KEK KARAMEL COKLAT MOIST

Hello semua..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat bersua kembali untuk entri kali ni..terima kasih banyak-banyak kerana sudi menjenguk ke blog kami ni..sebarang kekurangan mohon dimaafi..

KEK KARAMEL COKLAT MOIST

Baiklah, entri yang aku publishkan ni adalah kek iaitu Kek Karamel Coklat Moist. Sebenarnya aku tidak terpikir pun untuk membuat kek ni tapi keinginan mencuba tu timbul apabila aku membuat rainbow kek tempohari..rasa sayang pula kuning telur tu kalau dibuang..Untuk pengetahuan, rainbow kek hanya menggunakan putih telur. So, daripada aku buang kuning telur tersebut baik aku gunakan untuk membuat kek karamel coklat moist yang aku dapat resepinya dari blog  sorang blogger yang aku tidak ingat apa nama blognya..


Ketika buat kek ni, rasa bedebar juga la takut kek ni tidak menjadi kerana ni pertama kali aku buat karamel..sebelum ni tidak pernah pun buat karamel tapi aku cuba juga buat dan apabila kek ni diterbalikkan, alhamdulillah menjadi..horey..suka sangat..hehe.. 


Dari rupa kek nampak menarik kan..cantik ja kek ni..tapi yang penting ia bukan saja menarik dan cantik tapi rasanya juga sedap tau..betul..tidak tipu. Tapi lain kali, aku ingin mengurangkan kuantiti koko untuk resepi kek ni kerana bagi aku rasanya pahit sedikit tapi kalau makan sekali dengan karamel tu rasanya menjadi seimbang la pula.. 


Kalau ada yang teringin makan kek ni, anda boleh la tempah dengan kami yea..



Sila email kepada kami atau hubungi telefon kami untuk maklumat lanjut mengenai produk kuih-muih kami. Terima kasih..

No comments:

Post a Comment