Thank you Cik Mimie..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah kita semua sudah memasuki bulan baru pula..bulan mei pula menjelma..semua orang tengah mood bercuti sekarang kan..

Aku baru berkesempatan nak update blog hari ni..sibuk sangat dengan pelbagai aktiviti dan menyiapkan tempahan biskut yang mulai masuk..alhamdulillah..rezeki..

Entri ni adalah penghargaan buat Cik Mimie kerana telah membuatkan Sijil penghargaan pada semua pengomem tegar bulan April di blog beliau..

 
Sijil yang selalu aku nantikan dari Cik Mimie setiap bulan..hehe..cantikkan?
 
Merah itu menawan..serius cantik..thanx Cik Mimie kerana bersusah payah mencari idea dan membuat sijil yang cantik ni..

Tahniah juga buat kawan-kawan semua..

Jom kita terjah blog cik mimie pula >>http://norshamimi.blogspot.com<< orangnya ramah, mudah berkawan dan rajin blogwalking..tak rugi kenal-kenal dengan Cik Mimie kita ni.. ^_^

Sekian, wasalam.

Jeruk cermai asam boi, Aiskrim pasu, Jeruk buah(pick n mix) & Dorayaki!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ni cerita minggu lepas..terasa nak sangat makan bila jumpa 'benda' ni depan mata..

Jeruk cermai asam boi

Sebenarnya dah lama tak makan buah cermai ni..dulu kalau nak makan ambik ja belakang rumah nenek tapi pokok tu dah tiada sekarang..makan cicah dengan garam+cili padi..erm, sedap!! Makan sambil terkenyit mata..hehe..

Sedap makan jeruk ni..sebab tak masam..

Aiskrim pasu

Makan ni time cuaca panas..memang nyaman ja rasa tekak..yummy..sebenarnya boleh ja pun buat sendiri tapi penyakit 'M' tu datang menyerang..so, beli ja la.. ^_^

Jeruk buah (pick n mix)
Okey yang ni memang buat aku rambang mata sangat-sangat..memang kena pula dengan aku yang memang suka makan jeruk..

Banyak pilihan jeruk di sini..dari buah yang jarang jumpa hingga la yang senang nak jumpa..

Aku pilih jeruk mangga kuning, nenas dan buah kelapa nipah..paling best boleh buat pilihan nak bubuh apa atas jeruk. Aku pilih serbuk cili kering. Bila timbang dan bayar agak terkejut juga dengan buah yang sedikit diambil tapi bayar rm9..fuhhhh!!! Rasanya??? Erm, tidak la sedap sangat seperti yang dibayangkan sebab jeruknya ada yang tawar..huhu..kecewa!!

Dorayaki

Dah lama intai 'makanan doraemon' ni..aku beli satu..patut la doraemon suka sangat makan dorayaki ni kan rupanya memang sedap sangat..tak rugi beli..sangat lembut dan berinti krim susu..nyum-nyum..

Okeylah, sampai sini saja entri aku..jumpa di lain entri..insyaallah aku cuba untuk terjah blog kawan-kawan pelan-pelan ya..

Sekian, wasalam