Fenomena suhu sejuk di Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku bukan mau kongsi resepi atau siar entri tempahan tapi aku ingin berkongsi info tentang fenomena suhu sejuk yang melanda Sabah sekarang ni..

Siapa yang duduk Sabah pasti merasai kesejukkan yang luar biasa ni terutama di beberapa daerah yang mencatat suhu 15˚C - 21˚C di antara jam 5 pagi-7 pagi.

Suhu sejuk ni di jangka sehingga bulan mac. Jabatan meteorologi Sabah memaklumkan Ranau mencatat suhu terendah iaitu 15˚C, Keningau 16˚C, Kudat 20˚C dan Kota Kinabalu 21˚C pada hari ini ( 08 Feb 2017 ).

Antara punca utama penurunan suhu ni adalah sebab tiupan angin bertekanan tinggi yang datang dari Siberia merentasi rantau Asia Tenggara termasuk Sabah.

So, tidur malam tu memang nyenyak la kan sambil pakai selimut tebal. Masa mandi pagi tu memang tak tahan..gigil habis!! Bergetar semua gigi..nasib tak jatuh..hehehe..

Okeylah sampai sini saja..

Sekian, wasalam.

Sumber info: www.suarasabah.com

7 comments:

  1. Assalam wana
    Memang sejuk ms kak lina p Kundasang aritu.Ingtkan normal sbb x pernah sampai sana..Tambah plak hujan ms kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam kak lina..kat kundasang suhunya memang sejuk kak lina..best sangat sana kan..damai..

      Delete
    2. Wasalam kak lina..kat kundasang suhunya memang sejuk kak lina..best sangat sana kan..damai..

      Delete
  2. wana di sabah duk dimana.. ekin ada adik mengajar di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wana duduk kat sipitang..tapi selalu ulang alik kota kinabalu..:)

      Delete
    2. Wana duduk kat sipitang..tapi selalu ulang alik kota kinabalu..:)

      Delete
  3. hahaha, bab mandi tu memang serius sejuk.

    ReplyDelete