ORDER ANEKA APAM by MS. RAMIZAH

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Kembali bersiaran pada malam ini..terima kasih pada teman dan pengunjung setia blog SRC yang bertandang ke sini..cepatnya masa berlalu kan..esok bermula la sudah cuti persekolahan bagi penggal yang pertama..pastinya banyak aktivti yang sudah dirancangkan sempena mengisi masa lapang musim cuti..ada yang bercuti bersama keluarga dan pelbagai lagi..apapun, yang penting semoga apa yang dibuat tu bermanfaat..

Okey la, malam ni aku mau siarkan entri tempahan pelbagai jenis apam yang di order oleh Ms.Ramizah..banyak juga yang diorder..katanya untuk majlis kahwin yang telah pun berlangsung pada minggu lepas..antara yang diorder adalah Apam Isabella, Apam Ladybird& Bumble bee, Apam gula hangus dan Apam Polkadot..sebanyak 400 biji kesemuanya..apapun, terima kasih banyak atas tempahan ni ya..syukur alhamdulillah atas rezeki ini..

Jom kita layan gambar..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
APAM ISABELLA

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
APAM LADYBIRD & BUMBLE BEE
Untuk apam ladybird bumble bee dan apam polkadot..fillingnya adalah coklat, blueberi, strawberi dan mixed fruit..
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
APAM POLKADOT

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
APAM GULA HANGUS
Moga Ms. Ramizah berpuas hati..segala kekurangan harap mohon di maafi ya..jangan serik order dengan kami..

Bagi yang berminat untuk menempah apam atau sebarang produk kami, sila hubungi talian kami yang tertera ini untuk pertanyaan dan juga tempahan..boleh call/sms/whatsApp di 012-8244251 ( bbwana ). Tq

Sekian entri untuk malam ni..jumpa lagi di lain entri pula ya..tata titi tutu..^_^

-Wasalam-

# Doakan MH370

Segmen: blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cuti sekolah sudah mula esok..jadi, jom kita join segmen yang dianjurkan oleh teman blogger kita ni iaitu Ayu..mari kita support..

 http://www.ayuinsyirah.my/2014/03/segmen-blogwalking-cuti-sekolah-bersama.html
KLIK BANNER DI ATAS UNTUK JOIN..




Cuti-cuti GIVE AWAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join GA fiza ni..sangat simple..mari support dan meriahkan GA Fiza..

 http://ourmemoria.blogspot.com/2014/03/cuti-cuti-give-away.html
 KLIK BANNER DI ATAS UNTUK JOIN
GA berlansung dari 21-28 Mac 2014

Fiza akan bercuti di Sabah..huhu, maaf ya Fiza saya tak berapa pasti awak nak bercuti di mana..

PISANG GORENG ADABI CHEESE

Assalamualaikum w.b.t..

Salam ceria dan selamat petang semuanya..aku baru bangun tidur ni..huhu..hari ni sangat rilek dan santai..so, dapat la rehat dan tidur-tidur..sekali-sekala dapat rilek macam ni memang best kan..bila bangun tidur rasa lapar pula perut..bestnya dapat minum petang dengan menu kegemaran kan..

Okeyla, aku mau tayang satu menu minum petang yang sangat simple dan mudah dibuat oleh sapa-sapa saja..iaitu Pisang goreng adabi cheese @ Sanggar cheese..simple ja kan..tapi yang buat tambah menarik tu ada parutan cheddar cheese atasnya..memang layan habis makan..apalagi makan masa panas-panas..em, so yummy..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
PISANG GORENG ADABI CHEESE
Pisang goreng adabi cheese popular di sini..kalau teringin mau makan dan malas mau buat, tinggal beli ja di kedai..cuma nda la boleh beli selalu..sebab harganya mahal juga..huhu..dijual dengan harga  rm2.50 dan hanya ada 5-6 ketul saja pisang cheese ni..em, nda puas makan..so, kalau buat sendiri lagi puas hati..makan sampai lebam pun nda apa..^_^

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kalau suka rasa cheese yang lebih..hanya perlu parut saja banyak cheese yang diingini..untuk resepinya jom semak di bawah..

RESEPI: PISANG GORENG ADABI CHEESE
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
Pisang
Tepung goreng adabi
Air secukupnya
Cheddar cheese

CARANYA:
- Hiris pisang ikut nipis yang diinginkan.
-Bancuh tepung goreng adabi dengan air dengan kepekatan yang diingini.
- Celup pisang dalam bancuhan tepung
- Goreng dalam minyak yang panas hingga keemasan
- Angkat dan hidang dalam pinggan.
- Parutkan cheedar cheese secukupnya.

