Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Terkejut tengok entri-entri aku di 'boom' oleh HSB..heheh, apapun, tq ya dik. Masa approved komen tadi, aku ada baca request dari seorang teman blogger iaitu Hikayat seorang budak yang nak minta resepi Kek Yam yang sangat meletup permintaannya oleh pelanggan SRC..
Ini sebahagian kek yam yang telah diorder..terima kasih semua!! |
Demi tidak menghampakan rakan, di sini sekali lagi aku kongsikan resepinya..HSB, ini untuk awak ya..: D so, buat yang teringin nak makan yam cake ni..boleh la cuba resepi ni..
Jom semak resepi
RESEPI: YAM SPONGE CAKE
SUMBER: MAY @ STORY OF MY LIFE
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN SPONGE CAKE:
150 g tepung halus superfine ( aku hanya guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder, ayak 3x )
150 g gula kastor
5 biji telur gred A
1 sb ovallete
80 ml air masak
80 ml minyak
2 sk yam paste
sedikit pewarna ungu- optional
CARA MEMBUATNYA:
- Satukan gula, ovallete, tepung, baking powder dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan menggunakan high speed.
- Low speed, masuk air, yam paste dan sikit pewarna ungu.
- Pukul dengan high speed selama beberapa minit hingga adunan ringan.
- Tuang minyak dalam adunan, gaul guna senduk hingga sebati. Kaup balik.
- Sediakan loyang, gris dasarnya dan lapik dengan baking paper, bakar selama 45 minit - masak.
- Suhu 150-180 degree.
- Bila kek masak, keluarkan dari oven dan telengkupkan atas redai selama 5 minit. Untuk elakkan kek mendap.
- Terbalikkan semula dan biar sejuk sebelum letak filling @ deko.
- Potong kek kepada 2 bahagian dan letak fresh cream. Hias ikit kreativiti.
- Fresh cream dan yam paste secukupnya
-Selamat Mencuba-
* NOTA: Tepung superfine boleh didapati di kedai-kedai khas yang menjual bahan-bahan kek. Selain tu, boleh buat sendiri menggunakan tips ini. ( cth: 150g tepung gandum, kurangkan 2 sudu makan tepung gandum. Kemudian tambahkan 2 sudu makan tepung jagung + 1 sudu kecil baking powder - ayak 5x)
Harap HSB suka dengan entri ni..so, jom buat sendiri kek yam ni..memang yummy..rasa macam aiskrim keladi tau..serius..bagi yang suka makan pasti tau kesedapannya..hehe..
Tapi kalau yang nak makan tapi malas tu jom la order dengan SRC, hubungi 012-8244251 ( bbwana ) whatsapp. Tq
Tapi kalau yang nak makan tapi malas tu jom la order dengan SRC, hubungi 012-8244251 ( bbwana ) whatsapp. Tq
Sekian, wasalam.
Yam yang yummmmm! Akak tak mau buat sendiri, akak nak cuba kek Wana. Moga 1 hari ada rezeki :)
ReplyDeleteheheh..ala, kesian la kak farah..insyaallah ada rezeki 1 hari nanti akak ada peluang rasa air tangan wana..^_^
Deletemenarik..ida takde penimbang...ade anggran tak gune cawan
ReplyDeleteok buat ida yang xde penimbang pun boleh buat juga..
Delete150g tepung superfine = 1 3/4 cawan
150 g gula kastor = 1 cawan
ok dah settle kan..selamat mencuba ida ;D
boleh cuba buat ni, terima kasih kongsi resepi.. kek yam memang sedap :)
ReplyDeletesama2 dila..ya bah kan..yam cake memang sedap..nanti try buat k :)
DeleteThanks kak wana. Nak tanya ni, sponge kek tu akan sentiasa lembut ke kalau dah masuk dalam peti ais?
ReplyDeleteNanti nak cuba buat. Tapi nak try sponge kek vanilla yg akak kasi resipi tu dulu kot sbb yam paste x beli lagi. Hehe.
