KEK MENTEGA PELANGI

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, good morning semuanya..em, hari ni aku bersiaran agak awal dari biasa..hehe..mood pun tengah semangat ja rasanya untuk memulakan hari ni..sebelum aku memulakan kerja membaking pada pagi ni so aku mau update entri baru untuk hari ni iaitu Kek Mentega Pelangi..kek yang gebu dan lembut..sedap terasa bila memakannya..color pun sangat meriah..warna-warni..aku sukakan colorful..macam kehidupan kita ni yang penuh dengan warna..

KEK MENTEGA PELANGI, HARGA RM 28 ( SEBIJI )

Jom kita semak untuk resepi kek ni pulak..

RESEPI: KEK MENTEGA PELANGI
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
250g mentega
220 gula kastor
220g tepung kek ( aku guna tepung gandum ja )
4 biji telur gred A
1 sk baking powder
50ml susu cair
1 sk esen vanila
pewarna merah, hijau, kuning

CARA MEMBUATNYA:
- Satukan mentega dan gula dan pukul hingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Masuk tepung gandum selang seli dengan susu.
- Bahagi 3 bahagian. Mula-mula masuk 2 sudu besar warna hijau ditengah. Lapis dengan warna merah dan akhir sekali kuning. Ulangi hingga habis.
- Bakar selama 1 jam, 180 degree..

-Selamat Mencuba-


Macam biasa, kalau ada yang ingin menempah tu atau anda ada pertanyaan..sila la email atau telefon ja ke talian kami yang tertera di atas ini ya..jangan segan2..terima kasih.

2 comments: