JOM DATANG KE FESTIVAL ANTARABANGSA GATA SIPITANG & SERBU BOOTH SWEET RED CHERRY!!! ( 29-31 ogos )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom lah datang beramai-ramai ke festival antarabangsa GATA Sipitang 2014 yang akan bermula acara rasminya pada hari jumaat iaitu esok hingga hari ahad ( 29-31 ogos)..pelbagai acara yang menarik sepanjang berlangsungnya festival GATA ( Gasing & Tamu besar )  ni seperti pertandingan tarik tali yang akan menyaksikan perlawanan antara pasukan yang hebat termasuklah dari negara Brunei Darussalam. Selain tu ada pameran kuih tradisi, persembahan gasing, permainan kikik ( layang-layang) dan banyak lagi tau yang menarik.

Akan ada artis undangan yang akan membuat persembahan pada hari sabtu dan ahad seperti ramli sarip, hazama dan aizat..


Jangan lupa untuk datang dan serbu booth kami sepanjang festival ni berlangsung..kami menjual pelbagai jenis kek dan cupcakes dengan harga yang menarik dan mampu beli seperti Cheese cake leleh ( vanila/coklat), Red velvet cake , Kek coklat moist, Graham Cheese, Layer cheese dan cupcakes coklat, vanila, strawberi dan banana. Selain tu kami juga menjual aneka kerepek ubi (12 jenis), cornflakes madu dan budu cempedak..^_^


Untuk kesekian kalinya, Sweet red cherry berkolaborasi lagi dengan House of choco bites yang menjual aneka homemade coklat yang sedap dan comel!!




 Aku turut mempromosikan booth D' Tisya Collection yang menjual aneka barangan kartun Frozen..semua cantik-cantik!!!


Pada warga Sabah khususmya yang tinggal berdekatan dengan daerah Sipitang tu dijemput hadir bagi menyaksikan dan memeriahkan lagi festival yang hanya diadakan setiap 2 tahun sekali ni..

Okeylah ya, sampai sini dulu entri aku..insyaallah aku akan kongsikan mengenai festival ni pada masa akan datang. Wasalam.

Segmen Jom Blogwalk ! # 2 by Mellya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, malam-malam ni aku mau join segmen seorang lagi teman blogger iaitu Mellya..apapun, thanx ya Fhatin sebab sudi invite wana join segmen ni..aku join sebagai tanda support!!! ^_^

Jom kawan-kawan ramai-ramai la join segmen blogwalk dan meriahkan segmen ni..selain dapat merapatkan ukhuwah sesama blogger dapat juga menaikkan trafik blog anda..

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://mellyareenza.blogspot.com/2014/08/segmen-jom-blogwalk-2-by-mellya.html

TEMPAHAN KELUPIS UNTUK OPEN HOUSE RAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah kembali bersua pada hari ni..terima kasih buat semua pengunjung yang rajin bertandang ke sini sambil meninggalkan komen..aku masih belum sempat untuk terjah blog teman-teman blogger..dalam minggu ni aku sibuk sangat menyediakan barang dan membuat beraneka kek dan apam sempena festival antarabangsa GATA Sipitang 2014 yang akan berlansung pada 29 ogos -31 ogos ni..aku mengambil bahagian dalam aktiviti gerai jualan sempena festival tersebut yang akan bermula pada 27 ogos-31 ogos 2014 ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Hari ni aku mau siarkan mengenai entri tempahan kelupis frozen yang ditempah oleh Kak Sofia dan boleh dikatakan beliau ni regular customer kelupis..kak Sofia tempah sebanyak 600biji kelupis frozen ( kosong ) dan kuah kacang untuk open housenya pada minggu yang lalu dan 200biji pula beliau bawa ke tawau untuk open housenya di Sana..wah, happy rasa kelupis pun sudah sampai tawau..hihi..aku juga yang belum sampai pergi tawau..huhu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KELUPIS KOSONG ( RM0.40, SEBIJI )
Ini pula merupakan tempahan dari Kak Dinaz sebanyak 100biji..tempahan yang pertama aku tidak dapat penuhi sebab kebetulan jadual aku pada masa tu sudah penuh dan tempahan kedua ni, kak Dinaz tempah seminggu lebih awal..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Yang ni pula kelupis frozen yang masih mentah dan merupakan tempahan untuk Sambutan hari raya UMNO bersama PETRONAS ( SIPITANG ) minggu lepas..sebanyak 1000 biji kelupis ditempah..nasib baik muat simpan dalam petisejuk..heheh..

