MEROTI: MEXICAN BUN ALA 'TUAH BAKER'

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam jumaat semuanya..Hari ni aku mau kongsikan projek meroti aku. Kali ni aku cuba buat Mexican bun atau pun roti boy..

Kalau di sini kami gelar roti 'Tuah baker' sebab dulu selalu beli roti ni di Tuah baker yang terletak di Palm square, Center point..sedap sangat..asal lalu ja kiosk tuah baker ni pasti terbau aroma rotinya yang sangat wangi membuatkan hati ni mesti mau beli..ada 3 perisa boleh dipilih iaitu coffee, coklat dan vanilla.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Alhamdulillah, percubaan aku menjadi. Cantik kembangnya..gebu ja..cuma mama cakap, untuk topping atas tu perlu tambah rasa coffee lagi baru umphh!! Hihi..ok, kritikan membina aku terima. *_^

Aku intai resepi dari K.Nor Secubit garam, jom tengok resepinya..

RESEPI: MEXICAN BUN @ ROTI BOY
SUMBER:K.NOR ( SECUBIT GARAM )
OLEH: SWEET RED CHERRY

FILLING:
200 g mentega
1/2 sk esen vanila
70 g brown sugar
  • Pukul mentega dengan mixer dengan medium speed selama 3 minit.
  • Masuk esen vanila dan gula perang.
  • Simpan dalam petisejuk hingga sedia digunakan.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
FILLING
TOPPING: 
Sumber: Aku bukan masterchef
50 g mentega - suhu bilik
40 g gula icing
1 biji telur-pukul sikit
1 sk perisa coffee ( 1 sb nescafe + air panas )/ coklat emulco
50 g tepung gandum
  • Masuk mentega dan gula icing dalam mangkuk.
  • Pukul hingga kembang lebih kurang 5 min.
  • Masuk telur dan coffee/coklat emulco sikit-sikit. Pukul sebati.
  • Masuk tepung gandum dan pukul rata. Bila dah ok, masuk dalam piping bag dan letak dalam fridge sebelum guna.
DOH:
500 g tepung high protein - ayak
2 sk bread improver
2 sk bread softner
20 g susu tepung
75 g gula kastor
3 sk yis
1 sk garam
1 biji telur - pukul
250 ml air/susu segar ( jangan guna susu tepung sekiranya guna susu segar )
60 g mentega

CARA:
  1.  Masuk semua bahan dalam 1 bekas kecuali air,yis & gula kastor.
  2. Sebelum tu, bancuh air dengan gula baru letak yis, kacau dan biar berbuih, 5 min.
  3. Letak air bancuhan dalam bekas dan gaul rata. Keluarkan dan uli atas dulang, uli hingga lembut dan elastik 5-10 min.
  4. Bahagi kepada bebola kecil. ( aku timbang +/-50 g ) dan tutup dalam film cling selama 10 min.
  5. Leperkan doh atas tapak tangan & letak filling. Tutup rapat.
  6. Susun atas dulang yang dilenser dengan mentega. ( aku alas dengan baking paper )
  7. Rehatkan 45 min. Kemudian paipkan topping atas bun.
  8. Bakar dalam suhu 170'C selama 15 minit.
-Selamat mencuba-

* NOTA: Untuk filling dan doh roti aku buat 1/2 adunan sahaja.

Sila rujuk gambar di bawah ya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku buat perisa coklat juga..bahannya masih sama..hanya topping sahaja perlu tukar..guna coklat emulco. Aku tambah serbuk koko sikit untuk rasa coklat yang lebih..^_^

Okey semua, thanx bertandang ke sini dan kawan-kawan yang buat komen pukal..sayang korang semua..ada masa aku terjah balik ya, insyaallah..Jumpa lagi..dadaaaa..

Sekian, wasalam.

30 comments:

  1. Suka roti ni... kat KL kami panggil Roti Boy :)

    ReplyDelete
  2. Sue suka roti ni. Kalo g kedai kek pasti sue cari roti ni tau. Su suka rasa coklat..yum yum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan sue..kalau dah sila mesti nak selalu beli..hihi

      Delete
  3. Ya bah klu limpas sana tuah bakers tu harum semerbak jak roti kopinya tu ... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah ba mia.. Nda ketahanan kalau tebau wangi roti ni..mau membeli ja kerja..Haha

      Delete
  4. sedapnye..kalau dapat makan panas-panas..mmm :)

    ReplyDelete
  5. sedapnya mexican bun!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! my favorite!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! kak wana, saya nak jugaaaaaaaaaaaaaa tapi malas nak buat. hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alala..kesiannya Amy..meh datang sini meh akak buatkan.. ^_^

      Delete
  6. Saya memang suka roti ni.
    Walaupun dah sejuk tapi tetap lembut.

    ReplyDelete
  7. Salam singgah sini dik Wana....sedapnya....terima kasih sebab rindu kat akak....hehe...

    ReplyDelete
  8. emmm..sedap betul roti ni kan ,Wana.

    ReplyDelete
  9. Suka sangat tengok orang post makanan. Dah rasa kenyang pon.. hihi

    ReplyDelete
  10. pehhhh tiba2 teringin nak buat.. adoiii tpppppppp oven kt uma ni da rosak.. wuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala siannya..jom datang umah Kak wana..kita buat sama2..hihi

      Delete
  11. Uhhh dapnye...
    Kalau lalu kiosk rotiboy mesti sggh
    Tak tahan godaan btl...
    Ni kalai bt sndiri ni mau tak henti2 makan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah la kan ayu..mesti terbeli ja kalau lalu kiosk roti ni..hehe

      Delete
  12. Lamanya tak makan roti ni.
    Kat kelantan takdok.
    Kalau balik KL mesti beli.
    Tak cukup sebijik sorang.

    ReplyDelete
  13. uish terer nya kak ;)
    pasni boleh tambah produk nak jual. hehe.

    ReplyDelete
  14. eeeeyh ini macam roti boy ni..
    daaapnye boleh buat banyak banyak.. makan sampai puas hihi

    ReplyDelete
  15. Comellnyaa rotii nii. Ahahaha. Suka tengokk. Hehehe. Best lah akak pandai masakk. Huhuhu..T.T

    ReplyDelete