Showing posts with label Cerita-ceriti. Show all posts
Showing posts with label Cerita-ceriti. Show all posts

Top Keywords: Semua tentang Coklat & Cheese Leleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, semua..jom tengok apa keywords yang popular di Sweet Red Cherry minggu ni..ehem!!!

Nampaknya banyak yang google tentang apam coklat, resepi coklat ganache, kek coklat cheese leleh dan Red velvet cheese leleh..thanx banyak..semoga apa yang aku kongsikan di sini sangat bermanfaat buat kalian semua ya..

Sekian, wasalam.



WAIE & HARI POTENSI TABIKA KEMAS KEBANGSAAN PERLIS (PT 2: PENUTUPAN )

Assalamualaikum  dan salam sejahtera..

Entri sambungan..

ACARA PENUTUPAN HARI POTENSI TABIKA KEMAS KEBANGSAAN, UITM ARAU PERLIS.

Okey..akhirnya acara pada malam tu berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya hujan turun dengan lebat sekali sebelah petang sebaik saja acara sukan selesai..nasib baik hujan teduh..kerana acara penutupan dibuat di Stadium Uitm Perlis..tempat duduk terbuka tu..kalau hujan gerenti basah..huhu..

Team Waie & the gang, acara sprint hurdle merangkap wakil sabah berjaya mendapat  Top 4 dari  12 kontinjen yang ambil bahagian..agak sukar juga di pusingan akhir kerana saingan yang sangat sengit dan juara Sprint hurdle 2015 adalah milik Selangor..tahniah!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
We proud of you,Waie..

Walaupun tidak menjadi juara tapi tidak kecewa sangat sebab waie& kawan-kawan sudah buat yang terbaik..
Bergambar kenangan pada malam penutupan..Waie & kawan-kawan..tahniah semua!!

Meriah sangat!! Kontinjen sabah mengenakan baju biru
Majlis penutupan di rasmikan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis..
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis bertempat di Stadium UiTM Arau, Perlis

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Majlis Perasmian Penutupan Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis bertempat di Stadium UiTM Arau, Perlis.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Majlis Perasmian Penutupan Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis bertempat di Stadium UiTM Arau, Perlis.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Upacara dimeriahkan dengan perlawanan bolasepak..comel-comel sungguh anak-anak ni..

Juara untuk keseluruhan acara juga adalah milik kontinjen Selangor..buat kontinjen Sabah jangan putus asa, teruskan semangat dan moga tahun hadapan Sipitang hantar wakil Sabah lagi..waie dah tak boleh ikut sebab dah darjah 1..huuuu.. ;D


Fireworks..colorful!!!
Entri akan bersambung Lawatan Waie & tha gang ke Penang Hill & JJCM Perlis..tunggu..

Jom baca:

Sekian, wasalam.

WAIE & HARI POTENSI TABIKA KEMAS PERINGKAT KEBANGSAAN ARAU, PERLIS ( PT 1 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri sambungan..ambik masa lama nak 'continue'..huhu..

NOTES: Entri mengandungi banyak gambar..harap 'bertabah' ya.. :D

HARI POTENSI TABIKA KEMAS 2015 PERINGKAT KEBANGSAAN UITM ARAU, PERLIS

Kali ni dimulakan dengan perjalanan Waie & rakan-rakannya serta cikgu pegiring  bersama team Sabah yang lain dimana masing-masing menjadi johan dan mewakili acara tertentu yang dipertandingkan di UiTM, Arau Perlis..semua tiket penerbangan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah..

Oleh kerana Waie lain pesawat dan bersama team Sabah yang lain maka kami memberi sepenuhnya tanggungjawab dan kepercayaan kepada guru pengiring untuk menjaga dia..risau juga sebab ini merupakan pengalaman pertama Waie naik kapal terbang..

 Masa ni di KKIA 2, Tg. Aru..team Sabah berkumpul di airport sebelah petang..dijangka sampai ke Airport Sultan Abdul Halim pada sebelah malam..kemudian bertolak ke Arau menaiki bas sewa. 
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Kehadiran anak-anak ni menarik perhatian di airport..dengan pakaian seragam yang ditaja oleh AirAsia Kk nampak comel sangat dorang sampai banyak orang ambik gambar..
Tapi sebelum tu, waie memang sangat teruja nak naik kapal..mama dan my dad orang yang sangat risaukan cucu kesayangannya tu..maklumlah, budak 6 tahun naik pesawat bersama orang lain..mestilah risau kan..

