Happy Belated Birthday to Me, Putri dan Happy Birthday to Waie..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai..selamat pagi semuanya..mau ucap terima kasih kepada yang telah sudi memberikan komen di dalam blog ni..komen2 anda amat kami hargai dan perlukan..

Okey la tanpa membuang masa, ni aku mau cerita tentang sambutan ulangtahun aku dan 2 orang anak buah kesayangan aku iaitu Putri & Waie dimana kami menyambut hari lahir pada bulan yang sama cuma tarikhnya saja yang berlainan..Putri, 11/04 umurnya masuk 6th, aku ( Bbwana ), 18/04 dan Waie, 26/04 umurnya masuk 4th..so, kami membuat keputusan untuk menyambut birthday kami tu secara serentak yang telah diadakan pada 20 April 2013 ( sabtu ) bersamaan dengan hari penamaan calon..memandangkan ahli keluarga terlibat bertugas dalam acara penamaan calon bagi Daerah Sipitang pada sebelah pagi..maka kami buat sambutan ulangtahun ni pada sebelah petangnya..memang meriah dan happenning sambutan ni walaupun hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja..tapi bila bekumpul ramai2 ni suasana jadi riuh-rendah..apalagi bila semua anak2 buah yang lain berkumpul bersama..gamat jadinya!

Untuk kek aku buat 2 biji kek iaitu Kek Tiramisu untuk aku ( atas permintaan ramai ) & Kek Rainbow untuk Putri & Waie..selain tu aku juga buat pop cake, memang khas untuk budak2..tapi yang bukan berapa nak budak tu pun boleh makan juga..hehe..di sini mau ucap tqvm pada cousin ( Kak Adi ) kerana telah sponsor choco lolly..lain kali boleh la sponsor lagi yek..hihi..Untuk semua hidangan pula, mama yang bertungkus lumus masak semua hidangan pada hari tersebut iaitu Soto, Mi goreng, Ayam goreng, sosej, nuget dan sirap..thanx mama..aku tau mama penat sebab 2 hari berturut-turut kami ada katering dan beliau sangat sibuk hinggakan tidak cukup rehat..

Jom kita lihat gambar-gambar pula..
KEK TIRAMISU, 1KG ( RM45 )
Alhamdulillah memang ramai yang cakap kek ni sedap sampaikan ada yang mintak potong lagi..pastu siap tapau ( bawa balik ) lagi..hihi..

KEK RAINBOW, 1.4KG ( RM70 )

Rainbow kek ni budak2 yang paling suka makan.mungkin kerana rasa cream cheese dan fresh cream tu bergabung serta kek yang colorful..







CAKE POP

CHOCO LOLLY EDIBLE IMAGE, RM 1.50 ( EACH )




 Happy birthday to Me, Putri & Waie..
Semoga menjadi lebih baik dari yang kemarin, tetap berusaha memajukan diri dalam apa jua bidang, panjang umur, dilimpahkan rezeki yang murah,dapat capai apa yang diimpikan dan dilindungi olehNYA. To Putri & Waie, semoga menjadi anak yang baik dan pintar, hormat orang tua, jadi anak yang soleh & solehah dan  berjaya dalam hidup.Amin..


 Tengok la tu bukan main hepi lagi Putri & Waie tengok kek di kelilingi oleh sepupu2 nya sambil nyanyi lagu hepi bday..
 









Ni antara beberapa gambar yang sempat dirakamkan..ucapan terima kasih pada seluruh kaum keluarga yang telah memeriahkan majlis kami ini..tqvm..










Baiklah semua, thanx kerana membaca entri ni sehingga habis ya..bagi yang mau tau tentang resepi kek akan aku kongsikan di entri akan datang..bye..jumpa lagi..-wasalam-

No comments:

Post a Comment