Ni pula gambar yang sempat diambil sempena 'open house UMNO-PETRONAS'..hanya sempat gambar 3 gerai saja yang menghidangkan beraneka kuih-muih dan menu open house untuk disajikan pada orang ramai yang hadir pada hari tersebut..gerai ni terdapat tapai nasi, kek, puding dan kelupis.

Ni pula gerai yang menyajikan Soto gearbox..fuh, memang sedap gilerrrr..tiap tahun open house mesti menu ni ada atas permintaan YB di sini..

Gerai ni pula menyajikan rojak..

Sebenarnya banyak lagi gerai yang aku nda sempat snap kerana sibuk sangat..huhu..

Pada semua yang telah menempah tu, kami di Sweet red cherry mengucapkan terima kasih banyak-banyak kerana telah menempah dengan kami..dan harap puas hati la hendaknya ya, segala kekurangan tu mohon dimaafi..

Sampai sini entri pada malam ni, jumpa lagi. Sekian.

SEGMEN: BIAR SAYA TOLONG CIK FARRA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom kita meriahkan segmen Cik Farra yang bermurah hati nak bagi 2 pasang baju kepada 2 blogger  yang bertuah..jom join mungkin anda blogger yang bertuah tu..

KLIK BANNER UNTUK JOIN..
http://greenfarra.blogspot.com/2014/08/segmen-biar-saya-tolong-cik-farra.html
3 orang rakan yang ditag:


Buat kek raya: Snow cheese cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bersiaran kembali pada malam hari ini..siang tadi agak sibuk sikit dengan kelas baking..haha, bukan buat kelas betul-betul pun..ada sepupu iaitu Kak Yann mau belajar buat kek yang berkrim ni sebab anak-anaknya request mama dorang buat kan..jd, tulah belajar dengan aku..kelas free..hihi..nda minta bayar pun..ikhlas kongsi ilmu..^_^…masuk hari ni sudah 2 hari buat kelas baking ni..kemarin buat Yam cream cake dan tadi buat Durian cream cake..mabeles dan yummy tau...hihi..nanti aku share gambar kek..

Okey la, sebenarnya aku mau kongsikan entri kek raya yang aku buat untuk hidangan tetamu dan bagi dengan kakak sepupu tersayang, Kak Adi sebab banyak tolong aku dalam banyak benda..so, aku buatkan la Cheese Cake Leleh ni sebab aku tau dia adalah peminat tegar cheese cake..hihi, banding dengan kek yang aku bagi ni tidak seberapa dengan jasabaik Kak adi pada aku selama ni..tq kak adi, i love you..hikhik..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
CHEESE CAKE LELEH
CHEESE CAKE LELEH
BERAT: 1 KG
HARGA: RM60

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Yang ni aku buat untuk hidangkan pada tetamu..sebenarnya aku ada buat Red velvet marble cheese brownies dan Kek Sarang juga..tapi, oleh kerana sibuk sangat aku nda sempat snap gambar kek sampailah kek habis..huhu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Yang ni aku buat khas untuk kak adi..

Okey la kawan-kawan, sampai sini saja entri aku malam ni ya, jumpa lagi di lain masa..maaf pada kawan-kawan yang belum sempat balas atau lawat blog korang, aku sibuk beberapa hari ni..insyaallah ada masa aku blogwalking ya..sayang korang!!!!

-wasalam-

JOM KENALI BUAH SURAPIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, semua..

Hari ni aku bukan mau siar entri tempahan atau resepi tapi aku mau kongsikan sedikit info tentang buah yang jarang kita temui iaitu Buah Surapit..buah ni bewarna oren dan isinya juga bewarna oren, rasanya masam-masam manis..saiz buah ni pun agak besar, cara kopek pula lebih kurang macam kita kopek buah manggis..kalau mau tau buah ni sangat bergetah dan kalau isi buah terkena getah, rasanya kurang sedap..

