ORDER COKLAT & VANILA CHEESE CAKE MELELEH

Assalamualaikum..

Salam sejahtera dan selamat malam semuanya..

Bersua lagi pada malam hari ni..baru-baru ni aku buat kek untuk diberikan pada kakak sepupu tersayang, Kak Adi..lepas pikir-pikir, aku buat keputusan untuk buatkan dia Coklat cheese cake meleleh memandangkan dia suka makan cheese..kek ni aku buat saja-saja untuk dia sebab Kak Adi ni sangat baik dan banyak tolong aku selama ni..kami memang rapat sejak kecil lagi..orangnya sangat tidak kisah dan langsung tidak berkira dari segi duit..walaupun usia kami hanya berbeza 2 tahun tapi aku sangat hormat dia walaupun kadang-kadang perangai gila-gila juga..hihi..

Di bawah ni adalah kek yang aku bagi untuk Kak Adi.. memang kek ni kejap ja habis.berebut makan dengan anak serta anak buah..heheh..^_^

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
COKLAT CHEESE CAKE MELELEH

Kek ni berperisa coklat dan bertoppingkan cheese yang meleleh..memamg mewah dengan rasa cheese..wow, tang leleh tu yang buat nda tahan tengok..lagi sedap bila makan kek ni selepas di sejukkan sekejap dalam peti sejuk..em, nyum-nyum..memang bila makan kek ni buat nda mau berhenti bah makan..sedap betul!

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Buat teman-teman yang tertanya-tanya resepi kek ni..aku kongsikan dengan kalian semua di bawah ni..so, let's check it out!!

RESEPI: COKLAT CHEESE CAKE MELELEH
OLEH: SWEET RED CHERRY

( KEK SPAN )
BAHAN:
4 biji telur
120 g gula kastor
1 sk ovallete
80 g tepung gandum
1 sk baking powder
20 g serbuk koko
65g minyak masak

CARANYA:
  1. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula kastor dan ovallete dan putar dengan kelajuan yang maksimum. Putar adunan hingga jadi putih dan pekat.
  2. Masukkan tepung gandum, baking powder dan serbuk koko. Putar sebati
  3. Akhir sekali, masukkan minyak masak. Putar perlahan.
  4. Tuang adunan kek dalam loyang yang telah digris dan alas dengan baking paper.
  5. Bakar dalam suhu 170 C selama 30-40 minit.
CREAM CHEESE MELELEH
SUMBER: DAPUR MAMASYA

250 g cream cheese
120 g susu pekat manis
50 ml uht whip cream
  • Putar semua bahan di atas hingga sebati dan berkrim. Tambahkan susu cair atau full cream jika mahu adunan cream cheese lebih cair dan meleleh.
-Selamat mencuba-

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
 Ni pula Coklat cheese cake meleleh yang di tempah oleh Kak Adi..heheh, sudah ketagih makan kek ni..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
VANILA CHEESE CAKE MELELEH

Vanila cheese cake meleleh ni pula aku berikan pada kakak sepupu juga iaitu Kak Yann..aku juga memang rapat dengan dia dulu tapi berkurangan bila Kak Yann berkahwin dan ada anak..kek ni aku bagi sempena ulangtahunnya pada 29hb Januari baru-baru ni.."Happy belated birthday, Kak Yann"..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Feedback yang diberikan pada aku, Kak Yann sangat suka makan kek ni dan lain dari kek cheese yang dia pernah makan sebelum ni..berebut dia makan dengan anak-anaknya..senang hati dan happy aku dengar bila mereka suka makan..

Selain perisa coklat dan vanila..terdapat perisa lain juga yang aku buat iaitu strawberi, coffee dan pandan. So, pada yang berminat untuk menempah kek yang tengah 'hot in town' ni, sila la hubungi aku di talian ini ya..boleh sms/call/whatsApp ke 012-8244251 ( bbwana ). Tq. -wasalam-

23 comments:

  1. alala melelehnya air liur aku nengo cheese cake tu....ko ada buka kedai kah di kk? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai mia..tq sggah sini.aku teda buka kdai d kk tp kalo mau order boleh ba..ada svc delivery juga ni..hihi.

      Delete
  2. Tu dia...mmg meleleh leleh...!! Ilang diet klau dpt depan mata nih!!!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dik....murah rezeki. Selalunya je masuk order ye...mesti air tangan Bbwana sedap ni. Teringin jugak nk rasa...tapi jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..syukur alhamdulillah rezeki murah..hihi, ya ka kak?sya pula teringin merasa masakan akak yang sedap2 tu..

      Delete
  4. Hai Wana, wahhh.. memang meleleh dan nampak havening! Saya pun dah cuba memang sangat sedaappp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai juga..hehe, sedap dan best kan rasanya..memang buat rasa ketagih mau makan..

      Delete
  5. Assalamualaikum BB,
    Kek ini dijamin memang terbaeeeekkkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..

      ha'ah..memang dijamin terbaek 100%..

      Delete
  6. salam lamanya x singgah cini.. cibok ler kalau time cibok hii.. sedapnnya tengok kek ni patut la kena letak nama cheese leleh.. hii..dah pernah makan tapi buat sendiri tak lagi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam juga wani cayang..heheh..kek ni memang sedap giler kan..so, lepas ni wani kena try buat pula ya sebab kalau hasil tangan sendiri pasti lebih enak.

      Delete
  7. bkn kek aje yg meleleh..yg tgk ni pon sma..meleleh dpt tgk gmbrnye saje..kejam..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..jangan marah ya QH..apapun, kek ni memang sangat sedap sampai termimpi-mimpi kesedapannya..^_^

      Delete
  8. Auwwmmm....... Sedapnya !
    hehe... singah sini...
    Jom singgah balik blog sya :)
    http://mycutestrawberry.blogspot.com/2014/05/setulus-kasih-ibu-contest-by-dr-shikin.html

    ReplyDelete
  9. Memang meleleh abes lah tengok cheese die. Alahaiii

    ReplyDelete
  10. blh bakar guna microwave x?huhu

    ReplyDelete
  11. blh bakar guna microwave x?hehe

    ReplyDelete
  12. Sekali je pernah try buat. Tp kek bantat. Trus xnak buat dh. Huhu. Teringinn pulakk rasee nak makann 😣😣 kene seruu aura rajn dtg ni😂

    ReplyDelete