Showing posts with label Coklat. Show all posts
Showing posts with label Coklat. Show all posts

Resepi Chocolate Fudge Buttercream

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku ingin berkongsi resepi Chocolate Fudge Buttercream yang mudah dan sedap..ia sangat sesuai digunakan untuk mendeko atas kek ataupun cupckaes kerana  senang dibentuk dan hasilnya nampak cantik..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom kita lihat resepinya..aku intai di blog Paty kitchen..mohon izinkan wana share resepinya di sini..tq.

RESEPI: CHOCOLATE FUGDE BUTTERCREAM
SUMBER: PATY KITCHEN
 
BAHAN:
1 cawan gula icing
1/2 cawan butter
90 g coklat masakan
1 sudu kecil esen vanila

CARA:
  1. Cairkan coklat masakan sehingga cair dengan kaedah double boiler. Ketepikan.
  2. Pukul mentega hingga pucat.
  3. Masukkan gula icing  dan pukul hingga sebati.
  4. Masukkan coklat yang disejukkan tadi serta esen vanila.
  5. Pukul rata dan siap digunakan.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey sampai jumpa lagi..

Sekian, wasalam..

Booth Sweet Red Cherry, terima kasih!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu lepas aku ikut aktiviti jualan yang dianjurkan oleh BELIA Sipitang..aktiviti bulanan Youth corner dan ini merupakan aktiviti pertama untuk tahun 2016..

Sekali lagi SRC bergabung dengan HCB dimana terdapat aneka homemade coklat yang comel-comel dan pelbagai jenis kek budget yang 'hot' di pasaran, apam dan mufin..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Syukur alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dari pelanggan..terima kasih semua pada yang singgah dan membeli produk kami..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Antara gerai yang ada..gerai baju kanak-kanak dan bundle..yang lain tak sempat snap..heee ;)

Tempahan aneka kek budget atau homemade coklat, hubungi 012-8244251 ( bbwana ) ~ whatsApp. Tq

Sekian, wasalam.

Homemade Coklat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Siapa yang minat makan coklat??? Angkat tangan..hehe.. Pasti ramai yang meminatinya kan..nikmat rasanya kalau dapat makan coklat..erm..

Di sini aku ingin kongsikan pelbagai bentuk homemade coklat yang dijual di House of Choco Bites..

Semuanya comel-comel dan cantik..jom jamu mata..

Lolli choc rose yang dibentuk menjadi bunga telur


Bouquet of Roses, sesuai sangat bagi insan tersayang..

Packaging untuk 'doorgift'
comel buat doorgift

LOLLI ROSE

LOLLI CHOC ( FLOWER )


PRE LINE COKLAT

budak-budak paling suka lolli choc bergambar ni ( edible image )


sebagai hantaran pertunangan pun sesuai sangat!!!

pelbagai pilihan coklat yang beraneka bentuk dan kaler

ada coklat fountain lagi tau..air terjun coklat tu..i likeee!!!

Untuk harga jom tengok sini:

1. Edible Image Lolly Choc
Rm 2, Each
( up to 50 pcs RM 1.80 )
( up to 100 pcs RM 1.70 )
( up to 300 pcs RM 1.60 )
( up to 500 pcs RM 1.50 )

2. Animal Character Lolly Choc
- Color = Rm2, Each

3. Lolli rose
HARGA: RM 1

 4.Mini Choc
Rm 0.50 , Each

 5. Pre Line Choco
HARGA: 24 PCS, RM 25

 6. Bouquet of Choco Roses
HARGA: 15 PCS, RM25

Apa yang paling best tentang Homemade coklat di House of Choco Bites ( HCB )???
  • Menggunakan coklat berkualiti BERYL'S
  • Menawarkan harga yang sangat berpatutan dan murah
  • Terdapat pelbagai bentuk yang comel lagi cantik
  • Boleh tempah untuk majlis birthday, graduation, betunang, kahwin dll
  • Sesuai dijadikan doorgift, hadiah, bunga telur, hantaran dll
  • 100% produk muslim dan HALAL 
 Berminat???
Cara order:
Email: 
adimatuls@gmail.com / 012-8244251 ( bbwana )sms/whatsApp

More info: https://m.facebook.com/LovelyChocoBites

Sekian, terima kasih

RESEPI TOPPING COKLAT GANACHE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, semua bersua lagi kita pada petang ni. Hari ni aku ingin berkongsi resepi coklat ganache atas permintaan seorang teman blogger iaitu Farhana Mohammad..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ada banyak sebenarnya resepi coklat ganache yang boleh kita jumpa dan cari samada dalam buku resepi ataupun carian google..tinggal pilih ja mana satu resepi yang disukai.Jadi, di sini aku akan kongsikan  beberapa resepi coklat ganache yang ada dalam koleksi simpanan aku. Jom semak..

