TEMPAHAN KELUPIS UNTUK OPEN HOUSE RAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah kembali bersua pada hari ni..terima kasih buat semua pengunjung yang rajin bertandang ke sini sambil meninggalkan komen..aku masih belum sempat untuk terjah blog teman-teman blogger..dalam minggu ni aku sibuk sangat menyediakan barang dan membuat beraneka kek dan apam sempena festival antarabangsa GATA Sipitang 2014 yang akan berlansung pada 29 ogos -31 ogos ni..aku mengambil bahagian dalam aktiviti gerai jualan sempena festival tersebut yang akan bermula pada 27 ogos-31 ogos 2014 ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Hari ni aku mau siarkan mengenai entri tempahan kelupis frozen yang ditempah oleh Kak Sofia dan boleh dikatakan beliau ni regular customer kelupis..kak Sofia tempah sebanyak 600biji kelupis frozen ( kosong ) dan kuah kacang untuk open housenya pada minggu yang lalu dan 200biji pula beliau bawa ke tawau untuk open housenya di Sana..wah, happy rasa kelupis pun sudah sampai tawau..hihi..aku juga yang belum sampai pergi tawau..huhu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KELUPIS KOSONG ( RM0.40, SEBIJI )
Ini pula merupakan tempahan dari Kak Dinaz sebanyak 100biji..tempahan yang pertama aku tidak dapat penuhi sebab kebetulan jadual aku pada masa tu sudah penuh dan tempahan kedua ni, kak Dinaz tempah seminggu lebih awal..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Yang ni pula kelupis frozen yang masih mentah dan merupakan tempahan untuk Sambutan hari raya UMNO bersama PETRONAS ( SIPITANG ) minggu lepas..sebanyak 1000 biji kelupis ditempah..nasib baik muat simpan dalam petisejuk..heheh..

Ni pula gambar yang sempat diambil sempena 'open house UMNO-PETRONAS'..hanya sempat gambar 3 gerai saja yang menghidangkan beraneka kuih-muih dan menu open house untuk disajikan pada orang ramai yang hadir pada hari tersebut..gerai ni terdapat tapai nasi, kek, puding dan kelupis.

Ni pula gerai yang menyajikan Soto gearbox..fuh, memang sedap gilerrrr..tiap tahun open house mesti menu ni ada atas permintaan YB di sini..

Gerai ni pula menyajikan rojak..

Sebenarnya banyak lagi gerai yang aku nda sempat snap kerana sibuk sangat..huhu..

Pada semua yang telah menempah tu, kami di Sweet red cherry mengucapkan terima kasih banyak-banyak kerana telah menempah dengan kami..dan harap puas hati la hendaknya ya, segala kekurangan tu mohon dimaafi..

Sampai sini entri pada malam ni, jumpa lagi. Sekian.

9 comments:

  1. Wah..kelupis pun dapat sambutan hangat..Hebat tul wana..
    Semoga terus dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kan Kak..rezeki..terima kasih kak lina..

      Delete
  2. nanti boleh up gambar festival tu. mel teringin juga jejak kaki ke sabah nun. Walaupun sebelah ni je ha, tapi masih belum berpeluang ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Mel, nnti wana kongsikan entri tentang festival tersebut..jom la dtg Sabah kalau ada masa..x rugi tau dtg sni..banyak tempat yang boleh dikunjungi disini

      Delete
  3. tak pernah makan.. huhu 1st time dgr

    ReplyDelete
  4. wahhh bz betul dia...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #7. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/08/senarai-url-blog-7.html

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah semoga murah rezeki wana....

    ReplyDelete
  6. terigin sgt makan kelupis nih especially yg ada inti udang

    ReplyDelete
  7. salam bb.. aduh banyaknya makanan .. ni kali pertama dengar soto gearbox hiii.. cam maner rupe tu..

    ReplyDelete