RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hallo..hallo..beberapa hari ni nampaknya aku rajin update blog..hehe, yalah bila ada masa lapang dan kurang sibuk tu dapat la aku masukkan entri baru buat tatapan kawan-kawan alam maya dan pangunjung SRC..

Hari ni aku mau kongsikan pula entri Red velvet marble cheese brownies yang di tempah oleh kakak sepupuku iaitu Kak Adi..beliau ni juga merupakan penggemar tegar cheese cake..so, apa saja kek yang berunsurkan cheese memang dia suka makan..terbaru ni red velvet la..heheh..buat semua, jangan bosan ya dengan entri RVC aku sebab dalam bulan ni saja aku banyak tayang tentang entri RVC..

RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES, HARGA RM 60
Sepatutnya tulis RVMCB bukan RVMCH..haha, sila abaikan ya pada yang perasan tulisan yang ada dalam gambar tu..aku pun boleh nda perasan yang aku salah taip..huhu..Okey la, pada penggemar cheese cake..RVMCB ni adalah brownies yang patut anda cuba sebab rasanya yang sedap..tekstur brownies ni agak moist juga teksturnya..

Untuk resepi, aku intai dari blog rahel..so, saya mau kongsikan juga resepinya di sini untuk tatapan pengunjung SRC pula..mohon izin ya Rahel..Jom la kita sama-sama semak resepinya..

RESEPI: RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
SUMBER: JOY OF BAKING & RAHEL BLOGSPOT
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
250 g tepung superfine }
1/2 sk garam                  }ayak bersama
15 g serbuk koko           }
113 g mentega
290 g gula kastor
2 biji telur gred A
1 sk esen vanila
240 ml buttermilk   }campurkan
2 sb pewarna merah }
1 sk cuka/lemon
1 sk soda bikarbonat

* Tips untuk buat buttermilk:
240 ml susu cair/segar + 2sk cuka/lemon/limau nipis } biarkan selama 15 minit

CARANYA:
  1. Pukul mentega hingga lembut berkrim.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan putar hingga gebu ( 2 min ).
  3. Masukkan telur satu persatu. Putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila dan putar lagi.
  5. Masuk tepung secara selang seli dengan buttermilk.
  6. Masukkan cuka + bikarbonat soda dalam adunan. Kaup balik.
  7. Tuangkan adunan dalam loyang yang telah digris dan di alas dengan baking paper.
  8. Bakar dalam suhu 170 C selama 50-60 minit.
LAPISAN MARBLE CHEESE
SUMBER: RAHEL
BAHAN:
250 g cream cheese
60 g gula kastor
1 biji telur gred A
1 sk jus lemon
Sedikit coklat emulco } disatukan
Sedikit red color         }
  •  Pukul cream cheese dan gula kastor hingga berkrim. Tambahkan telur dan pukul rata.
  • Tambahkan jus lemon dan kacau sebati. 
  • Tuang adunan cheese atas kek yang siap dibakar tadi.
  • Ambil 3 sb adunan cheese dan satukan dengan pewarna. Masuk dalam piping bag.
  • Picit adunan bewarna di atas adunan dan lorekkan dengan lidi. Hentakkan sedikit untuk keluarkan gelembung.
  • Bakar guna kaedah steambath selama 25-30 minit, 170 C.
-Selamat mencuba_


http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ni hasil kek yang telah masak..sejukkan terlebih dahulu baru di potong..Kak Adi order saja-saja ja, untuk makan sendiri..thanx to Kak Adi sebab selalu order macam-macam kek dengan aku..tq for your support sis..^_^

Bagi yang berminat untuk menempah brownies atau aneka produk SRC..sila la hubungi talian kami yang tertera ni ya..012-8244251 ( bbwana ). Boleh call/sms/whatsApp..tq

TEMPAHAN KATERING PELADANG 2014

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, selamat petang semuanya..

Hari ni aku mau kongsikan entri tempahan katering dari Peladang untuk tahun 2014 ni..terima kasih tidak terhingga pada Peladang kerana tidak jemu-jemu menempah dengan kami..syukur alhamdulillah kerana mereka mempercayai perkhimatan kami..sebenarnya katering ni sudah agak lama..tapi, baru dapat siar hari ni..