Yang pakai 'cap' tu waie..senang ja cam dia walaupun ramai dengan kawan-kawan yang lain..hehe..muka teruja sangat tu!! ^_^
Semua team yang mewakili negeri masing-masing tinggal di asrama UiTM Arau..dijaga oleh guru pengiring masing-masing
'Dorm' waie & the gang di aras 2..yang ada jemur baju  di tingkap tu.. :)
Ni gambar kami sekeluarga masa melawat waie di asrama..hari ni acara bebas jadi dibenarkan keluar bawa anak masing-masing jalan-jalan..
Harus melalui 'security guard' ni..

Layan pemandangan sekitar kampus UiTM Arau yang cantik menghijau..

Dan acara pun bermula!!!
Siap pakai 'headband' SABAH BAH!!!
Team Waie untuk acara Sprint Hurdle ( lari berganti berhalangan ) bersiap sedia menunggu giliran untuk bertanding..
Interframe okey..huhu..panas terik cuaca masa tu..berasap juga rasa..hee
Sebanyak 12 buah negeri bertanding untuk acara sprint hurdle ni..semuanya hebat-hebat belaka..walaupun cilik-cilik tapi semuanya pun pantas berlari..riuh rendah suasana penyokong lihat acara ni..seronok!!!

Yang lebih membanggakan adalah team Sabah acara sprint hurdle berjaya melepasi saringan kelayakan kepusingan Akhir. Hanya 6 buah negeri saja yang dipilih dari 12 buah negeri..memang saingan hebat-hebat belaka!!

Hampir habis suara serak menyokong...
Setelah selesai acara..waie tak mau berenggang dengan 'kembar siamnya'..atok tersayang..siap minta dukung lagi..manja betul..layankan ja..
Selesai ja acara hujan turun dengan lebat..hujan rahmat.

Layan gadget masing-masing..waie dan kawan-kawan..waie tak pernah berenggang dengan kawannya, Balqis..ewahh!!
Acara penutupan dibuat pada sebelah malam..dan nak tau keputusan team waie & the gang..baca episod seterusnya ya..

Bersambung..

JEMPUT BACA:

Sekian, wasalam.





Tahun Baru Cina, Limau Mandarin & Ang pow!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aktiviti beraya tadi pagi..

Kami sekelurga beraya ke rumah jiran berbangsa cina yang tinggal belakang rumah..satu-satunya jiran berbangsa cina yang sangat baik dan selalu bagi hamper tiap kali menjelang hari raya puasa..memandangkan petang ada aktiviti keluarga maka kami beraya pada sebelah pagi..

Jom layan gambar..

Bestnya dapat makan limau mandarin dan dapat angpow pula tu..yeayyy!!! ;p

Meriah sangat dengan anak-anak buah aku..kebetulan sepupu datang rumah jadi ajak dia sekali pergi beraya cina.. ^_^
Seronok tau!!

Antara hidangan yang disajikan pada kami..keropok dan makanan panjang-panjang tu yang laku..namanya aku lupa pula tapi rasa ikan ..balang asyik betukar tangan..hehe..buah plum dalam bungkusan tu pun sedap..

Anah-anak buah sempat posing di taman mini rumah tauke cina..hehe..yang penting background ada 'dragon'..muahaha..

 Hasil beraya tadi..sempat tapau!!wink2!!

KEK COKLAT MOIST
Kek coklat moist ni pula buah tangan kami untuk tauke cina tu..nampak happy ja terima buah tangan ni..alhamdulillah..

Okeylah, sampai sini saja entri kali ni..jumpa lagi..

Sekian, wasalam.








Duit Br1m 2016 dah masuk???

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Mesti ramai yang nak sangat tau duit Br1m 2016 ni dah masuk atau belum kan..lagipun kalau ikut tarikh pembayaran pertama adalah pada 28hb Januari ni  kan untuk semua kategori.



Kenapa pula tiba-tiba aku cerita pasal duit Br1m ni kan..haa!! sebenarnya duit br1m aku dah masuk tadi..tak sangka juga sebenarnya..tangan gatal nak cek..tau-tau ada rezeki masuk..alhamdulillah syukur..duit ni aku dah kira-kira nak guna untuk apa..yang pastinya digunakan untuk perkara yang bermanfaat buat aku..

Korang pun cek la di akaun masing-masing..lepas ni mesin Atm pasti sesak dengan orang yang 'queue'..huhu..

Sekian, wasalam.



Padang Besar, Perlis..Aku datang!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Okey ni adalah sambungan entri Jejak kaki di Perlis..ramai kawan blogger tanya sampai Padang besar tak? Jawapannya, haruslah sampai..hihi..^_^

Padang Besar, Perlis adalah salah satu tempat menarik yang aku nak sangat kunjungi..sebab rata-rata selepas aku 'google' tentang tempat menarik di Perlis adalah Padang Besar ni..