Saya pon selalu guna cawan sbb malas nak timbang. And siap dah print screen 1cwn = 250 ml air ke apa. XD
Kalau roti, kak wana terer buat x? Saya pernah try tapi failed. Hehe
sama2 budak.. :) Okey sponge cake yang belum di deko/salut krim boleh simpan dalam petisejuk dengan syarat balut kek dengan plastik wrapping makanan tu untuk mengekalkan kelembutan kek. Kalau kek yang dah siap deko harus simpan dalam peti sejuk supaya krim x cair.
Deleteokey kalau guna resepi vanila sponge cake pun x masalah..tapi, lagi sedap kalau ada rasa yam..cepat2 beli yam paste..hihi :)
kalau roti, akak x la terrer sangat tapi takat ni boleh la buat sosej bun, cheese bun dan mexican bun..kena try lagi buat tu budak..agaknya yis yg digunakan x aktif sebab slh step.
One more, thanks kak wana bagi ilmu baru camne nak buat kek guna tepung gandum biasa. Hee
ReplyDeletesama2 juga..kongsi ilmu pengetahuan yang akak tau sikit2 dengan kawan2 semua..kita belajar sama2 :D
DeleteAssalamualaikum. Yummy. Mcm sedap je. Favourite flavour tu. Tapi ovallete tu apa ? Budak baru belajar buat kek memang mcm ni. Haha :)
ReplyDeletewalaikumsalam..thanx nad dea..try la buat sedap tau kek ni.x pe, malu bertanya sesat jalan kan..lagi bagus bertanya.. :)
DeleteOvallete juga dikenali sebagai quick 75, sponge cake stabilizer. Berwarna kuning dan teksturnya pekat..ada jual di kedai runcit biasa/pasaraya/kedai bahan kek..
tunggu tak busy kaknoor pun nak cuba jugak ni
ReplyDeleteokey kak noor..wana tunggu ni kak noor buat..jangan lupa share nanti ya kak ^_^
Deletewahhh sdapnya kak.. teringin gak nak bt kek ni ^^
ReplyDeletetq..nanad try buat la nanti k..kek ni sedap tau.. :)
DeleteBaiknya dia share resepi kek yam...cantik2 semua kek tu dear...maju terusss
ReplyDeleteterima kasih rahel darlink..hehe..ya bah, share2 ilmu dengan kawan2 yang minat baking..:)
DeleteBoleh tengok jer la resepi ni. Ntah bila nak start buatnya. Semoga Wana terus maju yer
ReplyDeleteKalo duduk dekat hari2 g umah wana mkn kek2 yg super sedap...
ReplyDeletebagus betul share recipe. ^_^
ReplyDeletetq for sharing! kalau rajin nak cuba jugak la. bookmark dulu. hehe
Dah ada resepi..boleh copy la bb..tq
ReplyDeletenampk pict kek purple tu terus teringin mkn kek yam...saat2 menunggu jari ni bila nampak semua makanan rasa nak makan semua...huhu...
ReplyDeleteyeah, ada resepi!!! :DDDD
ReplyDeletemekasih kak Wana :)
thank Kak wana share resepi..
ReplyDeleteboleh cuba2 buat nanti :)
Keladi mmg fav..mcm sdp jeee
ReplyDeleteBelog Miss Balqis
Ayu suke aiskrim keladi.. air keladi tp xmkn keladi... cume 1st jugak tgk kek keladi.. ade ea???cm best je kak wana
ReplyDeleteok, pelik sikit disitu sebab suka makan aiskrim/air keladi tapi x makan keladi..heheh..kalau kat sabah ni byk kedai kek memang ada jual yam cake tau ayu.. :)
DeleteFresh cream tu beli ke
ReplyDeleteYa..fresh cream tu beli..ada di supermarket dan kedai khas jual bahan kek
DeleteSis. Ni guna loyang berapa inci?
ReplyDeleteLoyang 8 dan 9 inci..
DeleteSis.ni guna loyang berapa inci?
ReplyDeleteKak. Nak guna api atas ke bawah?
ReplyDeleteGuna api atas bawah
DeleteDah cuba buat..mmg sedappp...👍👍❤
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Semoga sharing yang bermanfaat ^_^
DeleteDah cuba buat..mmg sedappp...👍👍❤
ReplyDeleteYam paste tu macam mana ye?
ReplyDeleteYam paste tu macam mana ye?
ReplyDelete