Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Baru-baru ni aku beli sotong sebab rasa teringin dah lama tak makan..jadi, aku masak simple saja mengikut bahan yang ada dirumah..maka terhasilah Sotong masak kicap..walaupun simple tapi buat selera makan bertambah sampai tambah nasi lagi..hehe..
Untuk resepinya, sila semak di bawah ni ya..
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
3 ekor sotong saiz sederhana besar ( buang kulit, cuci dan potong bulat-bulat ).
1 biji bawang besar }
2 ulas bawang putih }hiris
1 inci halia }
1 biji cili merah }
1 biji tomato - belah 6
3 sb kicap manis
1 sk sos tiram
Garam secukup rasa
CARA:
- Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga layu dan naik bau.
- Masukkan sotong dan kacau.
- Masukkan kicap, sos tiram dan garam. Masukkan tomato.
- Tambah sedikit air. Biar seketika. Tutup api.
- Sedia dihidangkan.
Okeylah, samapi sini saja entri aku pada hari ni..jumpa di lain masa pula ya..
SELAMAT TAHUN BARU CINA & SELAMAT BERCUTI
GONG XI FA CHAI!!! ^_^
Sekian, wasalam.
uishh sedappnya..
ReplyDeleteLya pun da lma x bli sotong...ari tu je time musim sotong belambak murah kn
ReplyDeletesotong mmg fav ni wana nk buatlah simple dan sdpp
ReplyDeletelama tak buat sotong masak kicap ni.. :))
ReplyDeletesedapnye wana, anak2 akk sangat suka sebab masakan ni tak pedas.
ReplyDeleteTerliur tengok nyumnyum
ReplyDeleteSedapnyaa akk. Hahahaa. Tetiba teringat sotong celup tepung plak. Lol. Huhuπ_π
ReplyDelete