BISKUT SMARTIES @ M&M

Assalamualaikum w.b.t..

Hallo..hallo semuanya..

Alhamdulillah kembali bersua pada hari ni..rindunya mau menulis dalam blog ni..minta maaf banyak-banyak ya sebab biarkan entri tidak bertukar selama seminggu ni..huhu, seperti yang pernah aku bagitau hari tu, sepanjang minggu lepas aku memang sangat-sangat sibuk menyiapkan tempahan dan kuih-muih jualan karnival yang aku join tempohari..lepas karnival aku berehat beberapa hari dari membuat order..sangat penat dan keadaan aku yang kurang sihat tidak mengizinkan aku update entri baru..

Baiklah, hari ni aku mau kongsikan entri biskut pula memandangkan kita sudah menghampiri bulan ramadhan..pasti ada yang tercari-cari resepi biskut yang ingin dicuba..apa kata korang cuba buat Biskut Smarties @ M&M ni..memang sangat sedap dengan taburan gula-gula yang colorful dan ada rasa coklat dalamnya..ranggup dimakan..ni antara biskut yang popular pada masa ni..budak-budak yang paling suka pastinya..heheh..cuma yang sedikit terkilan adalah bila cari-cari gula-gula smarties atau m&m ni tiada la pula bila mau beli..jadi, aku guna jenama lain..dalam gambar nampak bulat tapi bila tengok dalam bentuk lonjong pula..huhu, geramnyaaa!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
BISKUT SMARTIES @ M&M
 Jom kita semak resepinya..

RESEPI: BISKUT SMARTIES @ M&M
SUMBER: CITARASAWAN
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
250 g mentega
30 g shortening
250 g gula perang
2 sk esen vanila
2 biji telur gred B

BAHAN B:
460 g tepung gandum
1/2 sk baking powder
1 sk emplex
1/4 sk garam
60 g badam cincang - panggang
HIASAN:
Coklat smarties/ m&m dan lain-lain

CARANYA:
  1. Pukul bahan A hingga kembang dan berkrim, masuk esen vanila dan terlur satu persatu dan pukul rata.
  2. Masuk bahan B dan uli hingga jadi doh lembut. Rehatkan doh 15-20 minit.
  3. Ambil 1/2 sudu besar atau sudu kecil, gentel bulat dan tekan 3-6 biji gula-gula coklat.
  4. Panaskan oven, susun dalam dulang. Jarakkan 5 cm.
  5. Bakar 150'C selama 15-20 minit.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Pasti meja hidangan anda pada hari raya nanti akan nampak warna-warni dan menarik dengan biskut ni..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Pada yang berminat untuk menempah dan ingin tau senarai biskut raya yang aku buat dan terima tempahan..aku akan siarkan entri tentang senarai biskut pada masa yang terdekat jika tiada halangan ya..insyaallah..so, tunggu.....

Jika ada sebarang pertanyaan, sila email dan hubungi kami menerusi talian yang tertera ini. Tq. Email: siti.salwana@yahoo.com. Sms/call/whatsApp: 012-8244251 ( bbwana ).

Giveaway Puasa Rm50 by SueAKGoGeous

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join GA yang sangat simple semudah Abc ni yang dianjurkan oleh rakan blogger iaitu Cik Suriana sempena menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba tidak lama ni..Cik Suriana bermurah hati nak bagi hadiah wang tunai kepada empat orang pemenang bertuah..jom sama-sama meriahkan GA ni dan support rakan blogger kita ni ya..

HADIAH:

Seorang pemenang utama = Cash Rm20
Tiga pemenang saguhati = Cash Rm10

Pengalaman saya paling 'the best' pada bulan puasa ni adalah bila dapat berkumpul ramai-ramai dengan keluarga ketika berbuka sambil menikmati hidangan istimewa yang disediakan oleh air tangan mama..memang best!!!!

Sila klik banner di bawah untuk join..

http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/06/giveaway-puasa-rm50.html