Buah surapit ni berasal dari Borneo dan buah ni sangat jarang ditemui dan tidak ada dijual di tamu dan aku kurang pasti apa nama saintifik buah ni..huhu..buah ni banyak di kebun dan kebetulan masak, my dad bawa balik rumah..memang jarang juga berbuah..tahun ni ada rezeki dapat makan buah ni, alhamdulillah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ada sapa-sapa yang tau dan kenal dengan buah ni? Kalau ada info tentang buah ni, jom la kongsi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Begini la isi buah surapit..kulitnya tebal tapi senang dikopek cuma perlu hati-hati dengan getah buah ni..


Sedikit info lagi, tumbuhan ni adalah tumbuhan yang menjalar dan hanya menumpang pokok lain. Bentuknya macam akar kayu yang menjalar, dan kalau di kebun..tumbuhan ni menumpang di pokok durian, habis rimbun pohon durian kami dengan tumbuhan ni..huhu..aku tiada gambar tumbuhan ni sebab lama nda pergi kebun sebab kebun jauh juga dengan rumah..

Okeylah, sampai sini saja entri aku pada malam ni..terima kasih kerana bertandang ke blog SRC..

-wasalam-

Segmen Raya 2014 By Bella Din

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sekali lagi join segmen teman blogger iaitu Bella Din..jom, sama-sama meriahkan segmen yang mencari 3 blogger bertuah..hadiah mungkin bertambah..jom!!

http://belladin92.blogspot.com/2014/08/segmen-raya-2014-by-bella-din_19.html

Dhiya's First Giveaway

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai,sekali lagi aku join segmen/GA untuk hari ni..tiba-tiba mood kelebihan rajin mau join..selain, tu support la teman-teman blogger ni kan.

Jom la kita join GA Dhiya yang simple ni, 7 orang pemenang dicari!!!

TEMPOH: 18/08/2014-31/08/2014

http://dhiyadahlia.blogspot.com/2014/08/dhiyas-first-giveaway.html

9 Awesome Blogs Of The Month

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom support segmen teman blogger, Sue..
9 blog bertuah akan dicari sebagai pemenang..

 20/08/2014-28/08/2014
http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/08/9-awesome-blogs-of-month.html

Order: Kek Red Velvet

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah bersua lagi kita pada hari ni. Sebelum tu, aku mau ucap terima kasih pada semua follower baru blog SRC..ada masa terluang tu aku akan balas kunjungan ke blog kalian pula ya.tungguuu!!^_^…

Entri hari ni adalah entri tertunggak, lebih kepada terlepas pandang sebenarnya..hehe..Kek red velvet ni ditempah oleh Mrs.Ika..ni merupakan kali ke-3, ika tempah dengan kami..terima kasih banyak ya..kek ni untuk merayakan 1st anniversary ika dengan suaminya..masa bagitau 'wording' atas kek, malu-malu ika mau bagitau.hehe, apapun tahniah ya ika..semoga bahagia hingga akhir hayat..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
RED VELVET CAKE
RED VELVET CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING
BERAT: 1KG
HARGA: RM55

Kek ni sedap tau, moist dan ber'frosting'kan cream cheese, buat penggemar cheese tu, harus cuba dan makan kek ni..rasanya pasti tidak akan mengecewakan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ika request hiasan atas kek macam ni..menurut 'feedback' yang diberikan, Ika memang suka sangat dengan kek ni..alhamdulillah..


Bagi yang berminat untuk menempah kek yang sedap ni, sila hubungi talian ni, 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp.tq

Okey jumpa lagi di lain entri, sekian.

Segmen Tingkatkan Trafik Blog by Irsyahealthyhouse

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pagi-pagi ni rajin sangat mau join segmen teman blogger Sha Salleh ni..jom la kita sama-sama join dan support segmen ni..di samping tu dapat juga meningkatkan 'pageview' blog korang..

Segmen Tingkatkan Trafik Blog By Irsyahealthyhouse.blogspot.com




GIVEAWAY MERDEKA: PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, kawan-kawan..

Kali ni jom kita join GA blogger Ct Humarirah..syarat pun tersangat la simple dan beliau ingin memberi 20 hadiah pada blogger yang bertuah..jom join!!

