Hai, assalamualaikum dan selamat petang..
Di tengah sibuk membuat kuih-muih yang ditempah ni aku menyempatkan la untuk update blog publish satu entri untuk tatapan pengunjung2 SRC semuanya..entri yang aku siarkan ni adalah Kek Marble Susu di mana resepi aku ambik dari dapur seorang blogger terkenal iaitu CMG@Dapur tanpa sempadan..memang rata-rata banyak yang telah mencuba kek ni dan mengatakan sedap..so, bila aku sudah buat dan merasanya memang tidak dinafikan kek ni bukan saja sedap malah gebu dan lembut ja kejadiannya..
KEK MARBLE SUSU, HARGA RM 28 ( SEBIJI ) |
Di sini aku sertakan resepi kek ni..mohon izin ya pada CMG untuk memanjangkan resepinya di sini..
RESEPI: KEK MARBLE SUSU
SUMBER: DAPUR TANPA SEMPADAN
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
250 g mentega
230 gula halus
2 sk ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung gandum
1 sk baking powder
60 g susu manis
2 sb koko
2 sb susu cair
1 sk coklat emulco
CARA MEMBUATNYA:
- Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masuk telur satu persatu. Putar kembang dan gula hancur. Masuk susu dan gaul.
- Masukkan tepung dan gaul sebati. Bahagi 2 aduanan.
- 1 bahagian, campur susu cair, serbuk koko dan emulco.Gaul. 1 bahagian, plain.
- Tuang selang seli adunan tersebut. Buat pusingan dengan chopstik.
- Bakar 170 degree selama 30-35 minit.
-Selamat Mencuba-
Baiklah, setakat ni la entri aku dulu ya..mau sambung buat kerja lagi ni..daa n jumpa lagi..
sedapnye :))) salam kenal..jmputla follow kmbali n jenguk entry trbaru sy :)
ReplyDeletehttp://theqas.blogspot.com/2013/05/its-teachers-day-of-2013.html
hai salam kenal juga..thanx ya kerana sudi bertandang ke blog sya ni dan follow..sya akan buat kunjungan balas..
Deletelamanya tak makan kek marble...
ReplyDeletedulu-dulu kalau raya mesti buat...
meh la datang sini..hari2 nak makan marble kek pun bleh..hihi
DeleteLama tak buat kek. Masalahnya nak cari orang tolong habiskan.
ReplyDeletekalau tak habis..senang ja, hantar ja ke sini..biar sya yang tlg habiskan..heheh..
DeleteSalam kenal..
ReplyDeletebestnya kek marble susu..dh lama msk dlm list yana tp tak terbuat lg hihii
salam yana..
Deletemakasih banyak ya sebab ziarah rmh sya ni..kek ni memang sangat sedap..
Aslmkum bbwana
ReplyDeletekek marble susu ni mmg femes dulu....ramai yg sukakan rasanya.
walaikumsalam mamasya..
Deletebetul tu..kek ni sempat femes dulu kan..
salam BBwana, thanks sudi singgah blog kak noor, kunjungbalas kesini pulak sbb nampak kek yg sedap tu heee ada lagi tak??
ReplyDeletetq kak datang rmh sya..hihi, kek dah abis la kak..
DeleteAssalamualaikum..emmm nampak pun gebus ni...klu dah semua yang mencuba pun komen sedap...ni buat teringin gak nak mencubanya...
ReplyDeletewalaikumsalam sue..
Deleteyalah..harus try..kek ni memang sedap tau..