ORDER KUIH-MUIH & MAJLIS MALAM BERBEDAK/BERINAI ANIEM & SYAMSUL

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA..

Hai semuanya..good morning..

Lama rasanya tidak update blog kesayanganku ini..masuk seminggu entri tidak bertukar-tukar..aduhai..minta maaf banyak-banyak pada kawan-kawan dan juga semua pengunjung blog SRC..bulan ni boleh dikira pakai jari berapa kali ja aku update blog..huhu..bulan disember ni aku betul-betul sibuk dengan tempahan pelanggan yang agak banyak..syukur alhamdulillah dan sibuk dengan perkahwinan sepupu dan juga sempat jalan-jalan dengan family ke Kundasang, Sandakan dan Telupid..ceritanya akan aku masukkan dalam entri yang akan datang.

Okey berbalik pada tajuk entri di atas, pagi ni aku ingin kongsikan antara tempahan kuih-muih yang di tempah oleh Pakcik ( Hj. Sitam ) untuk anaknya ( Aniem ) sepupu aku, sempena majlis berbedak/berinai pada awal bulan disember yang lalu..memang banyak juga yang ditempah..dan semua kuih-muih tu aku dan mama bertungkus-lumus menyiapkan kalau tidak silap lebih dari 1000 biji semuanya..alhamdulillah semuanya siap dengan jayanya..walaupun agak penat tapi sangat hepi dan puas hati..

Jom layan gambar..

Antaranya adalah Apam isabella, Apam gula hangus, Apam Coklat, Kek Coklat urai, Kuih bakar pandan dan banyak lagi di bawah ni..



TAPAI NASI

JELURUT

KEK COKLAT PANDAN MARBLE

AGAR-AGAR MINI

WAJID NASI

APAM POLKADOT ( FILLING COKLAT, BLUEBERI,OREN & LEMON )

APAM GULA HANGUS

KELUPIS INTI UDANG

KUIH BAKAR PANDAN

KEK PISANG
Ini pula adalah gambar sepupu ( Aniem ) dalam majlis berbedak kecil..


 Majlis berbedak kecil dimulakan oleh pakcik iaitu bapa pengantin perempuan..


Di bawah ni wajah-wajah anak-anak buah dan sepupu yang menjadi Puteri Lilin pada petang tu.dorang ni bertugas pegang liliin masa bakal pengantin perempuan dimandikan oleh penganggun..dari kiri Putri, Nadhrah, Caca dan Atul..



 Ini adalah majlis nikah Aniem & Syamsul pada jumaat petang di kediaman pengantin perempuan..


 Pelamin nikah..cantikkan..


Ini pula majlis berbedak besar-besaran yang diadakan pada sebelah malam..nda banyak gambar pada malam tu yang aku sempat ambik sebab aku sibuk sangat bertugas urus kuih-muih..huhu..

Okey la, cerita ni akan bersambung di entri akan datang pula..so, thanx ya pada semua yang singgah sini dan baca entri sampai habis..sampai jumpa lagi teman-teman..bye..sekian.

10 comments:

  1. Salam Bbwana, wah banyak juga kuih muih yg sempat di sediakan ye. Kuih Jelurut & Kelupis tu tak ada di sini. Tentu sedap kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak fiza..thanx ya sebab sudi singgah sini..betul tu kak..kuih jelurut dan kelupis adalah makanan tradisi di sabah khususnya di Sipitang di kalangan suku kaum brunei..selalu masa kenduri akan hidang kuih tradisional ni..memang sedap..

      Delete
  2. Kagum kak ina dengan awak ni...macam2 kuih awak pandai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak ina..sya orangnya biasa2 saja dan masih lagi belajar meningkatkan skill dalam bidang ni..

      Delete
  3. 1st time tgk ada mjlis mcm ni...
    Bnyk tmphan...alhamdulillah...
    Jelurut tu....apa dlmnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya syukur alhamdulillah kak murah rezeki..ni adalah majlis perkahwinan bagi suku kaum brunei di Sabah khususnya Sipitang. Jelurut tu addalah kuih tradisional yang dibalut dengan pucuk muda daun nipah..dan isinya dibuat dari tepung beras, santan dan gula..sedap tau kak..

      Delete
  4. Assallamualaikum Bbwana..
    Amboiiii..bnyknya kuih muih... Eh?? tak tau pula ada perkataan majlis berbedak tu.. Yg selalu dgr majlis berinai..Ok, satu pengetahuan juga ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak nadz..

      thanx datang sini..untuk pengetahuan akak, sebelum majlis berinai dalam adat perkahwinan suku kaum brunei, ianya dimulai dulu dengan majlis berbedak..bakal pengantin akan di sapukan satu ramuan yang dipanggil bedak seluruh badan..untuk tujuan menghilangkan segala kotor/daki, menghaluskan kulit, kulit lebih cerah dan badan bau wangi.

      Delete
  5. Meriahnya bb..rajin mcm2 kuih muih ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cheq da..hehe, harus rajin untuk membuat yang terbaik dan demi kepuasan pelanggan walaupun keluarga sendiri kan..

      Delete