ASSALAMUALAIKUM W.B.T..
Selamat malam. dan selamat bersua lagi kita pada hari ini..petang tadi di sini hujan lebat betul..syukur alhamdulillah memang menantikan hujan sebab semenjak dua menjak ni cuaca memang panas sangat..tidur malam pun berbahang rasanya..so, lepas hujan ni suhu pun terasa la sejuk sikit..
Berbalik pada entri malam ni aku mau siarkan gambar kek birthday yang aku buat tempohari untuk kakak tersayang aku, Ms Lizawaty..satu-satunya kakak dalam adik-beradik aku..memandangkan kakak tidak request apa kek yang dia mau so aku pun buatkan la Tiramisu Kek ni..sebenarnya kakak adalah peminat tegar cheese cake tapi untuk kelainan pula tahun ni aku buatkan tiramisu pula sebab masih juga ada rasa cheese dalam kek ni kan..hehe..alhamdulillah kakak suka sangat dengan rasa kek yang aku buat ni sebab katanya tidak terlalu manis..just nice..di sini mau wish " Happy Belated Birthday to my beloved sister, Lizawaty.. moga panjang umur, dimurahkan rezeki, hepi dan sihat selalu..WE LOVE U SIS.."
TIRAMISU KEK, HARGA RM 48 (1.2KG ) |
Kami menyambut birhday kakak pun sudah lambat kerana pada hari sepatutnya kami semua mempunyai aktiviti masing2 yang tidak dapat dielakkan..hari lahirnya adalah pada 12 Mac tapi kami celebrate pada 25 Mac yang lalu..sambut ala kadar ja di rumah..
Ni la my sis dan yang interframe ni anak buah aku, waie..
Untuk tiramisu ni aku sapukan dengan filling cream cheese sebagai layer dan sapukan fresh cream untuk menutup keseluruhan kek..untuk kek pula aku buat kek span coklat..lagi satu, aku tidak bubuh yogurt seperti dalam resepi sebab lupa beli apapun rasa kek ni tetap marvellous..jujur aku bagitau bahawasanya ni adalah pertama kali rasa tiramisu kek ni dan ni adalah first trial aku buat kek ni alhamdulillah menjadi dan disukai ramai..kalau ada yang teringin mau mencuba kek ni, di bawah ni aku sertakan resepinya..jom semak..
RESEPI: TIRAMISU KEK
BAHAN:
1 biji kek span kopi/coklat
ISIAN KEJU:
250g cream cheese
120g gula kastor
150g yogurt asli
200ml krim putar ( diary whip cream )
20g gelatin halal
80ml air
BAHAN SIRAP KOPI:
1sm kopi segera
3sb gula
1/4 cwn air panas
HIASAN:
koko/milo
CARA:
- Belah kek kepada 2 lapisan. Buang bahagian atas
- Krim putar pukul kembang. Simpan dalam peti sejuk
- Krim keju potong kecil. Masuk gula dan pukul kembang dan pekat ( 5 min ). Masuk yogurt dan krim putar
- Gelatin dan air dicampur dan panaskan atas api kecil hingga jernih. Sejukkan.
- Campur gelatin cair dalam adunan keju. Kacau dan simpan dalam petisejuk 1 min.
- Ambil selapis kek dan renjis sirap kopi
- Tuang 1/2 adunan krim. Ratakan. Ulangi. Tabur koko di atas.
- Sejukkan selama 5 jam
* NOTA:
- Untuk mencairkan gelatin aku menggunakan kaedah/tips yang diberikan oleh Kak Ita, blogger Masam Manis..caranya adalah:
- Letak air dalam mangkuk kecil. Air biasa pun boleh.
- Tuang gelatin perlahan atas air. Biar gelatin kembang anggaran 10 min. Pastikan kembang semuanya.
- Rupa gelatin setelah kembang sedikit berbiji-biji dan tekstur seperti jelly.
- Gelatin yang telah kembang diletak dalam bekas guna kaedah double-boiler.
- Panaskan air sehingga mendidih.
- Kacau gelatin hingga mencair.
- Biar suam baru campur dengan krim putar.
- SELAMAT MENCUBA -
Okey la..kalau malas mau buat kek ni tapi teringin makan..order ja la dengan kami ya..kol tau email terus ke talian kami yang tertera di atas ni..tq
wah. macam simple je ;)
ReplyDeleteHaha..nanti naddya try buat tau..:)
Deletebestnyeee. best waktu makan. nak buat tak best sebab malas, haha teruk betul
ReplyDelete