TEMPAHAN KARIPAP

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Hai, salam sejahtera semuanya...selamat malam di ucapkan..

Baru-baru ni sekali lagi kami menerima tempahan..kali ni pula kuih yang ditempah adalah karipap..okeylah kan sebab sebelum ni kami pun biasa juga buat karipap ni. Masa tu kami masi lagi ada kontrak membuat tempahan kuih-muih untuk budak-budak asrama 2 tahun yang lepas..so, agak lama la juga tidak membuat karipap ni..Karipap ni di order oleh orang yang sama menempah kuih wajid ubi yang baru-baru ni jugak..so, mau ucap terima kasih banyak-banyak la pada yang menempah kerana sekali lagi menempah kuih dengan kami..tq so much..

Sebanyak 500 biji karipap yang telah ditempah..wow, agak banyak la juga kan kuantiti yang perlu dibuat. Karipap yang ditempah ni adalah sebahagian kuih yang akan diagih-agihkan pada peserta larian 1 Malaysia dan juga orang ramai..Untuk pengetahuan, larian 1 Malaysia tersebut baru ja diadakan hari minggu yang lepas iaitu 21 Okober 2012.

Skang ni kita layan gambar pulak..
Memang sakit juga badan buat karipap ni..apa tidaknya, kena gelek dulu doh tu dengan penggiling baru masuk dalam acuan karipap..bayangkan la, perlu buat 500 biji..adui, memang sakit belakang..keja-keja membuat karipap di buat dari tengahari hingga hampir malam..manakala, malam goreng separuh kemudian subuh goreng lagi separuh..Pastu, order ni perlu dihantar pada jam 5pagi..tapi, x apa la kan..berniaga begini la kan..

Ni pulak inti karipap..ubi kentang yang telah dimasak. Siap untuk digunakan.

Peralatan yang digunakan untuk membuat karipap.












Sebahagian karipap yang belum di goreng..


Ni pulak adalah sebahagian karipap yang telah siap di goreng..


Untuk tempahan, anda bolehlah telefon atau email kami..tq.

No comments:

Post a Comment