RESEPI 1: ( Ini adalah resepi paling simple dan selalu aku buat )

1/2 cwn serbuk koko
1/2cwn susu pekat manis
1 sb minyak
  • Masuk serbuk koko dan susu pekat manis dalam periuk. Gaul hingga sebati.
  • Panaskan atas api yang kecil. Masuk minyak. Gaul sekejap dan matikan api.
RESEPI 2:

100g coklat masakan  }
1 sb susu pekat manis }double boil
3 sb air panas             }
  • Double boiler bahan di atas sehingga cair dan sebati.
RESEPI 3:
SUMBER: ANNA QAWINA / DAPUR TANPA SEMPADAN

200g coklat masakan / coklat compound
100 ml susu cair @ 150ml whip cream
1 sk butter
  • Double boil susu @ whip cream bersama coklat masakan.
  • Bila coklat cair, tutup api dan kacau untuk larutkan coklat.
  • Masuk butter dan kacau sebati.
  • Biar seketika baru digunakan.

RESEPI 4:

2 cwn non diary whip cream
500 g coklat masakan
1/8 cwn golden syrup
  • Didihkan whip cream. Bila mendidih, padam api. Masuk coklat masakan dan kacau.
  • Tambah golden syrup. Kacau sebati.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la ya, sampai sini saja perkongsian resepi aku pada hari ni. Semoga bermanfaat buat teman-teman yang tengah cari resepi coklat ganache..^_^.

P/S: Buat Farhana, lepas ni boleh la baking kek dan letak toping coklat atasnya ya dan jangan lupa kirim untuk Wana di sini..hihi..

Sekian, wasalam.

Jualan sempena 'Karnival Jualan Serbaneka' 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah kembali bersiaran pada malam ni..tengah 'free' tiada buat apa-apa sekarang ni..so, dari langsung tiada buat apa-apa, baik aku update blog..banyak lagi entri dalam folder yang tunggu untuk di post..huhu..kena buat pelan-pelan..insyaallah bila ada masa lapang aku akan sentiasa update blog ni untuk tatapan teman-teman dan pengunjung semuanya..

Okey la, malam ni aku mau siarkan entri mengenai Karnival Jualan Serbaneka untuk kumpulan peniaga Facebook & online bagi kawasan Sipitang untuk tahun 2014 baru-baru ni..macam yang aku promo hari tu, aku memang join karnival ni bersama dengan sepupu-sepupu aku yang mana masing-masing jual homemade coklat, tudung, produk kecantikkan dan aku sendiri menjual aneka kek dan apam..syukur alhamdulillah produk yang kami jual dapat sambutan yang hangat dari pelanggan..boleh kata semuanya laris di jual..syukur pada Allah atas rezeki ini..terima kasih buat semua pelanggan yang telah membeli dan menyokong produk yang kami jual..

Ini adalah jualan kek aku yang sangat laris..aku jual Kek cheese leleh dengan 2 jenis perisa iaitu vanila dan pandan..Selain tu aku jual kek coklat moist, red velvet cheese leleh, cupcakes choc.moist with choc.fudge frosting dan apam ladybird bumble bee..

KEK CHEESE LELEH

KEK CHEESE LELEH, KEK COKLAT MOIST & RED VELVET CHEESE LELEH
Aku juga jual kek dalam bekas yang kecil dan bentuk individu..senang makan dalam bekas yang comel ni kan..hehe..
Di Sweet red cherry..


Di Red Jelita

 Aneka tudung yang cantik-cantik dijual dengan harga istimewa..selain tu terdapat juga kain pasang dan beg..


Di House of choco bites

Aneka coklat dengan pelbagai saiz dan bentuk serta karekter yang comel-comel..


Antara customer yang serbu 'booth' jualan kami..masing-masing sibuk memilih apa yang berkenan di hati..hehe..memang meriah.!!

Okey la, nampaknya sampai sini saja dulu entri aku pada malam ni..sampai jumpa lagi di lain entri..terima kasih kerana bertandang ke sini dan membaca entri hingga habis..daa..

-wasalam-

JOM RAMAI2 KE KARNIVAL JUALAN SERBANEKA AREA SIPITANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, kawan-kawan semuanya..