Dari 17-24 ogos 2014..
http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/08/giveaway-merdeka-penang-mari-baq-ang-by.html

PROJEK BUAT POPIA MINI ( SERUNDING UDANG )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, semuanya..bestnya suhu hari ni kan..sejuk ja rasa..tadi bangun pagi pun rasa malas ja..rasa mau sambung tidur, tapi perut ni menyanyi sudah mau minta di isi..huhu..^_^..sekarang ni macam musim hujan..asal petang ja mesti hujan, syukur la kan..rahmat..

Okey la, untuk hari ni aku mau siarkan entri projek buat popia mini ( serunding udang ) ni..sebenarnya, bukan la buat saja-daja untuk dimakan..tapi, ni adalah order dari customer baru-baru ni..banyak juga kena buat..tau ja la, popia mini ni mencabar kesabaran juga sebab perlu gulung kecik-kecik..adei, penat tau buat..apapun, syukur alhamdulillah..ini juga rezeki kan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
POPIA MINI ( SERUNDING UDANG )


Ni popia yang sudah siap digulung dan dijemur..kalau jemur, rasanya lebih sedap dan lebih ranggup..


Oleh kerana asyik sibuk buat tempahan pelanggan, untuk sendiri punya dirumah pula nda sempat mau buat..selalunya ni adalah salah satu hidangan yang harus ada bersusun atas meja setiap kali raya..sebab kami satu rumah memang gemar makan popia mini ni..kunyah sambil tengok tv memang layan habis..hihi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

HARGA POPIA MINI ( SERUNDING )
RM 50 ( 1KG )
RM 30 ( 1/2 KG )

Pada yang berminat, boleh la hubungi talian ini ya, 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp. Tq

Sampai sini saja entri aku pada hari ni..jumpa lagi dan selamat berhari minggu..sekian.

SEGMEN BLOGWALKING BY MOMMYLIZZ

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom kita join dan meriahkan segmen MommyLizz ni..sambil blogwalking dapatlah juga menambahkan kenalan, merapatkan ukhwah sesama blogger dan meningkatkan trafik blog anda..jom!!

http://www.mommylizz.com/2014/08/segmen-blogwalking-by-mommylizz.html

RESEPI TOPPING COKLAT GANACHE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, semua bersua lagi kita pada petang ni. Hari ni aku ingin berkongsi resepi coklat ganache atas permintaan seorang teman blogger iaitu Farhana Mohammad..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ada banyak sebenarnya resepi coklat ganache yang boleh kita jumpa dan cari samada dalam buku resepi ataupun carian google..tinggal pilih ja mana satu resepi yang disukai.Jadi, di sini aku akan kongsikan  beberapa resepi coklat ganache yang ada dalam koleksi simpanan aku. Jom semak..

RESEPI 1: ( Ini adalah resepi paling simple dan selalu aku buat )

1/2 cwn serbuk koko
1/2cwn susu pekat manis
1 sb minyak
  • Masuk serbuk koko dan susu pekat manis dalam periuk. Gaul hingga sebati.
  • Panaskan atas api yang kecil. Masuk minyak. Gaul sekejap dan matikan api.
RESEPI 2:

100g coklat masakan  }
1 sb susu pekat manis }double boil
3 sb air panas             }
  • Double boiler bahan di atas sehingga cair dan sebati.
RESEPI 3:
SUMBER: ANNA QAWINA / DAPUR TANPA SEMPADAN

200g coklat masakan / coklat compound
100 ml susu cair @ 150ml whip cream
1 sk butter
  • Double boil susu @ whip cream bersama coklat masakan.
  • Bila coklat cair, tutup api dan kacau untuk larutkan coklat.
  • Masuk butter dan kacau sebati.
  • Biar seketika baru digunakan.

RESEPI 4:

2 cwn non diary whip cream
500 g coklat masakan
1/8 cwn golden syrup
  • Didihkan whip cream. Bila mendidih, padam api. Masuk coklat masakan dan kacau.
  • Tambah golden syrup. Kacau sebati.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la ya, sampai sini saja perkongsian resepi aku pada hari ni. Semoga bermanfaat buat teman-teman yang tengah cari resepi coklat ganache..^_^.

P/S: Buat Farhana, lepas ni boleh la baking kek dan letak toping coklat atasnya ya dan jangan lupa kirim untuk Wana di sini..hihi..

Sekian, wasalam.

