KEK KISMIS GUGEL

SALAM SEJAHTERA..

Hai, salam manis dan salam ceria diucapkan pada semua pengunjung SRC..pagi ni sungguh cerah diceriakan lagi dengan kicauan burung..erm, aman sekali rasanya..tumbuhan yang menghijau sekeliling rumah menyamankan mata memandang..bersyukur sekali kerana masih berpeluang merasai semua ni..

Okey, untuk pagi ni aku mau kongsikan satu entri mengenai kek yang telah aku buat pada minggu lepas iaitu Kek Kismis Gugel..kek ni aku dapat resepinya dari buku resepi yang berjudul dari dapur VARIANITA menghidangkan KEK AIDILFITRI yang dihasilkan oleh Fauziah Binti Kidam dan diterbitkan oleh Yurni Mustafa. Resepinya sangat mudah dan keknya pun sedap..kek ni teksturnya lembut ja..masam manis kismis tu terasa..

KEK KISMIS GUGEL, RM 20 ( 1 BAR )

Untuk resepi kek ni jom kita semak di bawah ni..

RESEPI: KEK KISMIS GUGEL
SUMBER: FAUZIAH BT KIDAM ( KEK AIDILFITRI- VARIANITA- )
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
175 g marjerin/mentega
175 g gula halus
3 biji telur
2 sb susu pekat
175 g tepung gandum
1 sk baking powder
150g kismis
gula aising ( hiasan, jika perlu )

CARA MEMBUATNYA:
- Marjerin dipukul dengan gula halus sehingga kembang dan ringan.
- Masukkan telur sebiji-sebiji hingga habis diikuti dengan susu pekat. Ia dipukul kuat.
- Tepung diayak dengan baking powder.
- Masukkan tepung bersama baking powder ke dalam adunan marjerin.
- Akhir sekali gaulkan kismis, bersama-sama dengan menggunakan senduk kayu.
- Tuang ke dalam acuan bakar. Bakar hingga masak. ( 175 degree, 35minit )
- Setelah sejuk diayak gula aising diatasnya. ( aku tidak buat )

- Selamat Mencuba -


Haa, senang ja kan buat kek ni..tapi kalau ada yang mau order tu kami dengan senang hati menerimanya..hehe..so, untuk tempahan mahupun pertanyaan mengenai sebarang produk kami..sila email atau kol ke talian kami yang tertera di atas ini ya..tq dan jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment