RESEPI SALAD MAKARONI SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri pertama di tahun baru..alhamdulillah.

Musim cuti sekolah baru-baru ni aku jalankan misi tunaikan salah satu permintaan anak buah aku, putri yang sudah lama 'request' salad makaroni ni..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Lama betul sudah teringin..kesian pula asyik janji ja kan. Lepas siap semua tempahan biskut hari tu aku terus buat. Ops, bukan aku yang buat, putri yang buat dengan 'direction' dari aku. Hee, aku nak turunkan ilmu dengan dia sikit-sikit. Sebab putri ni tunjuk minat nak jadi 'baker' macam aku..alhamdulillah boleh tolong aku kemudian hari.


Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom tengok resepi mudah ni..

Salad Makaroni Mudah
Oleh: sweet red cherry

Bahan:
1 peket sederhana makaroni
Buah epal merah/hijau ~ potong dadu
Fruit cocktail ~ ambil buah
Susu pekat secukupnya
2 sudu besar mayonis ~ boleh tambah
Sedikit susu cair ~ jika suka

CARA: 
- Rebus makaroni hingga lembut. ( Bubuh sedikit garam dan minyak semasa merebus ).
- Toskan makaroni dan masukkan dalam mangkuk/bekas.
- Masukkan buah epal, fruit cocktail, susu pekat, susu cair dan mayonis. Gaul sebati.
- Sejukkan mayonis dalam peti sejuk seketika.
- Sedia untuk dimakan.

~ Selamat mencuba ~

Mudah saja kan..boleh la buat sendiri di rumah..

Okeylah sampai sini saja dulu. Insyaallah jumpa lagu di lain entri.

Sekian, wasalam.

KEYWORDS POPULAR BLOG SRC TAHUN 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku ingin kongsikan antara entri popular blog Sweet red cherry sepanjang tahun 2016 ni..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Banyak yang 'search' resepi coklat ganache, biskut ulat bulu, pelbagai resepi apam dan harga snow cheese cake.

Alhamdulillah..rasa gembira sangat apa yang aku kongsikan di blog ini dapat jadi rujukan dan panduan buat semua pengunjung. Semoga ianya bermanfaat buat semua.

Terima kasih pada kunjungan kalian semua..luv u all!!! Muahhhhhhhhh!!!! 😘😘😘

Sekian,  wasalam. 


                       ðŸŽ‰HAPPY NEW YEAR 2017🎉