Menu yang diminta pun agak ringkas juga. Antara menu yang di request adalah Tumis paku-pakis, Ikan masak sos cili, Kari ayam, Telur masin, Popia, Pau, Cucur cempedak/Tibadak, Puding coklat & Pisang..

Mari kita lihat gambar-gambarnya pula..

TUMIS PAKU-PAKIS

IKAN MASAK SOS CILI

TELUR MASIN

KARI AYAM

CUCUR CEMPEDAK/TIBADAK

PAU

POPIA

PUDING COKLAT

PISANG
Ini la dia antara menu yang kami sediakan buat Peladang tempohari..memang la favourite dorang ni kari ayam, telur masin sebab ini adalah antara menu yang sering diminta bila dorang order katering dengan kami..kehendak pelanggan haruslah diikutkan kan..heheh..

Okey la semuanya, nampaknya setakat sini saja dulu entri pada hari ni..aku ada beberapa kerja yang belum lagi siap..so, sampai jumpa lagi ya..babai..

SUP ISI KETAM & JAGUNG

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat malam semuanya..syukur kita bersua lagi pada malam hari ni..terima kasih ya pada semua pengunjung dan teman-teman yang rajin bertandang ke sini..sekarang ni cuaca sudah kembali cerah kan tapi tiupan angin masih lagi terasa sejuk..nyaman ja rasanya..hehe..

Okey la, pada malam ni aku mau kongsikan entri Sup isi ketam & jagung yang aku buat baru-baru ni..memang sudah lama mau buat sup isi ketam ni..bila cuaca sejuk ni rasa mau makan yang panas-panas saja terutama sup..so, kebetulan aku dapat beli semua bahan untuk buat ni..memang aku nda tangguh-tangguh lagi mau buat sup ni..hehe, semangat!

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
SUP ISI KETAM & JAGUNG
Memang sedap la bila dapat hirup sup ni panas-panas..malam tu aku 'bantai' sampai 3 mangkuk..hehe, jangan heran ya..kalau aku sudah suka tu..memang dapat la habiskan sup sampai bermangkuk-mangkuk..Putri pun suka makan juga sup ketam ni..dia pun sampai tambah lagi..hanya makan dengan nasi..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Resepi aku intai dari Atie Abid..so, thanx banyak ya sebab kongsikan resepi..kredit diberikan untuk beliau..di sini aku juga ingin kongsi dan panjangkan lagi resepi ni dengan kalian semua..check it out..

RESEPI: SUP ISI KETAM & JAGUNG
SUMBER: ATIEABID.COM
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN: ( 5 - 6 ORANG )
2 liter air
Isi ketam secukupnya - di carik-carik
2 biji telur
1 tin jagung manis - aku guna 1/2 tin jagung creamy
3 sb tepung jagung ( bancuh dengan air )
2 sb sos tiram
Garam & gula secukup rasa
Serbuk perasa - aku guna 2 kuib pati ayam maggi

CARANYA:
  1. Didihkan air bersama kiub pati ayam yang di hancurkan. Kemudian masukkan isi ketam dan jagung manis. Biar hingga mendidih.
  2. Kecilkan api, masuk sos tiram, gula & garam.
  3. Pecahkan telur dalam mangkuk terlebih dahulu dan kacau sikit. Tuang pelan-pelan dalam  sup sambil dikacau, biar hancur sikit.
  4. Masuk tepung jagung yang dibancuh tadi. Tunggu hingga mendidih dan matikan api.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
 Memang selera betul kami makan malam pada hari tu..^_^

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la teman-teman semua..sampai sini saja dulu entri aku pada malam ni..sampai bertemu lagi di lain entri pula ya..bye..sekian.

RED VELVET CHEESE CUPCAKES MELELEH & KEK MINION FOR BIRTHDAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah kembali bersiaran pada pagi isnin yang indah ni..hari ni nda la sibuk sangat..cuma mau buat kek untuk hantar ke restoran biasa yang kami supply aneka kek dan kuih-muih..so, sempat juga la mau update blog untuk tatapan pengunjung SRC dan teman-teman semuanya..

