Cerita yang sudah lama terperap dalam draf..tak ada masa nak menaip panjang-panjang..aduhai..
Sambungan dari Hari Potensi Tadika KEMAS Peringkat Zon 3.
Setelah Waie & the gang johan untuk acara Sprint hurdle peringkat zon 3, mereka mara pula ke peringkat seterusnya iaitu peringkat negeri dan nasib sangat menyebelahi mereka apabila mereka dinobatkan sebagai johan peringkat negeri pula.
Setelah Waie & the gang johan untuk acara Sprint hurdle peringkat zon 3, mereka mara pula ke peringkat seterusnya iaitu peringkat negeri dan nasib sangat menyebelahi mereka apabila mereka dinobatkan sebagai johan peringkat negeri pula.
Bertempat di Kompleks Sukan Likas.
Waie & the gang wakil Tadika Kemas Zon 3 untuk acara Sprint hurdle( lari berhalangan )..dan dorang muncul juara untuk acara tu..tahniah!! Memang tak sia-sia berlatih hari-hari di padang dan di rumah..huhu..
Mereka berjaya menewaskan beberapa zon yang lain yang datang dari seluruh Sabah yang hebat-hebat semuanya..
Waie ~ depan sekali dari kiri. Bergambar dengan guru pengiring dan rakan-rakan yang lain |
Waie 'happy' sangat sebab 'team' dorang muncul juara peringkat negeri Sabah 2015 acara Sprint hurdle |
Sangat bersemangat pada hari tu..walaupun cuaca yang sangat panas..semua pun berlari sangat pantas dan tak ada satu pun tiang halangan yang jatuh.. |
kami sekeluarga datang menyaksikan dan menyokong waie dan rakan-rakan.. |
Atas ~ bergambar kenangan di padang bersama guru dan rakan selepas acara tamat | . |
Gong dipalu oleh YB.Datuk Hjh.Jainab sebagai simbolik perasmian |
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah dibuat di Dewan Mini Putrajaya yang dirasmikan oleh YB.Datuk Hjh. Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid ( Menteri pembangunan masyarakat dan Hal ehwal pengguna Negeri Sabah.
Hadirin yang sangat ramai pada malam tu dipenuhi dengan murid-murid tadika dan guru pengiring serta ibu bapa yang hadir yang bagi sokongan..
Malam tu kami memang tak ada kerusi jadi dapat duduk di tangga sahaja sebab bilangan orang yang hadir melebihi jangkaan..wow!!
Kami tak tunggu acara habis sebab mata dah mengantuk dan perut masing-masing kelaparan..sebaik saja Waie penyampaian hadiah kami pun balik.
Entri seterusnya??? tunggu tau!!! ;p
Sekian, wasalam