KEK MARBLE SUSU

Hai, assalamualaikum dan selamat petang..

Di tengah sibuk membuat kuih-muih yang ditempah ni aku menyempatkan la untuk update blog publish satu entri untuk tatapan pengunjung2 SRC semuanya..entri yang aku siarkan ni adalah Kek Marble Susu di mana resepi aku ambik dari dapur seorang blogger terkenal iaitu CMG@Dapur tanpa sempadan..memang rata-rata banyak yang telah mencuba kek ni dan mengatakan sedap..so, bila aku sudah buat dan merasanya memang tidak dinafikan kek ni bukan saja sedap malah gebu dan lembut ja kejadiannya..

KEK MARBLE SUSU, HARGA RM 28 ( SEBIJI )


Di sini aku sertakan resepi kek ni..mohon izin ya pada CMG untuk memanjangkan resepinya di sini..

RESEPI: KEK MARBLE SUSU
SUMBER: DAPUR TANPA SEMPADAN
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
250 g mentega
230 gula halus
2 sk ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung gandum
1 sk baking powder
60 g susu manis
2 sb koko
2 sb susu cair
1 sk coklat emulco

CARA MEMBUATNYA:
- Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masuk telur satu persatu. Putar kembang dan gula hancur. Masuk susu dan gaul.
- Masukkan tepung dan gaul sebati. Bahagi 2 aduanan.
- 1 bahagian, campur susu cair, serbuk koko dan emulco.Gaul. 1 bahagian, plain.
- Tuang selang seli adunan tersebut. Buat pusingan dengan chopstik.
- Bakar 170 degree selama 30-35 minit.

-Selamat Mencuba-


Baiklah, setakat ni la entri aku dulu ya..mau sambung buat kerja lagi ni..daa n jumpa lagi..

14 comments:

  1. sedapnye :))) salam kenal..jmputla follow kmbali n jenguk entry trbaru sy :)
    http://theqas.blogspot.com/2013/05/its-teachers-day-of-2013.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai salam kenal juga..thanx ya kerana sudi bertandang ke blog sya ni dan follow..sya akan buat kunjungan balas..

      Delete
  2. lamanya tak makan kek marble...
    dulu-dulu kalau raya mesti buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh la datang sini..hari2 nak makan marble kek pun bleh..hihi

      Delete
  3. Lama tak buat kek. Masalahnya nak cari orang tolong habiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak habis..senang ja, hantar ja ke sini..biar sya yang tlg habiskan..heheh..

      Delete
  4. Salam kenal..
    bestnya kek marble susu..dh lama msk dlm list yana tp tak terbuat lg hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam yana..

      makasih banyak ya sebab ziarah rmh sya ni..kek ni memang sangat sedap..

      Delete
  5. Aslmkum bbwana
    kek marble susu ni mmg femes dulu....ramai yg sukakan rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam mamasya..

      betul tu..kek ni sempat femes dulu kan..

      Delete
  6. salam BBwana, thanks sudi singgah blog kak noor, kunjungbalas kesini pulak sbb nampak kek yg sedap tu heee ada lagi tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak datang rmh sya..hihi, kek dah abis la kak..

      Delete
  7. Assalamualaikum..emmm nampak pun gebus ni...klu dah semua yang mencuba pun komen sedap...ni buat teringin gak nak mencubanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam sue..

      yalah..harus try..kek ni memang sedap tau..

      Delete