Hai, apa khabar pagi ni? Ada yang kurang sihat..demam gara-gara terlampau banyak makan buah..maklumlah sekarang kan musim buah..berlambak buah yang ada di pasaran hinggakan harganya pun jatuh..syukur alhamdulillah tahun ni memang banyak buah-buah yang ditanam di kebun mengeluarkan hasil..pelbagai jenis sehinggakan tidak larat untuk makan..banyak juga yang sudah dijual dan disedekahkan pada teman..antara buahnya adalah buah rambutan, manggis, cempedak, tarap, durian dan kembayau..rezeki buah pada tahun ni memang baik.Nasib baik aku tidak demam buah..Nasihat aku, kalau makan buah tu perlu banyak minum air suam la juga..
Okeyla, melarat pula cerita pasal buah ni..sekarang ni aku mau bagitau nama entri aku kali ni adalah Kek Coklat Rice Berlapis..kek ni gabungan antara rasa vanila dan juga coklat yang mana dalamnya ada coklat rice..kek ni aku olah semula dan tidak 100% mengikut resepi asal. Kek dimasak sekali dalam satu loyang. Aku tuang dulu lapisan vanila kemudian aku ayak serbuk koko diatasnya baru aku tuang adunan coklat pula. Tujuan aku ayak dengan koko tu adalah untuk menampakan 'layer' antara lapisan vanila dan coklat tu..
KEK COKLAT RICE BERLAPIS |
Mengikut resepi asal, perlu masak adunan vanila dan coklat tu di loyang yang berasingan..kemudian setelah kek masak sapukan jem kesukaan baru tangkupkan kedua-dua kek..setelah itu sapukan ising disisi kek dan tabur dengan coklat rice..tapi, aku suka buat macam cara yang aku buat tu.
Try la untuk merasa kesedapan kek ni..tempah ja dengan kami..
Okey semua, kita jumpa di entri yang lain pula..
No comments:
Post a Comment