ORDER KEK BIRTHDAY: CHOCOLATE FRESH CREAM CAKE ( FROZEN THEME )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bersua kembali pada hari ni..terima kasih ya buat teman-teman yang telah braya ke blog SRC dan jadi follower..pada teman yang belum sempat aku bertandang ke blog korang tu,   insyaallah aku blog walking pelan-pelan..aku sedikit sibuk minggu ni sebab banyak terima tempahan kuih untuk open house..alhamdulillah rezeki..

Okey la, sebenarnya aku mau siarkan gambar order kek dari sepupu sempena birthday anaknya pada hari raya pertama yang lalu iaitu Dk. Andrea Balqis@ yaya yang menyambut ulangtahunnya ke-2 tahun..alala, besar sudah anak buah aku..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
CHOCOLATE FRESH CREAM CAKE ( EDIBLE IMAGE )

CHOCOLATE FRESH CREAM CAKE WITH EDIBLE IMAGE
HIASAN: PATUNG BADUT, BELON & GULA-GULA JELI
BERAT: 1KG
HARGA: RM58

Potong kek di samping mama tersayang..kakak iela pun sibuk juga pegang pisau..lebih excited dari birthday girl..huhu..

Yaya yang tembam dan comel selalu..
' semoga menjadi anak yang solehah, baik dan pintar , amin '


Anak-anak buah aku semua gilakan watak kartun frozen ni.. jadi, kalau boleh setiap kali ada yang sambut birthday, maukan gambar Frozen ni..huhu, layan ja la dorang ni kan..

Okey la semuanya, sampai sini saja entri aku malam ni..mata pun sudah mengantuk, bantal sudah lambai-lambai ni..huhu, jumpa lagi ya..terima kasih berkunjung ke sini dan baca entri hingga habis.

PERTANYAAN @ TEMPAHAN, SILA HUBUNGI, 012-8244251 ( BBWANA ), CALL/SMS/WHATSAPP.TQ

TEMPAHAN KEK HARI RAYA

Assalamualaikum w.b.t..

Salam sejahtera semuanya..pagi tadi agak sibuk sedikit membuat kuih-muih jualan untuk esok. Sekarang ni baru lapang sedikit..tengah merehatkan diri..^_^..

Okey lah, hari ni aku mau siarkan entri mengenai Tempahan kek hari raya. Alhamdulillah semua dapat disiapkan pada masanya..

Antara yang di order adalah Kek Sarang Semut, Kek Butter, Kek Lapis Coklat Cheese, Kek Coklat Moist dan Kek Span Pandan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


Terima kasih pada cousin-cousin dan makcik yang telah menempah kek dengan Sweet red cherry iaitu Kak Adi, Anim, Fatin dan Usu Piah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Apam ladybird bumble bee ni pula ditempah oleh 'bestfriend' iaitu Mira masa sekolah menengah dulu..awal pagi lagi dia sudah whatsApp aku bagitau mau order apam ni sebanyak 100biji..dan mau guna pada sebelah malam..wah, bukan main gigih lagi aku menyiapkan apam ni dalam sibuk aku menyiapkan order kek..huhu..kebetulan pagi tu kami sekeluarga menziarahi kubur, jadi lepas balik dari kubur tu memang aku tekejar-kejar menyiapkan apam dan kek order..dan syukur la siap juga..lega rasanya..fuhhh..^_^

Apapun, terima kasih banyak ya semuanya..

Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi 012-8244251 ( bbwana ). call/sms/whatsApp. Tq

ANEKA TEMPAHAN BISKUT 2014, TERIMA KASIH SEMUA..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam jumaat semuanya..hari ni suda memasuki hari raya yang ke-12, masih lagi dalam mood raya kan walaupun tidak semeriah awal raya tu tapi masih lagi ada yang sibuk menghadiri jamuan rumah terbuka..