Okey la hari ni aku mau siarkan entri Red velvet cheese cupcakes meleleh dan Kek Minion yang telah di tempah oleh kakak sepupu kesayanganku, Kak Adi untuk 3 orang individu yang sangat disayanginya iaitu anaknya, Adib Zahwan ( 3th ), anak buah iaitu Muhamad Iman Zulhakim @ Ijam ( 9th ) dan mama tersayangnya, Hjh. Aisyah @ Wawa Ajah ( 65th )..birthday ni dibuat sekaligus buat mereka bertiga memandangkan bulan lahir yang sama iaitu Januari..majlis dibuat pada 4 Januari yang lepas..buat simple-simple saja dan hanya menjemput ahli keluarga yang terdekat bagi memeriahkan majlis tersebut..

Sebenarnya RVC leleh tu makcik ( Ucu ) yang request sebab teringin mau merasa kek ni dan kek minion tu Ijam yang request sebab suka dengan karekter kartun tu..mulanya aku cadang mau guna edible image minion tapi disebabkan cari di kedai kek yang biasa aku pegi tu kebetulan tiada stok..so, aku buat 'plan B' iaitu bubuh patung minion ja..hehe, nasib baik 'birthday boy' suka sangat..

Jom layan gambar..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
RED VELVET CHEESE CUPCAKES MELELEH, HARGA RM 2.20, EACH ( MEDIUM )

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Comel kan..aku bubuh dalam papercup gambar minion..

RED VELVET CHEESE CUPCAKES
HARGA: RM 2.20 ( MEDIUM ), PCS
MINIMUM ORDER 16 PCS

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK MINION
 KEK MINION ( CHOCOLATE FUDGE CAKE )
LAYER & FROSTING: COKLAT GANACHE
DEKO: BUTTERCREAM
HIASAN: PATUNG MINION, POKOK KELAPA, BENDERA, GULA-GULA COKLAT
BERAT: 1KG
HARGA: RM 50

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
 Birthday boy teruja dengan kek dorang..hihi


 3 in 1 birthday..Wawa Ajah, Adib & Ijam..
 Sepupu yang lain pun nda mau ketinggalan bergambar..

 Macam biasa..sesi tiup lilin dan potong kek memang masing-masing berebut depan kek..hihi..lucu betul..

 Ni adalah antara menu yang ada pada hari tu..macam-macam ada..sedap-sedap..ada mee goreng, sosej, ayam goreng, acar timun..

 Ada puding jagung..

 Ada sate dan paling best ada soto..memang suka..aku layan soto ja malam tu..nda peduli sudah sama menu lain..hehe..

 Ada cendol dan sirap limau..


Menu last..ikan goreng dan ikan masin..

Okey la, sampai sini ja entri aku pada hari ni ya..thanx kerana datang sini dan baca entri hingga habis..

Sapa-sapa yang berminat mau tempah kek/cupcakes atau aneka kuih-muih kami, sila email atau terus la hubungi talian kami di sini, 012-8244251 ( bbwana ) untuk info lebih lanjut..Sekian.

KOLEKSI TEMPAHAN KEK YAM @ YAM SPONGE CAKE

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat sejahtera semuanya..syukur alhamdulillah hari ni nampaknya cuaca agak cerah..so, aku pun ambik kesempatan untuk mencuci kain aku yang agak bertimbun tu..heheh, dengan cuaca yang panas hari ni..dapat la kering kain yang dijemur tu kan..

Baiklah, pada malam ni aku mau siarkan gambar-gambar tempahan Kek Yam yang agak lama tersimpan dalam folder..order sudah lama tapi belum sempat mau siarkan dan aku siarkan semua kek yam ni dalam entri pada malam ni sekaligus..Untuk pengetahuan semua, semua tempahan ni di order pada hari yang berlainan ya..dan kebanyakkan order adalah dari pelanggan setia  yang fanatik sangat dengan Yam Cake aku..hihi..apalagi kalau bukan Uci..apapun, terima kasih banyak-banyak ya Uci sebab setia menempah dengan kami dan siap tolong promosi dengan ahli keluarganya yang lain..

Jom la cuci mata tengok koleksi Kek Yam..