Kembali bersiaran pada hari ni..hari ni mau kongsi  tentang Karnival jualan serbaneka buat peniaga yang bisnes secara online untuk mempromosikan produk masing-masing kepada orang ramai..karnival ni berlangsung pada 30 Nov & 1 Dis ni selama 2 hari berturut-turut yang bermula jam 9 pagi hingga 6 petang..pada yang tinggal berdekatan dengan Daerah Sipitang dijemput hadir dan boleh la mendapatkan produk-produk kami khususnya kek, cupcakes dan homemade coklat dengan harga yang sangat menarik..

Kami juga ikut serta dalam jualan karnival ni bagi mempromosikan produk Sweet red cherry dan rakan kongsi kami pada hari tersebut iaitu House of Choco Bites yang menjual pelbagai jenis homemade coklat...selain tu, banyak juga booth lain yang menjual masakan, produk kecantikan, baju dan banyak lagi la..



Untuk yang ingin tahu booth kami adalah yang no.1..maksudnya paling depan sekali la..so, senang ja mau cari kami kan..hehe..

Aneka kek dan cupcakes..

 Aneka homemade coklat







So, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk jualan kami dengan harga yang menarik..bawa la keluarga dan teman-teman ke karnival ni ya.untuk pertanyaan lebih lanjut boleh la hubungi talian kami di 012-8244251 ( bbwana ). Tq.

PROMOSI HOMEMADE CHOCOLATE

Salam sejahtera dan selamat petang semuanya..

Alhamdulillah kita bersua lagi pada petang ini nampaknya..sekarang ni tengah rileks..mau tengok tv tapi tiada pula rancangan yang menarik minat..so, rasa bosan duduk2 tanpa buat apa2..so, apalagi bagus juga kalau publish satu lagi entri untuk petang ni..sekurang-kurangnya, kurang la juga gambar di folder yang masih tunggu masa untuk disiarkan..hihi..

So, entri yang aku siarkan ni sekali lagi mempromosikan homemade coklat ni..macam yang pernah aku bagitau hari tu, semua homemade coklat yang aku promosikan ni di bawah branding Zamia Choco Choo Choo..

Jom kita lihat apa yang ada untuk kali ni..

PRE LINE CHOCO
PRE LINE CHOCO
HARGA: 24 PCS, RM 25

BOUQUET OF CHOCO ROSES
BOUQUET OF CHOCO ROSES
HARGA: 15 PCS, RM25

Cantik dan comel-comel kan..sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran ataupun hadiah kepada orang yang anda sayangi..harga pun amat  berpatutan..so, apalagi hubungi kami untuk pertanyaan lanjut  atau tempahan ya..samada melalui email:adimatuls@gmail.com ataupun kol/sms ke no: 012-8244251 ( bbwana )..tq..

Promosi Homemade Coklat..

Assalamualaikum w.b.t..

Salam sejahtera semuanya..thanx ya kerana sudi menjenguk ke blog Sweet red cherry..okeyla, kali ni aku mau promosi homemade coklat pula..terdapat macam-macam pilihan..ada pelbagai bentuk dan coraknya..semuanya cantik-cantik dan comel-comel..Sesuai untuk dijadikan sebagai doorgift, hadiah, hantaran, makan sendiri ka dan sebagainya la..harga pun sangat berpatutan..semua homemade coklat ni adalah di bawah 'branding' Zamia Choco Choo Choo..

Mari kita lihat apa yang ada..
EDIBLE IMAGE LOLLY CHOC


1. Edible Image Lolly Choc
Rm 1.50, Each

ANIMAL CHARACTER LOLLY CHOC
2. Animal Character Lolly Choc
- Color = Rm1.50, Each
- Black & white = Rm 1, Each

FLOWER LOLLY CHOC
3. Flower Lolly Choc
- Color = Rm 1.50, Each
- Black & white = Rm 1, Each

LOLLY CHOC

4. Lolly Choc
- Color = Rm 1.50, Each
- Black & white = Rm 1, Each

ROSE LOLLY CHOC

5. Rose Lolly Choc
- Color = Rm 0.80, Each

MINI CHOC
6. Mini Choc
Rm 0.50 , Each

7. Lolly White Choc/ Milk Choc
Rm 0.80, Each

Macamana? semuanya nampak menarik ja kan dengan harga yang berpatutan..so, jangan berlengah lagi..jom la tempah dengan kami ya..untuk tempahan, anda boleh telefon kami di talian 012-8244251 ( bbwana ) atau email ke adimatuls@gmail.com..tq