Yang buat aku teruja sangat tu sebab disinilah tempatnya 'syurga beli belah' bagi si kaki shopping..apatah lagi barangan yang dijual sangat murah, bebas cukai dan boleh tawar menawar...wow!!! Serius rambang mata aku bila sampai sana..rasa nak beli ja semua benda yang aku suka..ish..ish..

Kami pergi bersama rombongan ibubapa guru team Sipitang..

Akhirnya..aku sampai juga di sini..happy!!!!! Entri ni banyak gambar ya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Bila dah sampai sini..haruslah abadikan gambar berlatar belakang 'sign padang besar' kan..kenangan tu..


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Bersama keluarga tersayang..my dad, mama, putri dan si jaguh waie..
Bila ketua rombongan bagitau nak bawa kami ke Padang besar, masing-masing teruja dan tak sabar nak sampai sana..alhamdulillah tercapai hajat..

Dan misi penjelajahan Padang besar pun bermula..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Masa ni baru turun dari bas..masing-masing dah tak sabar!! Tempat ni sangat luas dan banyak produk yang dijual..dari makanan/minuman, pakaian, beg, aksesori wanita, barang mainan dan macam-macam lagi la..pokoknya siapa yang sampai Perlis kena pergi tempat ni..kalau tak rugi oo.. 

Mata dah rambang dah ni..ni baru sampai kedai yang di luar tu..belum lagi masuk arked!! Hadoiii..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ni misi mencari tomyam paste nak bawa balik Sabah sebagai ole-ole pada saudara mara..tomyam paste original thailand..fuh, dah try..pedas dan berasap telinga!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot,com
Ni gerai yang ada di luar arked..kena tahan panas sikit la..tapi apa yang menarik adalah harga yang ditawarkan di  sini adalah jauh lebih murah dari dalam arked..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ini adalah salah satu tempat yang kami agak lama berhenti..terdapat aneka kerepek, buah-buahan kering, manisan, biskut yang jarang ada atau pun mahal di tempat lain..tapi di sini kami dapat harga yang sangat murah..bayangkan kami dapat beli 5 pek hanya rm10. Kalau di dalam arked, beli 3 pek rm10..jauh beza kan..apalagi misi memborong pun bermula..hihi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
wajah teruja..;p

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ini baragan yang dijual dalam arked..tersangat la banyak pilihan barangan..kalau bijak tawar menawar boleh dapat harga murah juga walaupun harganya memang dah murah berbanding di pasaran lain..banyak pelancong datang ke sini..sepanjang di perlis, 2 kali kami ke padang besar tapi tak habis round pun..huhu sedih..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Bergambar di luar..banyak jual belon..kanak-kanak pasti suka..apalagi putri dan waie pun tidak ketinggalan membeli seorang satu belon..tapi belon tu tak bawa balik sabah..tinggalkan kat homestay...

Hasil belian..salah satunya adalah kukusan..murah giler!! :D
Masing-masing sudah penat dan kalau ikutkan hati tak nak balik homestay..tapi, kesian kat ibubapa yang bawa anak-anak kecil tu..tak pa, insyallah panjang umur dan ada rezeki padang besar akan aku kunjungi lagi..

Entri seterusnya akan menyusul..episod jalan-jalan cari makan Perlis..

Entri sebelumnya di sini>> Jejak kaki bandar diraja Arau, Perlis<<

Terima kasih kerana membaca entri ini..jumpa lagi..sekian, wasalam.




JEJAK KAKI BANDAR DIRAJA ARAU, PERLIS ( PART 1 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, pada bulan november yang lalu akhirnya aku menjejakkan kaki ke perlis bersama keluarga bagi menyaksikan Hari Potensi Tadika Kemas 2015 peringkat kebangsaan yang diadakan di sana.

Masing-masing bersemangat untuk bagi sokongan pada anak buahku, Waie wazien kebangaan kami sekeluarga dimana team mereka johan dan terpilih mewakili Sabah bagi acara Sprint Hurdle( lari berganti berhalangan ). Berterima kasih pada waie kerana dia kami jejak kaki di bumi perlis ni..

Seronok dan teruja sangat sebab ini kali pertama aku ke perlis. Kalau KL dah berapa kali aku sampai termasuk Melaka dan Pahang..

Jom layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Gembira bila dapat sampai sini dan sangat teruja bila tau arau adalah bandar diraja dimana bandar ini juga terdapat istana cuma dapat snap dari jauh..huhu..sedih..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Beberapa tempat di atas ni hampir setiap hari kami lintasi..

Berada seminggu di Arau..tapi hanya beberapa tempat menarik saja yang sempat kami pergi kerana jadual yang agak padat..


