu ya diucapkan pada semua pengunjung dan teman-teman semua..terus saja kita kepada entri yang ingin aku kongsikan pada hari ni iaitu menu yang sesuai untuk minum petang bukan saja sesuai untuk anak-anak tetapi sesuai juga dengan selera orang dewasa bagi pendapat aku..
 
Roti Gulung Ketam merupakan hidangan yang sangat ringkas dan mudah disediakan untuk minum petang..memang sedap..makan roti pastu ada isi ketam di dalamnya dan juga cheese..nyum-nyum..kalau suka rasa cheese yang kaw-kaw boleh la bubuh di dalamnya banyak sikit ikut kesukaan masing-masing..aku buat roti ni memang dapat sambutan keluarga..berebut-rebut makan..sampai ada yang komplen nda cukup makan..hihi..aku buat dalam 6 -7 ketul ja sebab kurang stok breadcrumb..
 
ROTI GULUNG KETAM
Resepi di kongsikan oleh Pn. Orked Abdullah..apapun, thanx ya kak atas perkongsian resepinya..kalau ingin tahu lebih lanjut resepinya ada dalam Majalah RASA edisi November..di sini aku juga ingin kongsikan resepinya dengan kawan-kawan semua..jom, check it out..
 
RESEPI: ROTI BERGULUNG ISI KETAM
SUMBER: PN. ORKED ABDULLAH
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
5 keping roti putih
5 batang jejari ketam
1 biji putih telur - pukul kembang
Keju cheddar secukupnya - diparut
Keju parmesan secukupnya ( aku x bubuh )
Serbuk roti secukupnya ( breadcrumb )-kuning
Minyak untuk menggoreng
 
CARANYA:
- Canai roti putih sehingga leper.
- Kemudian letakkan jejari ketam di atas roti bersama keju parmesan dan keju cheddar.
- Seterusnya gulung roti dengan kemas.
- Selepas itu, celup roti dalam bancuhan putih telur.
- Kemudian salut pula dengan serbuk roti secukupnya. Aku guna serbuk roti putih sebab tiada stok yang kuning punya.
- Akhir sekali, goring terendam sehingga roti garing. Angkat, tos dan sedia dihidangkan bersama sos kegemaran.

-Selamat mencuba-





Sedap cicah dengan sos cili..makan panas-panas lepas di goreng memang mantap..so, boleh la try buat roti ni jugak..

Sampai sini saja dulu entri hari ni..see ya..sekian.

KEK, APAM, PUDING DAN KUIH BAKAR UNTUK KATERING.

SELAMAT SEJAHTERA..
 
Hai kawan-kawan..terima kasih la ya tidak jemu mengunjungi blog SRC ni..kami amat-amat menghargai kunjungan anda semua..sebagai tanda sokongan terhadap blog Sweet red cherry, jadi la follower kami ya pada yang belum follow tu..hehe, pada yang sudah follow..thanx banyak-banyak..
 
Hari ni hari yang rilek..tidak banyak yang perlu dibuat..hanya perlu siapkan cupcakes yang di order oleh kakak sepupu saja..lepas tu boleh rest sampai petang lepak depan tv..haha..jam 4 petang baru jalan pegi rumah sepupu hantar order..terus la jalan-jalan ke rumah makcik lepak dengan sepupu-sepupu, anak buah semua sambil minum petang dan aku juga ada bawa Kek carrot walnut untuk dimakan bersama..meriah la..best sebab jarang kumpul ramai-ramai macam ni sebab masing-masing sibuk dengan kerja dan sekolah..
 
Okey la,berbalik pada entri hari ni aku ingin siarkan gambar-gambar kek dan kuih bakar yang telah di order untuk katering Peladang yang lepas..
 
Antaranya adalah Kek Pisang, Blended orange cake, Kek koko basah, Apam Isabella, Kuih bakar pandan dan Puding coklat ..jom kita tengok gambar..
 
KEK PISANG COKLAT CIP
 BLENDED ORANGE CAKE
 KEK PISANG MUDAH
 KEK KOKO BASAH
 APAM ISABELLA
 KUIH BAKAR PANDAN
PUDING COKLAT
 
Ucapan ribuan terima kasih pada PELADANG sebab tetap setia order dengan kami..
 
Okey la ya, sampai sini entri aku pada hari ni..kita jumpa lagi lain entri nanti pula ya..bye..

WALNUT CARROT CAKE

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Hai semuanya..