-Selamat mencuba-

Sangat mudah kan..budak sekolah rendah pun boleh buat..hehe..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Sedap tau ni..pada yang belum pernah makan harus cuba..gerenti sedap dan korang suka,.kalau suka boleh juga paipkan coklat cair atasnya sebab ada yang suka makan dengan rasa coklat dan cheese..tapi, bagi aku paling suka makan dengan cheese saja sebab lebih terasa nikmatnya..terpulang la pada citarasa masing-masing kan..

Okey la, sampai sini saja entri aku pada petang ni..sampai jumpa lagi di entri yang lain pula ya..terima kasih atas kunjungan kalian semua ke sini..

-wasalam-

1st GIVEAWAY by PUAN HUSNA

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Hai, jom join GA yang dibuat oleh Husna ni..hadiah pun menarik..paling penting simple ja syaratnya..mari ramai-ramai meriahkan GA ni..

Cadangan aku untuk improve blog Husna ni adalah :
  • buat 'label' supaya pengunjung mudah untuk melihat entri dalam label yang sama..^_^
 http://newhusnayusof.blogspot.com/2014/03/1st-giveaway-by-puan-husna.html

KEK BIRTHDAY: CHEESECAKE SALJI FOR MY SIS..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kembali bersiaran pada  malam hari ni..baru ada masa untuk update blog..siang tadi agak sibuk menyiapkan kek dan apam untuk jualan..apapun, terima kasih atas kunjungan kalian semua ke sini..follower pun sudah makin bertambah..thanx ya semua..

Okey la, hari ni aku mau kongsikan gambar kek yang aku buat untuk satu-satunya kakak aku untuk harijadinya yang lalu iaitu 12 Mac..aku buat Cheesecake salji..sebab my sis Liza memang 'cheesecake lover' macam aku juga..hehe..mula-mula tu aku plan mau mau buat kek yang lain tapi jadinya lain pula sebab bahan nda cukup..huhu..tapi, nda apalah janji ada kek dan my sis suka..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Untuk pengetahuan semua, ni bukan la kek span biasa..kek yang aku buat ni betul-betul cheese cake..mula-mula tu aku plan mau tuang filling bluberi ja atas kek ni tapi bila pikir aku masih ada baki cream cheese leleh dalam petisejuk..sayang pula kalau nda guna kan..so, aku aku tuang atas kek ni dan tabur dengan cheddar cheese parut..nampak macam snow cheese cake pula kan..hihi..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kek ni memang sangat lembut dan sedap..em, lagi sedap bila sejukkan kek terlebih dahulu baru makan..rasanya susah mau gambar..sedap sangat..nyum-nyum..resepi kek ni adalah dari Kak Lina@ Teratak mutiara kasih..aku akan kongsikan resepi kek kemudian ya..so, tunggu tau..^_^

 My sis Liza & Waie..


"Happy birthday to my sis Liza..semoga diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ceria selalu dan sentiasa dibawah lindungan Allah, Amin.."


 Kami sambut simple ja..tiada masak yang special..hanya beli kfc dan celebrate di rumah dengan keluarga tersayang..


 Kfc, idamanku selalu..finger lickin' good..hihi..


 Rupa kek selepas buat 'post mortem'..huhu

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la teman-teman, sampai sini dulu entri aku pada malam ni..jumpa lagi di entri lain..thanx singgah sini ya..bye..sekian.

KEK OMBAK RINDU aka KEK ALUNAN KASIH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, bersua lagi pada malam ni..terima kasih atas kunjungan anda semua ke sini..malam ni mau tayang kek yang aku buat nda lama dulu iaitu Kek ombak rindu..lama betul nda buat kek ni..tiba-tiba terdetik pula hati mau buat kek ni bila belek-belek buku nota resepi aku..huhu..Kek ni pernah jadi 'trending' di blog aku dulu..^_^

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK OMBAK RINDU
 Aku suka tengok kejadian kek ni..bagi yang tidak tau..garisan yang berwarna hitam tu adalah serbuk koko yang diayak atas setiap lapisan warna..garisan yang berombak @ beralun terbentuk cantik ja kan..tekstur kek pun lembut dan sedap..best ja masuk mulut..hihi..^_^

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Resepi kek ni pernah  aku kongsikan di entri yang lepas-lepas..


Cantik kan..suka tengok kaler kek..