Okeylah, hari ni aku mau siarkan entri tentang Aneka tempahan biskut pada tahun ni. Syukur alhamdulillah berkat promosi yang bersungguh-sungguh dan hasil kolaborasi antara Sweet red cherry dan House of Choco Bites pada tahun ni, sambutan pelanggan sangat memberangsangkan dan luarbiasa serta  meningkat beberapa kali ganda berbanding tahun-tahun yang  lepas..gembira dan terharu sangat..huhu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Inilah antara sebahagian gambar biskut yang ditempah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Sambutan dari pelanggan  begitu menggalakkan..sehingga ada pelanggan dari semenanjung ingin tempah biskut raya tidak dapat kami penuhi kerana kami belum ada perkhimatan penghantaran sampai sana. Insyaallah masa akan datang ada penghantaran sampai semenanjung..Apapun, akan kami war-warkan sekiranya ada  ya..




Tempahan pelanggan yang paling jauh kami terima adalah dari Tawau..alhamdulillah selamat dikirim melalui Bas ( Sairah Express ), bas yang menuju ke Tawau..terima kasih Pn. Wati..


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ini pula antara biskut yang paling banyak menerima tempahan dari pelanggan iaitu Biskut Semperit Susu, Biskut Almond London, Tat Nanas Gulung, Biskut Snow Almond dan Shortbread Cookies. Selain tu, Biskut Suji Salju juga banyak yang order.

Apapun, kami dari Sweet red cherry ( SRC ) & House of Choco Bites ( HCB ), ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih pada semua yang telah menempah dengan kami. Kami mohon maaf jika ada sebarang kekurangan dan akan memperbaikinya pada masa akan datang. Apapun, korang semua memang best!! Tahun depan tempah lagi dengan kami ya..^_^

Okey la ya, sampai sini saja entri aku pada petang ni..jumpa lagi di lain masa. Bye..-wasalam-






Entri khas: Apa itu kelupis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat malam semua..

Okeylah, entri hari ni adalah berkenaan dengan kelupis..sebab banyak teman-teman yang tanya apa benda kelupis tu? Dibuat dari apa? Bungkus pakai daun apa ?jadi, aku buat entri ni khas mengenai kelupis menjawap pertanyaan tu serta kongsi maklumat dengan kalian semua..

Sebelum ni aku pernah kongsi tentang kelupis ni tapi hari ni mau cerita lagi serba sedikit mengenainya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KELUPIS
Gambar di atas adalah kelupis yang telah siap dibungkus ( belum kukus )

Kelupis merupakan makanan tradisi di Sabah khususnya Daerah Sipitang bagi suku kaum brunei. Biasanya selalu dihidangkan pada setiap majlis atau perayaan hari raya..senang juga didapati di tamu-tamu dengan harga yang cukup murah..


Gambar di atas ni adalah kelupis yang telah masak ( sudah kukus )

Kelupis diperbuat dari beras pulut yang telah didadih dengan santan yang dimasak separuh masak. Kemudian dibungkus dengan daun khas yang kami panggil ' daun ngirik '. Selepas dibungkus, kelupis akan dikukus selama 45-1 jam ataupun sehingga masak. Mesti banyak yang belum tau macamana rupa daun ngirik tu kan..daunnya lebih kurang macam daun pisang tapi daun ngirik ni saiznya lebih kecil. Daun ni selain sesuai membungkus kelupis, ia juga sesuai untuk membungkus wajid..


Macam ni la rupa daun ngirik. Yang ni ditanam belakang rumah. So, senang la kalau perlu daun untuk membungkus kelupis..hehe..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Terdapat 2 jenis kelupis iaitu Kelupis kosong ( tanpa inti ) dan Kelupis inti sambal udang. Kelupis kosong selalunya sedap dimakan bersama kari ayam, rendang atau kuah kacang. Selain tu, sedap juga dimakan dengan ikan masin..em, nyum-nyum..sedap tau. Bagi yang belum pernah rasa harus cuba makan ni. Kelupis inti udang pula rasanya lebih kurang macam pulut panggang cuma bezanya ianya tidak dipanggang, hanya dikukus. Rasanya sedap dan dan punya penggemar tersendiri.


Bagi aku, aku suka makan kedua-duanya. Tapi kalau makan kelupis kosong lebih banyak variasi cicahannya..aku suka makan dengan kari ayam dan ikan masin..memang abis la sampai berapa biji aku telan..haha..

Okeylah, sampai sini saja perkongsian aku pada hari ni. Semoga dapat menambah pengetahuan dan memberi manfaat pada teman-teman semua.

Jika ada yang berminat untuk menempah atau pertanyaan, terus hubungi talian 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp. Tq