Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah, pada bulan november yang lalu akhirnya aku menjejakkan kaki ke perlis bersama keluarga bagi menyaksikan Hari Potensi Tadika Kemas 2015 peringkat kebangsaan yang diadakan di sana.
Masing-masing bersemangat untuk bagi sokongan pada anak buahku, Waie wazien kebangaan kami sekeluarga dimana team mereka johan dan terpilih mewakili Sabah bagi acara Sprint Hurdle( lari berganti berhalangan ). Berterima kasih pada waie kerana dia kami jejak kaki di bumi perlis ni..
Seronok dan teruja sangat sebab ini kali pertama aku ke perlis. Kalau KL dah berapa kali aku sampai termasuk Melaka dan Pahang..
Jom layan gambar..
Gembira bila dapat sampai sini dan sangat teruja bila tau arau adalah bandar diraja dimana bandar ini juga terdapat istana cuma dapat snap dari jauh..huhu..sedih..
|
Beberapa tempat di atas ni hampir setiap hari kami lintasi.. |
Berada seminggu di Arau..tapi hanya beberapa tempat menarik saja yang sempat kami pergi kerana jadual yang agak padat..
Antara pemandangan sawah padi yang nampak hijau..segar mata memandang..
C Mart antara kompleks beli belah yang sering kami kunjungi semasa di sana kerana lokasinya yang berhampiran dengan tempat penginapan kami.
|
My mum & dad, putri & Sis liza |
Gambar kenangan di KLIA Airport..dari KKIA kemudian transit di KLIA, selepas tu dari KKIA fly pula ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah. Kemudian menaiki bas ke Arau, Perlis..letih tapi seronok!!!
Kitorang bertiga ni terasing dari grop rombongan ibubapa pelajar dan guru dari team Sprint hurdle Sipitang, Sabah sebab tiket kitorang dibeli last minute..huhu..
Oleh kerana flight kami berbeza dengan grop rombongan dimana dari Kk kami menaiki AirAsia manakala rombongan menaiki MAS..so, kami sampai di KLIA 2 perlu ke KLIA pula kerana flight ke Kedah kami semua menaiki MAS..cemas pada mulanya sebab tak tau cara ke KLIA.
Last-last kami naik teksi ke KLIA..alhamdulillah sampai dengan selamat dan cepat. Alamak rupanya dekat dan boleh naik train yang tambangnya jauh lebih murah..aduyaiii!! Uncle yang bawa teksi tu sempat bagi tips macamana nak naik train di lain masa..tq banyak uncle..
Zara Homestay adalah tempat penginapan kami selama seminggu..semuanya diurus oleh ketua rombongan iaitu Tuan Kennedy seorang anggota polis yang sedang berkhimat di Sipitang,Sabah dan anaknya juga team Sprint hurdle dan beliau berasal dari Perlis. Syukur semuanya jadi lebih mudah..
Gambaran Zara Homestay..selesa, besar dan murah.
Ruang sangat luas, ada tv, boleh masak, cuci kain dan aircon..best!!!
Entri selanjutnya akan menyusul kemudian..episod Hari potensi kebangsaan tabika kemas 2015 di UiTM, Arau , jalan-jalan cari makan dan tempat menarik yang sempat kami kunjungi di Perlis. Tunggu!!
Sekian, wasalam.