Antara pemandangan sawah padi yang nampak hijau..segar mata memandang..


C Mart antara kompleks beli belah yang sering kami kunjungi semasa di sana kerana lokasinya yang berhampiran dengan tempat penginapan kami. 

My mum & dad, putri & Sis liza
Gambar kenangan di KLIA Airport..dari KKIA kemudian transit di KLIA, selepas tu dari KKIA fly pula ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah. Kemudian menaiki bas ke Arau, Perlis..letih tapi seronok!!!

Kitorang bertiga ni terasing dari grop rombongan ibubapa pelajar dan guru dari team Sprint hurdle Sipitang, Sabah sebab tiket kitorang dibeli last minute..huhu..

Oleh kerana flight kami berbeza dengan grop rombongan dimana dari Kk kami menaiki AirAsia manakala rombongan menaiki MAS..so, kami sampai di KLIA 2 perlu ke KLIA pula kerana flight ke Kedah kami semua menaiki MAS..cemas pada mulanya sebab tak tau cara ke KLIA. 

Last-last kami naik teksi ke KLIA..alhamdulillah sampai dengan selamat dan cepat. Alamak rupanya dekat dan boleh naik train yang tambangnya jauh lebih murah..aduyaiii!! Uncle yang bawa teksi tu sempat bagi tips macamana nak naik train di lain masa..tq banyak uncle..

Zara Homestay adalah tempat penginapan kami selama seminggu..semuanya diurus oleh ketua rombongan iaitu Tuan Kennedy seorang anggota polis yang sedang berkhimat di Sipitang,Sabah dan anaknya juga team Sprint hurdle dan beliau berasal dari Perlis. Syukur semuanya jadi lebih mudah..

Gambaran Zara Homestay..selesa, besar dan murah. 

Ruang sangat luas, ada tv, boleh masak, cuci kain dan aircon..best!!!

Entri selanjutnya akan menyusul kemudian..episod Hari potensi kebangsaan tabika kemas 2015 di UiTM, Arau , jalan-jalan cari makan dan tempat menarik yang sempat kami kunjungi di Perlis. Tunggu!!

Sekian, wasalam.










WAIE JOHAN PERINGKAT NEGERI SABAH KATEGORI SPRINT HURDLE( HARI POTENSI)


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cerita yang sudah lama terperap dalam draf..tak ada masa nak menaip panjang-panjang..aduhai..

Sambungan dari Hari Potensi Tadika KEMAS Peringkat Zon 3.

Setelah Waie & the gang johan untuk acara Sprint hurdle peringkat zon 3, mereka mara pula ke peringkat seterusnya iaitu peringkat negeri dan nasib sangat menyebelahi mereka apabila mereka dinobatkan sebagai johan peringkat negeri pula.

Bertempat di Kompleks Sukan Likas.

Waie & the gang wakil Tadika Kemas Zon 3 untuk acara Sprint hurdle( lari berhalangan )..dan dorang muncul juara untuk acara tu..tahniah!! Memang tak sia-sia berlatih hari-hari di padang dan di rumah..huhu..

Mereka berjaya menewaskan beberapa zon yang lain yang datang dari seluruh Sabah yang hebat-hebat semuanya..

Waie ~ depan sekali dari kiri. Bergambar dengan guru pengiring dan rakan-rakan yang lain

Waie 'happy' sangat sebab 'team' dorang muncul juara peringkat negeri Sabah 2015 acara Sprint hurdle


Sangat bersemangat pada hari tu..walaupun cuaca yang sangat panas..semua pun berlari sangat pantas dan tak ada satu pun tiang halangan yang jatuh..

kami sekeluarga datang menyaksikan dan menyokong waie dan rakan-rakan..

Atas ~ bergambar kenangan di padang bersama guru dan rakan selepas acara tamat



.



Gong dipalu oleh YB.Datuk Hjh.Jainab sebagai simbolik perasmian

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah dibuat di Dewan Mini Putrajaya yang dirasmikan oleh YB.Datuk Hjh. Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid ( Menteri pembangunan masyarakat dan Hal ehwal pengguna  Negeri Sabah.

Hadirin yang sangat ramai pada malam tu dipenuhi dengan murid-murid tadika dan guru pengiring serta ibu bapa yang hadir yang bagi sokongan..

Malam tu kami memang tak ada kerusi jadi dapat duduk di tangga sahaja sebab bilangan orang yang hadir melebihi jangkaan..wow!!

Kami tak tunggu acara habis sebab mata dah mengantuk dan perut masing-masing kelaparan..sebaik saja Waie penyampaian hadiah kami pun balik. 

Entri seterusnya??? tunggu tau!!! ;p

Sekian, wasalam