Hai, assalamualaikum w.b.t..
Selamat pagi semuanya..terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog kami ni..kami akan sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada dan pada yang sudi follow blog Sweet red cherry tu, makaksih banyak ya..
Okey, pagi ni aku mau tayang gambar kuih bakar pandan yang telah di tempah pada minggu yang lepas..kuih bakar pandan ni memang sedap..terasa lemak manisnya..dan ramai juga yang mengakuinya..ada yang suka simpan dalam peti sejuk kerana mengatakan ianya lagi sedap dimakan selain kuih ini akan tahan lebih lama..kalau tidak silap aku, resepi ni aku dapat 'dari dapur CT'..
Di sini mau share resepi kuih bakar pandan..pada kak Ct, aku minta izin share resepi ni ya..kalau ada yang teringin mau mencuba tu, sila semak resepinya di bawah ni..
RESEPI: KUIH BAKAR PANDAN
SUMBER: DARI DAPUR CT
DI CUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
1 cwn gula
1 cwn jus pandan ( air + esen pandan )
2 cwn tepung
2 1/4 cwn/450ml santan
2 sk mentega
3 biji telur
1/2 sk garam
pewarna hijau
2 camca teh minyak
Bijan
CARA:
- Satukan semua bahan kecuali bijan. Putar sebati.
- Masuk minyak dalam loyang.
- Panaskan loyang dalam oven. Apabila panas, masak adunan kuih.
- Tabur bijan
- Bakar 180 degree selama 50 minit.
- Selamat Mencuba-
Jika anda juga berminat untuk order kuih bakar pandan ni..jangan malu untuk hubungi kami menerusi email atau terus kol ke talian telefon kami yang tertera di atas tu ya..terima kasih.
kuih bakar pandan mmg sedap..moga sukses dlm bbisnes
ReplyDeleteokey..tq QH..
Delete