Ini di tempah oleh Uci untuk ulangtahunnya mamanya..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
YAM SPONGE CAKE
 YAM SPONGE CAKE
HARGA: RM 45 ( 1KG ), RM 23 ( 1/2KG )

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
Aku buat bertemakan bunga ros purple..ada ka ros kaler purple? hihi, hantam ja la kan..yang penting nampak cantik..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Yang ni pula di tempah oleh sepupu Uci sempena birthdaynya..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Untuk deko kek ni aku buat kaler pink dan mempunyai perisa strawberi..so, ada rasa yam dan strawberi la pada kek ni..tq for order..

http://www.dapurjirankueberasap.blogspot.com
 " Happy birthday to Ummi Afnan "

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ini pula kek yam yang ditempah Uci untuk saudaranya dari Brunei yang maukan kek yam tapi mau tema Minion..kebetulan pula aku hanya ada stok Edible Image Ultraman..so, Uci cakap boleh la juga tu..tq Uci..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Oleh kerana untuk budak-budak..aku deko sesuai untuk budak-budak..

http://www.dapurjirankuebrasap.blogspot.com
 " Happy birthday to Abg Mizan.."

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
 Kek di bawah ni ditempah oleh saudara Uci juga sempena ulangtahun perkahwinan dorang yang ke 23th..tahniah dan terima kasih..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Dan kek yang terakhir ni di tempah oleh sepupu Uci juga sempena ulangtahun suaminya..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la..ni la antara kek yam yang di tempah..so, kalau anda juga berminat untuk menempak Kek yam atau produk kami yang lainnya..sila la hubungi talian email kami yang tertera di atas tu ataupun telefon ke talian kami di sini, 012-8244251 ( bbwana )..tq..

So, sampai sini saja dulu..jumpa lagi di lain entri pula ya..-wasalam-

Brownies Coklat

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Hai, semuanya..jumpa lagi kita pada hari ni..terus la kepada entri yang aku siarkan pada kali ni adalah Brownies Coklat..sudah lama angan-angan mau mencuba resepi brownies kali ni lepas tengok dalam Majalah Rasa Edisi November 2013..hobi aku sekarang ni suka mencuba resepi yang aku tengok dalam majalah yang aku beli..heheh..tiba-tiba kerajinan melanda.. nampak sedap dan terliur tengok brownies ni..huhu..ish..ish..ish..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
Brownies coklat
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Buat brownies ni memang senang ja..tidak perlu mixer..hanya gaul dengan whisk ja..so, memang mudah untuk membuatnya..tapi kalau malas tu dan mahu gunakan mixer pun boleh..tiada masalah la.Apapun, untuk brownies yang aku buat ni agak manis bagi aku..kalau buat lagi pada masa akan datang, aku akan kurangkan sukatan gula..

Tekstur brownies ni agak lembut dan moist..sedap la makan sambil minum teh 'o' atau kopi..

Untuk yang mau tau resepinya, aku kongsikannya di bawah ni..sila la semak..

RESEPI: BROWNIES COKLAT
SUMBER: MAJALAH RASA NOVEMBER 2013
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN: 
250 g mentega
300 g gula kastor - boleh kurangkan jika tidak mau terlalu manis
1 sk garam
1 1/2 sk esen vanila
130 g tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
100 g serbuk koko
4 biji telur
Kepingan badam secukupnya

CARA:
  1. Ayak tepung gandum, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega, gula kastor, garam dan esen vanila dalam kuali atas api yang kecil hingga larut. Matikan api dan biar suam.
  3. Pukul bahan-bahan yang telah dicairkan tadi bersama telur satu persatu.
  4. Masuk tepung yang telah di ayak dalam bancuhan tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
  5. Tuang dalam loyang 10x10 dan bakar pada suhu 160 c -180 c selama 30-40 minit.
  6. Taburkan kepingan badam atas adunan.
  7. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
-Selamat mencuba-

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Boleh la rujuk gambar di atas ni..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Untuk pertanyaan atau ingin menempah, sila la hubungi talian kami yang tertera di atas tu ya..boleh email atau terus ja telefon no di atas tu..tq..

Terima kasih kerana baca entri hingga habis..jumpa lagi..bye..