Okey la, sampai sini saja dulu ya entri aku pada malam ni..sampai jumpa lagi di lain masa..thanx pada yang sudi baca entri ni..daaaaa..

-wasalam-

SEGMEN: AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join dan meriahkan segmen rakan blogger kita ni iaitu Ayuinsyirah..

Ayu ada bagi soalan ingin tahu asal blogger..Saya berasal dari negeri Sabah.
http://www.ayuinsyirah.my/2014/03/segmen-ayuinsyirah-mencari-rakan-blogger.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN

ORDER KEK COKLAT CHEESE MELELEH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah kita bersua lagi pada petang hari ni..terima kasih pada semua teman yang setia berkunjung ke blog SRC dan meninggalkan komen-komen manis..sokongan anda semua amat dihargai..

Okeylah, pada petang ni aku mau siarkan entri order minggu lepas yang ditempah oleh kakak sepupu ( kak adi ) yang selalu dan setia menempah dengan aku..dia order Kek coklat cheese meleleh..katanya lama sudah nda makan kek ni..jadi, memang sangat teringin mau makan..alala, kesian pula dengar..huhu..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK COKLAT CHEESE MELELEH
 KEK SPAN COKLAT
FILLING & TOPPING: CREAM CHEESE MELELEH
HIASAN: CHEDDAR CHEESE
HARGA: RM 60 (1KG), RM30 (1/2KG)

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku memang bubuh filling dan topping cream cheese tu 'kaw-kaw'..parutan cheddar cheese tu pun memang aku sengaja bubuh banyak-banyak..memang sedap makan kek ni..apalagi bila kek disejukkan..memang nikmat rasanya..yummy..aku sendiri peminat setia kek ni..suka betul makan..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
 
Macamana? ada yang terleleh juga tengok kek ni..hehe..buat cheesecake lover, anda patut cuba dan makan kek ni..memang kepuasan dijamin..^_^

Untuk yang berminat untuk menempah, sila email atau hubungi kami menerusi talian yang tertera di sini ya, 012-8244251 (bbwana), sila call/sms/whatsApp..

Doakan MH370

-wasalam-

SHiemaCMa 1st Giveaway 2014

Assalamualaikum wb.t & salam sejahtera..

Lagi entri GA..jom support GA ShiemaCMa ni..hadiahnya berupa top up rm30 atau wang tunai rm30 ( pilihan )..
http://shiemacma.blogspot.com/2014/03/shiemacma-1st-giveaway-2014.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Ierah Sulaiman bagi FREE Product FLORA MASK For GIVEAWAY!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat pagi semuanya..pagi ni aku join GA yang dibuat oleh Ierah Sulaiman..hadiahnya agak menarik iaitu Flora Mask..simple ja mau join GA ni..jom la ramai-ramai kita support giveaway yang dibuat Ierah Sulaiman ni..

Di bawah adalah Flora Mask yang bakal dimenangi oleh peserta GA..

Kenapa aku nak sangat menang hadiah Flora Mask dari Ierah ni adalah:
  1. Sangat minat kerana dapat tau produk ni dapat mengawal masalah kulit berminyak
  2. Sangat minat kerana produk ni boleh menegangkan kulit wajah
  3. Sangat minat kerana produk ni boleh merawat kulit berjerawat
http://ierahsulaiman.blogspot.com/2014/03/ierah-sulaiman-bagi-free-product-flora.html
KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK JOIN

ORDER RED VELVET CUPCAKES by MS.MARWANI

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat sejahtera dan selamat petang semuanya..bersua lagi kita petang hari ni..cuaca yang sangat cerah dan panas berbahang kita harus lebihkan pengambilan air putih bagi mengelakkan dehidrasi..tekak pun cepat ja rasa haus..huhu..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
Okey lah, petang ni aku mau tayang Red velvet cupcakes yang di tempah oleh Ms.Marwani baru-baru ni..dia order hujung bulan februari yang lepas..untuk frosting cheesenya aku guna resepi cream cheese leleh..so, memang sedap dan sangat yummy gabungan rvc dengan cream cheese leleh ni..aku pun memang suka makan kerana rasanya yang sangat sedap..yang belum pernah rasa tu kena try tau rvc ni..rugi nda cuba..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
RED VELVET CUPCAKES
 RED VELVET CUPCAKES WITH CREAM CHEESE FROSTING ( LELEH )
HARGA: RM2.20, EACH
MINIMUM ORDER 16 PCS


http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com


Ms.Marwani request bubuh 6 pcs rvc ni dalam satu box..semuanya 18 pcs..harap Ms.Marwani puas hati dengan rvc ni..terima kasih kerana order dengan kami..


