ORDER: CUPCAKES CHEESE SALJI ( EDIBLE IMAGE )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Update entri tempahan dari kakak sepupu, Kak Adi untuk birthday anaknya Adib yang ke 5 tahun..so, dia nak cupcake sebab nak dibawa ke tadika..senang sikit nak bagi-bagi kawan sekelasnya..memandangkan dah sambut dengan family di rumah jadi buat yang simple saja di tadika..

Aku buat Cupcakes cheese salji ( Sponge bob edible image )

Jom layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Simple dan saiz individu

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Order/pertanyaan: 012-8244251 ( bbwana ) ~ whatsApp. Tq
Lokasi penghantaran: Sekitar Kk, Papar, Beaufort & Sipitang.

Sekian, wasalam.

Duit Br1m 2016 dah masuk???

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Mesti ramai yang nak sangat tau duit Br1m 2016 ni dah masuk atau belum kan..lagipun kalau ikut tarikh pembayaran pertama adalah pada 28hb Januari ni  kan untuk semua kategori.



Kenapa pula tiba-tiba aku cerita pasal duit Br1m ni kan..haa!! sebenarnya duit br1m aku dah masuk tadi..tak sangka juga sebenarnya..tangan gatal nak cek..tau-tau ada rezeki masuk..alhamdulillah syukur..duit ni aku dah kira-kira nak guna untuk apa..yang pastinya digunakan untuk perkara yang bermanfaat buat aku..

Korang pun cek la di akaun masing-masing..lepas ni mesin Atm pasti sesak dengan orang yang 'queue'..huhu..

Sekian, wasalam.



Tempahan Apam Polkadot & Apam Ladybird

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Masih lagi entri tempahan apam yang comel lagi berwarna-warni ni..bulan disember yang lepas memang banyak aku menerima tempahan apam terutama sekali Apam Polkadot dan Apam Ladybird ni..

Syukur atas rezekiNya...

Di tempah oleh Ms. Siti sebanyak 400pcs ( inti coklat & blueberi )..thanx banyak ya..


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

APAM POLKADOT & APAM LADYBIRD ( WITH FILLING )
HARGA: RM0.50, PCS
MIN ORDER: 100PCS

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Alhamdulillah aku mendapat 'feedback' positif  dari Kak Siti..beliau puas hati dengan semua apam tersebut..lega hati aku mendengarnya setelah bertungkus lumus cuba siapkan order dalam masa yang singkat..sampai kerja lebih masa aku tak kisah..asalkan pelanggan puas hati dengan hasil dan rasanya..apapun, jangan serik tempah dengan kami lagi ya..

Berminat? Tempahlah dengan kami di SRC. Hubungi 012-8244251 ( bbwana ) ~ whatsApp. Tq
Lokasi penghantaran: Sekitar Kk, Papar, Beaufort & Sipitang.

Sekian, wasalam.


Resepi Kaki Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni teringin sangat nak makan kaki ayam..aku memang suka sangat makan kaki ayam ni..kalau dalam family, aku jalah yang pandai makan..yang lain tak lalu nak makan..huhu..jadi, memang tiada kawan nak berebut makan pun..

Aku mula pandai makan kaki ayam ni masa kerja di sebuah pasaraya agak lama dahulu, kawan aku, Eyoh ajak makan dan rasa masakannya..mula-mula tengok macam tekak tak boleh nak terima..tapi kata orang, belum cuba belum tau..bila dah rasa memang ketagih nak makan lagi..masa tu dia masak kaki ayam masak kunyit..serius sedap gila..pantang ada masa, memang suruh dia masakkan..hehe..

Setelah berhenti kerja aku dah jarang jumpa kawan aku tu dan memang rindu kaki ayam masakannya..bila dah rasa terliur aku cuba masak sendiri..mula-mula aku cuba buat Sup kaki ayam..alhamdulillah menjadi dan  percubaan kali kedua pula masak kaki ayam masak kicap tapi hampa sebab rasa hangus sikit..isk..isk..

Ni percubaan kali ketiga masak Kaki ayam masak kicap..aku usha dari blog Kak Amie..seronok sebab kali ni menjadi..thanx banyak kak Amie.. :D

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom sama-sama tengok resepinya..

