KEK BIRTHDAY: KEK RAINBOW

Hai, assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya..


Sebelum menulis mengenai entri terbaru..aku ingin mohon maaf pada semua pengunjung  blog sweet red cherry kerana sepi tanpa sebarang entri baru selama seminggu ni..masa yang begitu terhad membuatkan aku langsung tidak sempat untuk mengupdate blog..


RAINBOW KEK
Bercerita mengenai entri yang aku siarkan ni adalah Rainbow kek iaitu kek yang dibuat khas untuk adik tersayang, Dayang Zarina yang menyambut ulangtahunnya ke-4 pada tarikh yang begitu cantik pada tahun ini iaitu 12/12/12..sebelum membuat kek ni, aku banyak buat research mengenai kek ini di internet kerana kek rainbow ini mempunyai banyak versi..oleh itu, aku membuat keputusan untuk membuat rainbow kek versi bakar dan frosting dengan cream cheese..em, yummy..jom kita lihat gambar kek..


Birthday girl, Dayang yang begitu teruja dengan keknya..hihi.. 


Sebenarnya untuk membuat kek ni memerlukan kesabaran yang tinggi la juga..sebabnya adalah kek ni perlu dibakar selapis demi selapis..


Ni adalah rupa kek sebelum disalut keseluruhan kek dengan frosting cream cheese yang lazat..


Actually, sebelum aku membuat kek ni, aku suda plan macamana bentuk deko yang aku inginkan..hem, malangnya cream aku tidak mencukupi..cheese pulak tidak ada stok lagi..so, ni la hasil kek aku..apapun, birthday girl memang suka sangat dan hepi dengan kek ni..hehe,syukurla..


Begini la rupa kek setelah dipotong..cantik kan warna pelanginya..cuma bagi aku kek ni terlalu manis..so, kalau buat lagi akan datang..aku akan mengurangkan gula..



Buat adik tersayang Dayang..kami ucapkan Happy Birthday, semoga panjang umur, jangan nakal-nakal, dengar cakap Mama dan Babah dan selamat menempuh alam persekolahan tahun depan..pertama kali mau masuk tadika dia ni..hehe..Okey semua, kita jumpa lagi entri akan datang pulak yea..

No comments:

Post a Comment