 Sekiranya anda berminat untuk menempah dengan kami atau ada sebarang pertanyaan, sila hubungi talian kami yang tertera ini ya, 012-8244251 ( bbwana ), boleh call/sms/whatsApp..terima kasih. 

Sampai jumpa lagi di entri yang lain ya..bye..

PRAY FOR MH370

BANANA CUPCAKES

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Hai selamat malam semuanya..alhamdulillah bersua lagi kita pada malam ni..setelah asyik join segmen dan giveaway beberapa hari ni, malam ni aku mau kongsikan pula entri tentang cupcakes yang aku buat minggu lepas..iaitu Banana cupcakes..ambik resepi dari blog Kak Su@ Suzanaamri.blogspot..dimana resepi asal adalah dari Ilham dapur..apaun, thanx kerana berkongsi resepi..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
BANANA CUPCAKES
Kejadian cupcakes sangat gebu dan lembut..sedap makan cupcakes pisang ni..aku tabur dengan coklat rice dan badam cincang..Untuk resepi anda semua boleh semak di bawah ni ya..

RESEPI: BANANA CUPCAKES
SUMBER: SUZANAAMRI BLOGSPOT
RESEPI ASAL: ILHAM DAPUR
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
2 biji pisang ranum besar
160 g gula kastor
170 g tepung naik sendiri
2 biji telur gred A
110 ml minyak masak
1 sk ovallete
1/2 sk garam
Hirisan badam/badam cincang/coklat rice

CARANYA:
  1. Panaskan oven dalam suhu 170'c
  2. Ayak tepung bersama garam. Ketepikan.
  3. Dalam bekas, satukan pisang dan gula kastor. Lecek pisang dan kacau.
  4. Masukkan telur, minyak, ovallete dan tepung.
  5. Putar sebati hingga kembang dengan kelajuan tinggi selama 5 minit.
  6. Bubuh adunan dalam papercup.
  7. Bakar selama 18-20 minit.
-Selamat mencuba-


http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Boleh rujuk gambar di atas..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la sampai sini saja dulu entri aku pada malam ni..terima kasih pada semua yang sudi singgah sini..dan pada follower baru terima kasih banyak-banyak..insyaallah aku akan blogwalking ke blog teman-teman ya..akhir sekali, marilah kita sama-sama berdoa dan buat sembahyang hajat buat pesawat MH370..semoga dapat petunjuk dan pesawat tersebut ditemui..PRAY FOR MH370.

-wasalam-


SEGMEN: blogwalking hujung minggu bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Malam ni aku join segmen blogwalking pula yang dibuat oleh Ayuinsyirah..jom join ramai-ramai segmen ni..

http://www.ayuinsyirah.my/2014/03/segmen-blogwalking-hujung-minggu.html

SAYA NAK MENANG PANDORA

Assaklamualaikum dan salam sejahtera..

Siapa yang nak menang gelang pandora???jom, join GA ni..mana tau ada rezeki menang gelang pandora pula kan..jom support GA ni..

http://ummijournal.blogspot.com/2014/03/giveaway-giveaway-giveawaypandora.html
KLIK BANNER DI ATAS



Segmen: Jom Blogwalking By SukaGelak

Assalamualaikum wb.t..

Yang ni pula join segmen dari blogger sukagelak..jom kita join ramai-ramai..jika bertuah dapat top up rm5..

http://juliajamaludin.blogspot.com/2014/03/segmen-jom-blogwalking-by-sukagelak.html

1st Giveaway by BondaQalish

Assalamualaikum, w.b.t dan salam sejahtera semuanya..

Pada teman-teman dan pengunjung yang minat join GA yang dibuat oleh BondaQalish ni..jom la kita meriahkan GA ni..syarat sangat simple dan hadiah pun sangat menarik iaitu HM FL handmade clutch..

http://bondaqalish.blogspot.com/2014/03/1st-ga-hm-fl-clutch-by-bondaqalish.html

LAGI ORDER YAM SPONGE CAKE

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Salam manis dan ceria diucapkan buat semua teman dan pengunjung blog Sweet red cherry sekalian..sekarang baru ada masa mau update blog..siang tadi agak sibuk sikit menyiapkan pelbagai jenis apam dan juga cupcakes..alhamdulillah murah rezeki..syukur banyak-banyak..