Kembali bersiaran pada petang jumaat ni..nampaknya hujan turun lagi petang ni..alamat tidak kering la baju yang di cuci pagi tadi..
 
Untuk entri hari ni aku mau siarkan pula tentang kek yang aku sangat-sangat teringin mau buat dan makan..keknya adalah Walnut Carrot Cake.hati tu rasa membuak-buak mau cuba buat kek ni bila tengok ramai teman-teman yang siarkan kek ni dan mengatakan rasanya sangat sedap..apatah lagi dimakan dengan topping cream cheese yang sungguh yummy..asyik telan liur ja tengok kek orang kan..haa, bila sudah cukup bahan..aku terus buat kek ni..memang aku sudah jatuh cinta dengan kek ni..memang kena dengan selera aku..sedap sungguh..keluarga pun suka makan..buat hari ni, esoknya sudah habis..hihi..
 
WALNUT CARROT CAKE
 
WALNUT CARROT CAKE
DEKO & TOPPING: CREAM CHEESE FROSTING
HIASAN: KEPINGAN BADAM
BERAT: 1.2 KG
HARGA: RM 60
 
 
Untuk resepi ni aku rujuk dengan dapur mamasya dan semanis gula..aku sertakan resepinya di bawah ni..jom la semak..
 
RESEPI: WALNUT CARROT CAKE
SUMBER: DAPUR MAMASYA & SEMANIS GULA
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
4 biji telur A
1 1/2 cwn gula kastor
2 cwn tepung gandum  }
1 sk bikarbonat soda    } ayak
1 1/2 sk baking powder }
1 cwn minyak jagung
2 1/2 cwn carrot parut
100 g walnut - panggang 8 minit ( cincang kasar )
secubit garam
sedikit esen vanilla
1 1/2 sk serbuk kayu manis- aku tidak bubuh serbuk kayu manis kerana aku tidak berapa suka bau rempah ni dalam kek..
 
CARANYA:
  1. Putar gula kastor dan telur hingga kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung.
  2. Masukkan campuran tepung.
  3. Masukkan walnut yang telah di panggang dan cincang.
  4. Akhir sekali, masuk secubit garam dan lobak merah. Kaup balik.
  5. Bahagi 2 bahagian dan bakar selama 25-30 minit setiap bahagian. Kalau bakar sekali 40 minit.
  6. Suhu dalam 175 darjah celcius.
  7. Sejukkan baru deko.
TOPPING CHEESE:
260 g cream cheese
130 g butter anchor - salted
130 g gula icing - ayak
 
  • Putar ketiga bahan ini hingga sebati. Jangan sampai kembang nanti cheese lembik. Sedia untuk digunakan.
-Selamat mencuba-
 

 

 
 Kalau lagi tebal lapisan cream cheese tu lagi sedap tau..nyum-nyum..
 
 
 Ini pula adalah kek yang kena order..thanx sebab order..
 
 
 
 Untuk yang berminat untuk menempah kek ni sila hubungi terus talian kami di 012-8244251 ( bbwana )..anda boleh call/sms/whatsApp..boleh juga email kami ke alamat email kami yang tertera  di atas tu. Terima kasih.
 
Sampai sini dulu..jumpa lagi semua..bye..sekian.

DONUT

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, salam ceria dan salam manis diucapkan buat semua kawan-kawan dan pengunjung semuanya yang bertandang ke sini..Alhamdulillah kita bersua lagi pada petang hari yang sangat cerah ni..hihi..sebelum tu mau minta maaf la sebab biarkan blog ni sepi seketika..beberapa hari ni aku tidak punya masa untuk menghadap laptop..sibuk dengan sedikit urusan..
 
Baiklah, pada petang ni aku mau kongsikan satu entri kuih-muih yang sangat sesuai dimakan pada sebelah petang iaitu Donut ataupun kami panggil dengan nama Kuih Gelang..mungkin bentuknya yang bulat dan berlubang di tengah menyerupai gelang tu la di panggil kuih gelang..haha..siapa yang tidak suka makan donut kan..paling sedap makan bila masih panas..lepas masak dan salut dengan gula memang sedap..minum pula dengan kopi atau milo panas..hem, memang layan habis..
 
