KEK LAPIS STRAWBERI OREO

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Selamat petang dan selamat cuti hujung minggu..leganya hari ni dapat berehat setelah beberapa hari yang lalu sibuk menyiapkan order..tapi esok akan kembali sibuk seperti biasa menyiapkan pelbagai tempahan dan jualan..syukur Alhamdulillah dengan rezekiNya..
 
Sebelum tu terima kasih banyak pada kawan blogger yang rajin datang jenguk ke sini dan tinggalkan komen..selalunya bila ada masa aku juga akan buat kunjungan balas ke blog teman-teman..blogwalking la kan..tidak lupa juga pada yang baru menjadi follower tu..memang sangat seronok dapat tambah kenalan dalam alam maya ni serta bertukar-tukar resepi dan komen..kalau belum jadi follower SRC tu, sudi-sudikan la ya follow..
 
Hari ni aku mau share entri kek iaitu Kek lapis strawberi oreo..em, sapa yang tidak suka oreo..semua orang suka kan..makan begitu saja atau cicah dalam susu..sedapnya..Apapun,kek ni sangat lembut..ada rasa strawberi dan oreo bila makan kek ni..sebenarnya resepi asal guna biskut marie dan pandan paste tapi kali ni aku ubah perisa dan juga biskutnya..
 
KEK LAPIS STRAWBERI OREO
Kalau ada yang minat ingin tahu resepinya ada di bawah ni..jom semak..

RESEPI: KEK LAPIS STRAWBERI OREO
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
4 biji telur
175 g gula kastor
1/2 sk esen vanilla
2 sk ovalette

BAHAN B:
100 ml susu cair
1/2 sk garam
1 sk strawberi paste ( asal pandan paste )

BAHAN C:
150 g tepung gandum

BAHAN D:
Biskut oreo secukupnya ( buang krim ) - asal biskut marie perisa coklat/kopi

CARANYA:
  • Satukan bahan A dan pukul hingga gebu selama 10 minit.
  • Masukkan bahan B sedikit demi sedikit diikuti dengan bahan C. Kacau hingga sebati.
  • Tuang adunan sebanyak 2 sudu besar dalam loyang yang digris dengan minyak. Susun biskut oreo di atasnya. Kukus selama 5-7 minit.
  • Ulangi langkah di atas hingga habis.
  • Lapisan akhir kukus selama 10-15 minit..
  • Setelah masak sejukkan baru keluarkan dari loyang.
-Selamat mencuba-


 
Okey semuanya..sampai sini ja dulu..thanx sebab baca entri sampai habis..see ya..-wasalam-

CUCUR JAGUNG

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, good morning semuanya..

Syukur Alhamdulillah kita dapat bersua lagi pada pagi ni..kalau kurang sibuk dan ada masa free sikit, dapat la update blog hari-hari kan..kalau tidak, hem 2-3 hari baru la entri tu bertukar..hehe.okey la, sebenarnya hari ni ada tempahan lagi yang perlu disiapkan dalam kuantiti yang banyak jugak..so, sebelum tu aku menyempatkan diri untuk masukkan entri baru untuk hari ni..
 
Pagi ni aku kongsikan entri Cucur Jagung..ceritanya sebab terliur bila tengok Kak Fiza @ fizalgk tayang cucur jagung berudang dalam blog beliau hari tu..jadi kepingin pula mau makan cucur ni..nasib baik la semua bahan yang diperlukan ada di rumah..hihi..
 
CUCUR JAGUNG
 Jom kita semak resepi..

NAMA RESEPI: CUCUR JAGUNG
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
300 g tepung gandum
100 g udang basah ( lebih pun boleh, ikut suka ) - buang kulit
1 biji kentang              }
1/2 biji bawang besar  }didadu
1 biji cili merah           }
4 sb jagung tin - creamy
1 tangkai daun bawang - dihiris
1 biji telur
1 sk garam        }disatukan
350-400 ml air }
Minyak masak

CARANYA:
  • Satukan jagung, tepung gandum. Pecahkan telur dan digaul rata.
  • Kemudian masukkan kentang, udang, cili merah, bawang besar, daun bawang dan air garam. Gaulkan adunan hingga bercampur rata.
  • Goreng cucur dalam minyak yang sederhana panas hingga garing. Toskan. Hidangkan dengan sos cili.
-Selamat mencuba-


Sedap makan cucur cicah dengan sos cili..layan habis la..hihi..
 
Okey ya teman-teman semua, sampai sini ja dulu entri pada hari ni..jumpa lagi..salam jumaat..-wasalam-