WALNUT CARROT CAKE

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Hai semuanya..

Kembali bersiaran pada petang jumaat ni..nampaknya hujan turun lagi petang ni..alamat tidak kering la baju yang di cuci pagi tadi..
 
Untuk entri hari ni aku mau siarkan pula tentang kek yang aku sangat-sangat teringin mau buat dan makan..keknya adalah Walnut Carrot Cake.hati tu rasa membuak-buak mau cuba buat kek ni bila tengok ramai teman-teman yang siarkan kek ni dan mengatakan rasanya sangat sedap..apatah lagi dimakan dengan topping cream cheese yang sungguh yummy..asyik telan liur ja tengok kek orang kan..haa, bila sudah cukup bahan..aku terus buat kek ni..memang aku sudah jatuh cinta dengan kek ni..memang kena dengan selera aku..sedap sungguh..keluarga pun suka makan..buat hari ni, esoknya sudah habis..hihi..
 
WALNUT CARROT CAKE
 
WALNUT CARROT CAKE
DEKO & TOPPING: CREAM CHEESE FROSTING
HIASAN: KEPINGAN BADAM
BERAT: 1.2 KG
HARGA: RM 60
 
 
Untuk resepi ni aku rujuk dengan dapur mamasya dan semanis gula..aku sertakan resepinya di bawah ni..jom la semak..
 
RESEPI: WALNUT CARROT CAKE
SUMBER: DAPUR MAMASYA & SEMANIS GULA
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
4 biji telur A
1 1/2 cwn gula kastor
2 cwn tepung gandum  }
1 sk bikarbonat soda    } ayak
1 1/2 sk baking powder }
1 cwn minyak jagung
2 1/2 cwn carrot parut
100 g walnut - panggang 8 minit ( cincang kasar )
secubit garam
sedikit esen vanilla
1 1/2 sk serbuk kayu manis- aku tidak bubuh serbuk kayu manis kerana aku tidak berapa suka bau rempah ni dalam kek..
 
CARANYA:
  1. Putar gula kastor dan telur hingga kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung.
  2. Masukkan campuran tepung.
  3. Masukkan walnut yang telah di panggang dan cincang.
  4. Akhir sekali, masuk secubit garam dan lobak merah. Kaup balik.
  5. Bahagi 2 bahagian dan bakar selama 25-30 minit setiap bahagian. Kalau bakar sekali 40 minit.
  6. Suhu dalam 175 darjah celcius.
  7. Sejukkan baru deko.
TOPPING CHEESE:
260 g cream cheese
130 g butter anchor - salted
130 g gula icing - ayak
 
  • Putar ketiga bahan ini hingga sebati. Jangan sampai kembang nanti cheese lembik. Sedia untuk digunakan.
-Selamat mencuba-
 

 

 
 Kalau lagi tebal lapisan cream cheese tu lagi sedap tau..nyum-nyum..
 
 
 Ini pula adalah kek yang kena order..thanx sebab order..
 
 
 
 Untuk yang berminat untuk menempah kek ni sila hubungi terus talian kami di 012-8244251 ( bbwana )..anda boleh call/sms/whatsApp..boleh juga email kami ke alamat email kami yang tertera  di atas tu. Terima kasih.
 
Sampai sini dulu..jumpa lagi semua..bye..sekian.

10 comments:

  1. lama tak makan kek carrot...
    alahai cantiknya hiasan carrot tuh...comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak..kalau dah lama x makan, kena buat kek carrot la jugak kak..hihi..

      Delete
  2. kak ina dah 2 kali beli walnut konon nak buat carrot cake tapi tak sempat nak buat, kak ina dah makan habis walnut2 tu..he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..alahai ciannya kak asyik x sempat nak buat..meh sini saya tolong akak buatkan kek..

      Delete
  3. sedapnya.....kesukaan my familly nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak..kek ni memang sedap dan sekarang ni jadi kegemaran keluarga saya juga..hehe.

      Delete
  4. kat sini pun dah mula hujan ... sodapnya karot kek .. pernah buat sekali je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai wani..kek ni memang betul2 sedap..saya sangat sukakan rasanya..

      Delete
  5. adeh terliurrr tgok.. huhu. btw followed u. blh follow balik dekat sini http://www.sophiesm.com kwn2 lain pun blh follow sekali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ok thanx ya sebab follow..saya akan follow awak juga..

      Delete