DONUT
RESEPI: DONUT
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
240 g tepung gandum
60 g majerin
1 biji telur-dipukul
1/2 sk garam
minyak masak
gula halus/gula icing - untuk salut donut

BAHAN B:
60 ml susu segar
2 sm gula kastor
1 sm yis kering
50 ml air suam

CARANYA:
  1. Ayak tepung dan garam dalam mangkuk adunan. Masukkan telur dan marjerin. Gaul hingga sebati.
  2. Tuang bahan B dan di gaul rata. Uli doh hingga lembut dan kenyal. Biarkan doh naik 2x ganda selama 40 minit.
  3. Uli doh sekali lagi. Kemudian canai setebal 1 cm dan terap dengan acuan. ( aku guna acuan yang kecil ). Susun doh dalam dulang yang di sapu dengan minyak. Biarkan doh naik kali kedua selama 20 minit.
  4. Goreng donut ini dalam minyak yang telah di panaskan terlebih dahulu. Toskan.
  5. Kemudian golekkan dalam gula icing hingga rata.
-Selamat mencuba-


 
Kalau tidak mau salut dengan gula pun boleh..sedap juga celup donut ni dalam coklat masakan yang telah dicairkan..kemudian taburkan manik gula warna-warni..pasti lagi menarik kan..budak-budak la yang paling suka kalau buat macam tu.tapi, aku tiada buat macam ni..lain kali la..
 
Haa, sampai sini la dulu ya..kita jumpa di lain entri pula..thanx sebab datang sini dan baca entri hingga habis..

RAINBOW CUPCAKES

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Hai, teman-teman dan pengunjung blog sweet red cherry semuanya..bersua lagi kita pada hari ni..Alhamdulillah, ada juga masa yang terluang sedikit untuk mengupdate blog..sambil beristirehat ni aku menghadap laptop dan merajinkan diri menaip dan post entri..
 
Okeylah, baru-baru ni aku buat Rainbow Cupcakes untuk hidangan makan-makan pada hari raya haji yang lalu selain dari snow cheese cake..sebenarnya terpikir mau buat rainbow cupcakes ni bila aku buat snow cheese cake tu ada pula lebihan dua biji putih telur..mau buang sayang juga kan..so, belek-belek buku nota aku ternampak pula resepi cupcakes ni..so, aku terus la mengodek di dapur..

RAINBOW  CUPCAKES
 Sebenarnya buat rainbow cake versi cupcakes lebih mudah berbanding buat kek sebab kalau cupcakes, hanya perlu paipkan beberapa lapisan warna dan terus bakar. Kalau versi kek pula perlu bakar selapis demi selapis..kalau oven besar dan banyak loyang boleh la bakar sekaligus..tapi kalau oven kecik macam yang ada di rumah ni kenalah bakar selapis-selapis..huhu..so, makan masa dan banyak bersabar la jawabnya..hihi.

 
 Untuk resepinya aku kongsikan dengan anda semua di bawah ni..
 
RESEPI: RAINBOW CUPCAKES
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN: ( Aku hanya buat 1/2 adunan dari resepi )
3 cwn tepung gandum
4 sk baking powder
1/2 sk garam
1 cwn butter
2 cwn gula kastor
5 biji putih telur
2 sk esen vanilla
1 1/2 cwn susu segar
pewarna - merah, kuning, hijau dan biru
 
CARANYA:
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit. Pukul hingga gebu.
  3. Masukkan esen vanilla. Masukkan tepung selang seli dengan susu segar.
  4. Bahagi kepada 4 bahagian dan warnakan.
  5. Piping warna biru, hijau, kuning dan akhir sekali merah.
  6. Bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 30 minit.

BUTTERCREAM
SUMBER: DAPUR TANPA SEMPADAN

125 g butter
70 g krimwell
80 g gula icing - ayak
1/2 sk esen vanilla
2 sb susu pekat manis
Gula manik dan gula m&m sebagai hiasan ( ikut citarasa masing2 )


  • Putar semua bahan buttercream dengan low speed hingga sebati. Kemudian putar dengan medium speed dan putar hingga pekat.
  • Sedia untuk digunakan.

-Selamat Mencuba-


Sedapnya makan dengan buttercream..sebenarnya boleh juga gunakan cream cheese frosting. Aku kebetulan masa tu memang mau habiskan stok buttercream aku..



Cantikkan colourful sangat..aku suka, suka, suka..hihi..
 

So, sampai sini ja la dulu ya..sampai jumpa lagi di entri yang lain pula..thanx banyak sebab sudi bertandang ke sini..kami amat menghargai anda semua..

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin tempah sebarang produk kami sila hubungi kami terus di talian 012-8244251 ( bbwana ). Boleh call/sms/whatsApp..tq.