Birthday stack cake: Snow cheese cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Siri entri tertunggak..banyak entri tengah 'queue' untuk dikongsikan..pelan-pelan la kan..aku cari ruang untuk update..;)

Okey ni cerita bulan november lepas. Buat kek untuk anak.buah aku, Izat dan buat majlis birthday di rumah..Aku buat kek 2 tingkat, Snow cheese cake sebab dah direquest sejak tahun lepas..huhu.

Jom layan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

STACK CAKE: SNOW CHEESE CAKE
HIASAN: EDIBLE IMAGE & PATUNG 
BERAT: 2KG
HARGA: RM100++


"SELAMAT ULANGTAHUN IZZAT AIRIL 11 TH.." MOGA MEMBESAR JADI ANAK YANG PINTAR, KUAT SEMANGAT, CERIA & SOLEH, AMIN..

Majlis dimeriahkan dengan anak-anak buah, sepupu-sepupu dan makcik..best sangat!!!

Okey masing-masing paling comel ^_^

Goodies bag untuk budak-budak: stick jagung & jelly

MAKAN TIME!!!

Bila buat majlis, harus ada makan-makan kan..semua menu simple tapi terlajak habis terutamanya Soto..antara menu yang ada mee goreng, soto, sosej, popia sayur, bubur labu, sirap dan pepsi..

Alhamdulillah kenyang dan happy bila dapat kumpul seisi keluarga..

Okeylah, sampai sini saja entri aku..jumpa lagi..dadaa!!

Order/pertanyaan: 012-8244251( bbwana ) ~ whatsApp. Tq

Sekian,wasalam.










Tempahan Apam Ladybird Bumble Bee

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wow!!! Lamanya aku menyepi..banyak kawan-kawan blogger tanya kenapa blog semakin sepi..thanx banyak pada kawan-kawan yang masih sudi tanya khabar aku..huhu...terharu sangat!!!

Sebenarnya aku memang sangat-sangat sibuk..tak ada masa nak update blog hari-hari..sekarang ni pun masih siapkan order biskut krismas dan tempahan apam yang tak putus-putus..syukur alhamdulillah rezeki..

 Okey hari ini aku ingin kongsikan order Apam Ladybird & Bumble Bee sebanyak 300 biji untuk majlis kahwin..

Ditempah oleh Mrs. Ramizah..sebelum ni dah pernah tempah masa majlis kahwin beliau..tapi kali ni dia tempah untuk pakciknya pula..terima kasih banyak ya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

APAM LADYBIRD BUMBLE BEE
HARGA: RM0.50, PCS( WITH FILLING )
Filling coklat dan strawberi

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okeylah sampai sini saja..insyaallah jumpa di lain entri pula ya..

Order: Hubungi 012-8244251(bbwana)~whatsApp. Tq

p/s: rindu dengan semua geng blogger..T__T





SPAGHETTI CUCUK SOSEJ CARBONARA SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah lama sepi hari ni aku kembali..mencari ruang yang semakin sempit untuk bersenang lenang menghadap laptop dan update blog seperti sebelum ni..rindu sangat dengan kawan-kawan semua..

Okeylah, hari ni aku mau kongsikan salah satu menu 'favourite' aku..spaghetti!! Spaghetti Cucuk Sosej Carbonara.

Buat sudah agak lama..dah lama hadam pun..malam-malam ni tengok, perut jadi lapar semula..huhuhu..

Pada siapa yang berminat untuk cuba buat resepi mudah,sila semak resepinya di bawah ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

SPAGHETTI CUCUK SOSEJ CARBONARA SIMPLE
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
Spaghetti secukupnya
Sosej secukupnya ( aku guna sosej cheese )
1 biji bawang besar - di hiris
2 batang sosej dihiris nipis-nipis
Capsicum merah/hijau/kuning - potong dadu ( jika suka )
Sos prego (Keju & herba ) secukupnya
 Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

CARA:

- Sosej potong 3@6 bahagian. Setiap bahagian dicucuk 6 batang spaghetti. Rebus sampai lembut. ( bubuh sedikit garam dan minyak ).
- Tumis bawang besar hingga wangi. Tambah sosej dan capsicum. Tumis hingga layu.
- Tuangkan sos prego keju & herba. Biar mendidih sekejap. Matikan api.
- Tuang sos atas spaghetti dan sedia dihidangkan.

- Selamat mencuba -

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Aku gunakan spaghetti kimball dan sos prego keju dan herba

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ada yang 'melting' tak tengok ?? Hee.. ^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Makan tak cukup satu pinggan ni..memang yummehhhh!!!

Okeylah sampai sini saja dulu, insyaallah ada masa yang terluang sedikit aku akan update lagi..dan maaf buat kawan-kawan aku belum ada masa nak komen tapi aku masih juga blogwalking dan jadi 'silent reader' korang..labiu all!!!

Sekian, wasalam.