Okey la, ni mau tayang sekali lagi kek yang ditempah baru-baru ni iaitu Yam sponge cake..kek ni antara kek yang sering ditempah oleh customer..mengikut 'feedback' yang aku dapat dari customer..dorang sangat suka rasa kek ni dan tekstur span kek yam tu..kena dengan fresh cream yang berperisa yam..sebab itulah ada yang buat 'repeat' order banyak kali dan tidak jemu-jemu menempah..syukur alhamdulillah bila customer suka dengan hasil yang dibuat..terima kasih banyak pada semua pelanggan yang telah menempah dengan kami..bagi yang belum pernah tempah tu, jangan malu dan segan hubungi aku untuk tempah pelbagai jenis produk kami..hehe..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
YAM SPONGE CAKE
 YAM SPONGE CAKE
LAYER & DEKO: YAM FRESH CREAM
HIASAN: MARASCHINO CHERRIES
BERAT: 1 KG
HARGA: RM45

Kek ni ditempah oleh Aniem..sepupu yang selalu juga menempah dengan aku..tq for supporting us.. kalau bukan keluarga yang support siapa lagi kan..kek ni ditempah untuk ulangtahun makcik ke-47 tahun yang kami panggil Usu piah..adik kepada my dad..anak buah dia ni nakal sikit..tengok la apa ayat atas kek tu..heheh..apapun, bungsu piah memang baik dan sangat sporting..nda pemarah..cool ja..macamana pun kami tetap hormat beliau..'selamat ulangtahun Usu..semoga diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki,amin'..
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kalau berminat dengan produk kuih-muih kami atau ada sebarang pertanyaan, silakan email atau terus hubungi talian tertera ini untuk info lebih lanjut..012-8244251( bbwana ), sila call/sms/whatsApp.Tq

KEK KUKUS BELANG

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah, kembali bersua pada malam ni..terima kasih banyak pada kawan-kawan yang sudi singgah sini dan tinggalkan komen..pada pengunjung semua juga tidak dilupakan..terima kasih kerana sudi bertandang ke blog yang tidak seberapa ini..

Okey la, malam ni aku mau kongsikan tentang entri kek kukus yang aku  buat petang tadi iaitu Kek kukus belang..ni kali kedua aku buat..pertama kali tu buat untuk edisi tempahan..yang ni pula aku buat untuk jualan..boleh la makan sepotong dua sikit..hehe, ambik kesempatan kan..huhu..teksturnya lembut dan sangat gebu..aku buat perisa coklat dan pandan..resepi adalah hasil intai blog SuryAbil..thanx kawan, sudi kongsi resepi ni..resepi asal adalah dari Norlida Arshad..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK KUKUS BELANG
 Kek ni memang sedap..minum petang sambil makan kek..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Bagi yang ingin tahu resepinya..jom kita semak dibawah ni ya..

RESEPI: KEK KUKUS BELANG
SUMBER: SURY ABIL
RESEPI ASAL: NORLIDA ARSHAD
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
3 cwn tepung gandum  }
1 sk baking powder     }ayak
1/2 sk soda bikarbonat }

2 sm serbuk koko - dibancuh dengan air panas

BAHAN B:
3 biji telur
1 1/4 cwn gula halus
130 g butter
250 ml susu cair
sedikit esen vanila

Sedikit pandan paste
Sedikit pewarna hijau

CARANYA:
  1.  Panaskan kukusan.
  2. Blend semua bahan B hingga kembang.
  3. Tuang  bahan yang diblend ke dalam mangkuk.
  4. Masukkan tepung dalam bahan yang telah di blend tadi dan gaul sebati.
  5. Bahagi adunan kepada dua bahagian, 1 bahagian campur dengan bancuhan koko. 1 bahagian lagi tambahkan dengan pandan paste + pewarna hijau.
  6. Masukkan adunan dalam loyang yang telah digris dengan minyak secara berselang seli. ( aku buat 3 sudu makan adunan hijau,3 sudu makan adunan coklat )
  7. Ulangi hingga adunan habis. Tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil untuk elak air menitis atas kek.
  8. Kuku selama 1 jam.
-Selamat mencuba-



 Boleh rujuk gambar di atas ni ya..


http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okeylah semuanya, sampai sini saja dulu entri aku untuk malam ni ya..perut aku ni mula menyanyi sudah ni..lapar..mau makan malam dulu..jumpa lagi di lain entri..thanx banyak baca entri ni..babai..chow..sekian.