RESEPI: KAKI AYAM MASAK KICAP
SUMBER: AMIE LITTLE KITCHEN

1kg kaki ayam - buang kuku dan potong 2
2 biji kentang - kupas kulit dan potong dadu, goreng hingga masak ( aku tak bubuh )
3 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - dimayang kasar
2 sm cuka
1/2 sm garam
1 batang serai - dititik ( aku tak bubuh )
2 cm halia - diketuk
2 liter air
1/2 cwn kicap manis cap kipas udang
2 sk lada putih ( tak bubuh )

CARANYA:
  1. Gaul kaki ayam dengan garam, cuka, halia dan serai. Perap sebentar.
  2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Bila minyak betl-betul panas, masukkan kaki ayam dan tutup kuali dengan tudung periuk. ( untuk elakkan terkena percikan minyak ).
  3. Apabila kaki ayam sudah garing, angkat kaki ayam dan rendam dengan air sejuk selama 2 jam. Toskan.
  4. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
  5. Masukkan kaki ayam. Gaul sebati dan tambah kicap manis serta sedikit air masak. Biarkan selama 7-10 minit hingga kuah memekat. Matikan api.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
-Selamat mencuba -

*NOTA:  Aku hanya rendam kaki ayam selama 1 1/2 jam saja sebab tak sabar nak makan. Jadi tulangnya tak berapa nak terlerai macam kak amie buat..tapi hasilnya tetap menjadi dan kaki ayam masak sepenuhnya.
( Aku hanya masak separuh saja dari resepi sebab aku makan sorang ).

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
kaki ayam yang digoreng hingga garing

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
proses merendam kaki ayam dengan air sejuk.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Inilah hasilnya..

Jangan tak tau, kaki ayam mempunyai banyak khasiat tau..salah satunya adalah sumber kolagen dan jadikan kita yang memakannya awet muda..hehe..jadi, jom makan kaki ayam.. ;p

Okeylah, sampai sini saja..jumpa lagi..bye..

Sekian, wasalam.

Tempahan Apam Isabella

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri tempahan hujung tahun lepas..ditempah oleh Kak Ana, merupakan regular customer Sweet red cherry..masuk ni beliau dah tempah untuk kali ke-4..senang berurusan dengan beliau..terima kasih kak..

Layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

APAM ISABELLA
HARGA: RM0.40, PCS
SAIZ: SMALL
 
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Apam ni lembut dan wangi..sangat sesuai dihidangkan untuk sebarang majlis atau makan sendiri..

Pertanyaan/tempahan: Hubungi 012-8244251 ( bbwana ) ~ whatsApp. Tq
Delivery service: Sekitar Kk, Papar, Beaufort & Sipitang.

Sekian, wasalam.


GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Yeay!! Join GA lagi dan support rakan blogger..dapat tambah kenalan dan naikkan trafik blog..so, jom kawan-kawan pun join sama..syarat mudah tau..

END: 23 January 2016

KLIK BANNER UNTUK JOIN
 http://mezquitalifestyle.blogspot.my/2016/01/giveaway-january-2016-by.html


 Saranan untuk tambah baik blog Mezquitalifestyle:

* kalau boleh bahagian komen tu ditukar kepada komen biasa sebab kadang-kadang guna komen google account lambat nak loading. Tq


 







Padang Besar, Perlis..Aku datang!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Okey ni adalah sambungan entri Jejak kaki di Perlis..ramai kawan blogger tanya sampai Padang besar tak? Jawapannya, haruslah sampai..hihi..^_^

Padang Besar, Perlis adalah salah satu tempat menarik yang aku nak sangat kunjungi..sebab rata-rata selepas aku 'google' tentang tempat menarik di Perlis adalah Padang Besar ni..

Yang buat aku teruja sangat tu sebab disinilah tempatnya 'syurga beli belah' bagi si kaki shopping..apatah lagi barangan yang dijual sangat murah, bebas cukai dan boleh tawar menawar...wow!!! Serius rambang mata aku bila sampai sana..rasa nak beli ja semua benda yang aku suka..ish..ish..

Kami pergi bersama rombongan ibubapa guru team Sipitang..

Akhirnya..aku sampai juga di sini..happy!!!!! Entri ni banyak gambar ya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Bila dah sampai sini..haruslah abadikan gambar berlatar belakang 'sign padang besar' kan..kenangan tu..


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Bersama keluarga tersayang..my dad, mama, putri dan si jaguh waie..
Bila ketua rombongan bagitau nak bawa kami ke Padang besar, masing-masing teruja dan tak sabar nak sampai sana..alhamdulillah tercapai hajat..

Dan misi penjelajahan Padang besar pun bermula..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Masa ni baru turun dari bas..masing-masing dah tak sabar!! Tempat ni sangat luas dan banyak produk yang dijual..dari makanan/minuman, pakaian, beg, aksesori wanita, barang mainan dan macam-macam lagi la..pokoknya siapa yang sampai Perlis kena pergi tempat ni..kalau tak rugi oo.. 