KEK BIRTHDAY: RED VELVET CHEESE CAKE MELELEH

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat malam semuanya..sekarang ni baru ada mood mau menaip..siang tadi rasa malas dan mau berehat saja memandangkan cuaca yang sejuk gila buat rasa mau baring ja di tilam..heheh..

Baiklah, hari ni aku mau kongsikan entri tentang kek birthday yang aku buat khas untuk 2 orang adik tersayang aku iaitu Dayang Zarina & Ms. Adienia..Oleh kerana mereka berdua ni lahir pada bulan yang sama iaitu disember walaupun berlainan tarikh lahir iaitu Dayang pada 12/12..manakala Adienia pada 17/12, aku memutuskan untuk buat sebiji kek saja untuk dikongsikan oleh mereka berdua ni..aku tidak cukup masa mau buat 2 jenis kek..alhamdulillah Adienia dan Dayang suka sangat dengan kek ni..walaupun sebenarnya Dayang teringin sangat mau kek princess..alalala, kesiannya dia sebab belum tertunai impian..insyaallah, tahun ni dapat la kek princess ya Yayang..hihi..

Aku buatkan Red velvet cheese cake meleleh untuk 2 orang kesayangan aku ni..kek ni aku buat pun agak lambat sudah..so, sambutannya pun 'belated birthday'..nda kisah la tu kan..janji kek ada dan dorang happy..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
Red velvet cheese cake meleleh
 RED VELVET CHEESE CAKE MELELEH
BERAT: 1KG
HARGA: RM55

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku memang puas hati dengan kek ni..sebab sedap..hihi..bukan angkat bakul sendiri..tapi, hakikatnya semua yang makan kek ni puji kek ni sedap dan suka makan..syukur la..memang rasa happy sangat bila hasil tangan kita dihargai kan..suka, suka , suka..^_^

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Kek ni bertambah sedap bila dimakan selepas disimpan dalam peti sejuk..tapi, jangan la terlalu lama biarkan sampai seminggu pula dalam peti sejuk..kek yang sedap pun jadi lain sudah rasanya..hehe..



 Birthday girls, Dayang & Adienia..'Happy Belated Birthday..'untuk Dayang, 'kaka bb' doakan semoga menjadi anak yang pintar, rajin, berjaya dalam pelajaran, solehah, sayang dan hormat dengan orang tua..untuk  Adienia pula, 'kaka' doakan semoga sihat dan ceria selalu, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah lindunganNYA..amin..'kaka' sayang kamu..

Untuk resepi kek aku kongsikan di bawah ni ya..jom semak..

RESEPI: RED VELVET CHEESE CAKE MELELEH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN :
(A)
240 ml susu cair - satukan
2 sk jus lemon/limau nipis - biar selama
4 sk pewarna merah- 15 min
(B)
250 g tepung naik sendiri
1/2 sk garam
2 sb serbuk koko
(C)
2 sk cuka
1 sk bikarbonat soda
(D)
150 g mentega
280 g gula halus
1 sk esen vanila
3 biji telur gred c

CARANYA:
- Satukan bahan D, pukul kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Masukkan bahan B selang seli dengan bahan A. Pukul sebati.
Satukan bahan C dan masukkan dalam adunan.
- Tuang dalam loyang yang di gris dan alas dengan baking paper.
- Bakar dalam suhu 160 c selama 20 minit - masak. Sejukkan.

CREAM CHEESE MELELEH
SUMBER: DAPUR MAMASYA / K.ZAI ( DAPUR IMPIAN )
250 g cream cheese
120 g susu pekat manis
50 ml uht whip cream

- Mix semua bahan dan pukul hingga sebati.

* Tips: Mau bagi lagi cair, tambah sikit-sikit susu cair/uht whip cream sampai meleleh. 

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Potong kek kepada 2 bahagian..letak 1 bahagian kek atas papan kek dan sapukan cream cheese. Kemudian letak lagi 1 bahagian kek..sapu cream cheese dikeseluruhan kek..deko ikut kreativiti masing-masing.

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jika ada yang berminat untuk order kek ni atau produk kami, jangan malu-malu untuk menghubungi kami menerusi email yang tertera di atas atau terus hubungi talian 012-8244251 ( bbwana )..boleh sms/call/whatsApp..tq.