KEK COKLAT

Hai, semuanya..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Selamat cuti hujung minggu dan selamat beristirehat diucapkan kepada semua pengunjung SRC..thanx ya kerana sudi menjenguk ke blog kami ini. Baiklah untuk hari ni aku mau kongsikan satu kek yang aku telah buat iaitu Kek Coklat..tekstur kek ni bukan macam kek coklat moist tu sebab teksturnya lebih kepada kek butter..apapun, kek ni lembut dan sedap juga..boleh dimakan sambil2 hirup minuman panas..mau minuman sejuk pun boleh..suka hati la kan..terpulang pada diri masing-masing.

KEK COKLAT, RM 28 ( SEBIJI )


Resepi kek ni aku ambik dari buku resepi koleksi mama aku yang berjudul Kek dan Biskut ( Keluarga ) yang dihasilkan oleh Faizah bt. Datuk Embung dan diterbitkan oleh Penerbitan PENA Sdn.Bhd. Di buku ni tertulis tarikh mama beli buku ni..mau tau bila?ha, tarikhnya adalah 07/07/1982..wow, lama juga buku ni kan..masa  tu umur aku baru ja 3 bulan kalau tidak silap aku..haha, masih baby lagi masa tu. Mau cerita sikit, mama aku adalah sorang yang suka mengumpul buku2 resepi dan masakan ni dan beliau menjaga semua koleksinya dengan rapi sekali..Resepi kek ni ada aku kongsikan untuk anda yang mau membuat kek ni..

RESEPI: KEK COKLAT
SUMBER: FAIZAH BT DATUK EMBUNG
DI OLAH SEMULA: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
225g tepung gandum
2 sk baking powder
secubit garam
2 sb koko + 5 sb air panas ( jadikan pes )
1 sk esen vanila
180g marjerin/mentega
180g gula kastor
3 biji telur

CARA MEMBUATNYA:
  • Ayak tepung, baking powder dan garam
  • Bancuh koko dengan air panas. Ketepikan.
  • Pukul gula dan marjerin sampai kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi.
  • Masukkan pes koko dan esen vanila ke dalam adunan
  • Masukkan tepung sedikit-sedikit dan kacau hingga rata.
  • Masukkan dalam acuan/loyang yang sudah digris dengan minyak dan ditabur dengan tepung.
  • Bakar 175 degree, selama 30-40min. 
- Selamat Mencuba -

Haa, macamana? senang ja kan cara buat kek ni tapi kalau ada tidak berkesempatan atau langsung tiada masa tetapi mau makan dan mencuba kek ni..jangan la malu untuk menempah dengan kami ya..tempahan adalah dibuka sepanjang masa untuk semua produk yang kami iklankan di sini..senang ja untuk hubungi kami iaitu melalui email atau talian telefon yang tertera di atas ini. Terima kasih.

4 comments:

  1. macam2 ada kat sini...semua buat rasa lapo jer!

    ReplyDelete
  2. Kek ni nampak gebusssss...Makan 2~3 ketul pun tak perasan ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..lemak d bdn ni pun betambah tmbah..hihi..

      Delete