Mata dah rambang dah ni..ni baru sampai kedai yang di luar tu..belum lagi masuk arked!! Hadoiii..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ni misi mencari tomyam paste nak bawa balik Sabah sebagai ole-ole pada saudara mara..tomyam paste original thailand..fuh, dah try..pedas dan berasap telinga!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot,com
Ni gerai yang ada di luar arked..kena tahan panas sikit la..tapi apa yang menarik adalah harga yang ditawarkan di  sini adalah jauh lebih murah dari dalam arked..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ini adalah salah satu tempat yang kami agak lama berhenti..terdapat aneka kerepek, buah-buahan kering, manisan, biskut yang jarang ada atau pun mahal di tempat lain..tapi di sini kami dapat harga yang sangat murah..bayangkan kami dapat beli 5 pek hanya rm10. Kalau di dalam arked, beli 3 pek rm10..jauh beza kan..apalagi misi memborong pun bermula..hihi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
wajah teruja..;p

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ini baragan yang dijual dalam arked..tersangat la banyak pilihan barangan..kalau bijak tawar menawar boleh dapat harga murah juga walaupun harganya memang dah murah berbanding di pasaran lain..banyak pelancong datang ke sini..sepanjang di perlis, 2 kali kami ke padang besar tapi tak habis round pun..huhu sedih..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Bergambar di luar..banyak jual belon..kanak-kanak pasti suka..apalagi putri dan waie pun tidak ketinggalan membeli seorang satu belon..tapi belon tu tak bawa balik sabah..tinggalkan kat homestay...

Hasil belian..salah satunya adalah kukusan..murah giler!! :D
Masing-masing sudah penat dan kalau ikutkan hati tak nak balik homestay..tapi, kesian kat ibubapa yang bawa anak-anak kecil tu..tak pa, insyallah panjang umur dan ada rezeki padang besar akan aku kunjungi lagi..

Entri seterusnya akan menyusul..episod jalan-jalan cari makan Perlis..

Entri sebelumnya di sini>> Jejak kaki bandar diraja Arau, Perlis<<

Terima kasih kerana membaca entri ini..jumpa lagi..sekian, wasalam.




Tempahan Apam Coklat & Apam Polkadot

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rezeki tempahan apam pada bulan disember yang lepas..menerima tempahan Apam Coklat, 50pcs dan Apam Polkadot, 100pcs dari Ms. CT..terima kasih atas tempahan ini..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

APAM COKLAT: RM0.45, PCS
APAM POLKADOT: RM0.50, PCS ( WITH FILLING ) ~ FILLING COKLAT & BLUEBERI

Layan gambar apam..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Syukur alhamdulillah..aku menerima 'feedback' positif dari Ms. CT kerana beliau sangat berpuas hati dengan  apam yang aku buat..dan beliau sempat promosi pada kawan-kawannya juga..terima kasih banyak ya dan jangan serik untuk menempah produk Sweet red cherry..

Pertanyaan/tempahan: 012-8244251 ( bbwana ) ~ whatsApp.

Delivery service: Kawasan KK, Papar, Beaufort & Sipitang..tq


Sekian, wasalam.

Shawls Giveaway by Lollipop Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

GA petama yang aku join untuk tahun 2016 ni..mana tau ada rezeki menang kan..

Jom join dan support GA rakan blogger kita ni, Lollipop Manis..syarat mudah ja pun..

END: 16 JANUARI 2016, 12AM

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://manislolipop47.blogspot.my/2016/01/shawls-giveaway-by-lollipop-manis.html

RESEPI MUFIN COKLAT CIP MUDAH ( EGGLESS )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku ingin kongsikan satu resepi mufin yang mudah. Tak perlu mixer..hanya gaul guna 'handwhisk'..sangat mudah disediakan bagi yang baru berjinak-jinak dalam dunia 'baking'..

Jom buat Mufin coklat cip mudah tanpa telur ( eggless )..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RESEPI: MUFIN COKLAT CIP MUDAH ( EGGLESS)
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN KERING:
3/4 cwn gula perang
1 1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 cwn serbuk koko

BAHAN BASAH:
1 cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak masak
1 cwn air panas
1 sk esen vanila
Coklat cip secukupnya
Badam cincang-jika suka

CARANYA:
- Campur semua bahan kering dalam satu bekas dan gaul.
- Tuang bahan basah ke dalam bahan kering kemudian gaul memggunakan handwhisk hingga adunan sebati.
- Masuk coklat cip dan gaul.
- Tuang 3/4 adunan dalam papercup. 
- Tabur coklat cip dan badam cincang.
- Bakar suhu 180'c selama 15minit - masak.

- Selamat mencuba -


Boleh rujuk step di atas ni ya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Hasil yang telah masak..teksturnya sangat 'moist' dan rasa coklat yang berganda..nyum-nyum..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okeylah, sampai sini saja entri aku..insyaallah jumpa di lain masa..daaa..

Sekian, wasalam.


JEJAK KAKI BANDAR DIRAJA ARAU, PERLIS ( PART 1 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, pada bulan november yang lalu akhirnya aku menjejakkan kaki ke perlis bersama keluarga bagi menyaksikan Hari Potensi Tadika Kemas 2015 peringkat kebangsaan yang diadakan di sana.

Masing-masing bersemangat untuk bagi sokongan pada anak buahku, Waie wazien kebangaan kami sekeluarga dimana team mereka johan dan terpilih mewakili Sabah bagi acara Sprint Hurdle( lari berganti berhalangan ). Berterima kasih pada waie kerana dia kami jejak kaki di bumi perlis ni..

Seronok dan teruja sangat sebab ini kali pertama aku ke perlis. Kalau KL dah berapa kali aku sampai termasuk Melaka dan Pahang..

Jom layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Gembira bila dapat sampai sini dan sangat teruja bila tau arau adalah bandar diraja dimana bandar ini juga terdapat istana cuma dapat snap dari jauh..huhu..sedih..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Beberapa tempat di atas ni hampir setiap hari kami lintasi..

Berada seminggu di Arau..tapi hanya beberapa tempat menarik saja yang sempat kami pergi kerana jadual yang agak padat..


Antara pemandangan sawah padi yang nampak hijau..segar mata memandang..


C Mart antara kompleks beli belah yang sering kami kunjungi semasa di sana kerana lokasinya yang berhampiran dengan tempat penginapan kami. 

My mum & dad, putri & Sis liza
Gambar kenangan di KLIA Airport..dari KKIA kemudian transit di KLIA, selepas tu dari KKIA fly pula ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah. Kemudian menaiki bas ke Arau, Perlis..letih tapi seronok!!!

Kitorang bertiga ni terasing dari grop rombongan ibubapa pelajar dan guru dari team Sprint hurdle Sipitang, Sabah sebab tiket kitorang dibeli last minute..huhu..

Oleh kerana flight kami berbeza dengan grop rombongan dimana dari Kk kami menaiki AirAsia manakala rombongan menaiki MAS..so, kami sampai di KLIA 2 perlu ke KLIA pula kerana flight ke Kedah kami semua menaiki MAS..cemas pada mulanya sebab tak tau cara ke KLIA. 

Last-last kami naik teksi ke KLIA..alhamdulillah sampai dengan selamat dan cepat. Alamak rupanya dekat dan boleh naik train yang tambangnya jauh lebih murah..aduyaiii!! Uncle yang bawa teksi tu sempat bagi tips macamana nak naik train di lain masa..tq banyak uncle..

Zara Homestay adalah tempat penginapan kami selama seminggu..semuanya diurus oleh ketua rombongan iaitu Tuan Kennedy seorang anggota polis yang sedang berkhimat di Sipitang,Sabah dan anaknya juga team Sprint hurdle dan beliau berasal dari Perlis. Syukur semuanya jadi lebih mudah..

Gambaran Zara Homestay..selesa, besar dan murah. 

Ruang sangat luas, ada tv, boleh masak, cuci kain dan aircon..best!!!

Entri selanjutnya akan menyusul kemudian..episod Hari potensi kebangsaan tabika kemas 2015 di UiTM, Arau , jalan-jalan cari makan dan tempat menarik yang sempat kami kunjungi di Perlis. Tunggu!!

Sekian, wasalam.










Order Biskut Krismas 2015, Terima kasih!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..rezeki..bulan disember yang lalu aku terima tempahan biskut krismas..agak sibuk aku menyiapkan pelbagai jenis order..penat tapi seronok..

Thanx pada pembantu kecilku, putri yang rajin tolong aku buat biskut..besar nanti tambah senang la kerja 'ucu bb'..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Antara biskut yang ditempah adalah Biskut Semperit Susu, Biskut Cerelec, Biskut Bebola Crystal, Biskut Bebola Sultana, Biskut Snow Almond, Biskut Almond London dan Tat Nanas Cheese.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Terima kasih buat semua yang menempah dengan aku terutamanya buat Kak Jothy kerana membantu promo biskut aku pada kawan-kawannya..labiu kak!!!

Pertanyaan: 012-8244251(bbwana)~whatsApp. Tq

Sekian, wasalam.








REZEKI CPUV NUFFNANG DI TAHUN 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..masih lagi kita diberikan peluang untuk melangkah ke tahun baru 2016. Syukur..semoga saja tahun ni akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya..semoga tahun ni kita dilimpahkan kebahagiaan, rezeki dan rahmat dari Allah s.w.t..Amin..

Untuk awal tahun ni rezeki berderet dari Mr. Nuffnang..10 CPUV 'on going', alhamdulillah..minta kalian ringan tangan klik nuff wana ya..tq ^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Insyaallah, kita berjumpa dalam entri yang lain..labiu kawan-kawan..

p/s: masih sibuk buat tempahan..

Sekian, wasalam.