SALAM SEJAHTERA..
Hai, kembal bersiaran untuk hari ni..memang agak lambat sebab tadi memang sibuk sangat menyiapkan tempahan apam dan kuih bakar dari kakak sepupu, Mrs.Adimatul dan mahu ambik kuih ni pada esok hari..dan dia juga menempah kelupis sebanyak 500biji dan wajid ubi sebanyak 800biji dan totalnya adalah 1300 biji yang perlu disiapkan kerana semua kuih ni akan diambil esok..tapi tugas menyiapkan tempahan kelupis dan wajid yang sangat banyak ni adalah mama serta adik-beradik mama yang lain..aku bab bungkus2 ni memang 'failed'..bukan x pernah cuba..pernah juga buat tapi tidak cantik..ada yang pendek, gemuk..ish..ish..tiada bakat langsung..so, tugas aku hanya buat kuih-muih yang lain..
Okey la tapi hari ni aku belum lagi siarkan mengenai entri tempahan tu..hari ni aku publish entri Kek Pelangi yang telah aku buat pada minggu yang lepas..resepinya yang sangat mudah dan aku dapat resepi ni dari buku resepi yang bertajuk KEK DAN BISKUT ( keluarga ) yang diterbitkan oleh Penerbitan Pena Sdn.Bhd..keknya lembut dan cantik ja dengan warna-warni pelangi..
KEK PELANGI, RM 28 ( SEBIJI ) |
Bagi yang ingin mencuba untuk membuat kek pelangi ni, di sini aku kongsikan resepinya. Untuk membuat kek ni aku hanya buat separuh dari adunan resepi dan penggunaan 'aun' aku telah tukarkan kepada gram supaya mudah untuk anda semua menyukat bahan..taulah penggunaan 'aun' ni banyak digunakan dalam sukatan bahan dalam buku resepi yang lama-lama..
RESEPI: KEK PELANGI
SUMBER: BUKU RESEPI KEK DAN BISKUT ( KELUARGA )
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
225 g marjerin
225 g gula halus
225 g tepung gandum
1 sk baking powder
4 biji telur
1 sk esen vanila
pewarna merah, kuning dan hijau
CARA MEMBUATNYA:
Untuk yang berminat untuk menempah atau ada pertanyaan mengenai produk kami, jangan malu-malu untuk hubungi kami menerusi email atau talian telefon yang tertera di atas itu ya..terima kasih..
Okey la teman-teman, entri ni berakhir di sini dan kita jumpa lagi nanti ya..
RESEPI: KEK PELANGI
SUMBER: BUKU RESEPI KEK DAN BISKUT ( KELUARGA )
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
225 g marjerin
225 g gula halus
225 g tepung gandum
1 sk baking powder
4 biji telur
1 sk esen vanila
pewarna merah, kuning dan hijau
CARA MEMBUATNYA:
- Ayak tepung dan baking powder. Pukul gula dengan marjerin sampai kembang. Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga cukup kembang dan putih.
- Masukkan esen vanila dan kacau hingga rata.
- Masukkan tepung sikit-sikit sambil dikacau perlahan-lahan hingga rata. Bahagi tiga adunan itu kemudian warnakan tiap satu.
- Minyakkan loyang dan taburkan sedikit tepung supaya kek tidak melekat. Tuangkan adunan tadi berselang-seli mengikut suka masing-masing ( seperti warna pelangi )
- Bakar 180 degree, 35-40 minit.
Untuk yang berminat untuk menempah atau ada pertanyaan mengenai produk kami, jangan malu-malu untuk hubungi kami menerusi email atau talian telefon yang tertera di atas itu ya..terima kasih..
Okey la teman-teman, entri ni berakhir di sini dan kita jumpa lagi nanti ya..
as-salam
ReplyDeletecantik warna kek pelangi ni...npk soo soft and moist. .
terima kasih banyak..
DeleteSalam Bbwana,
ReplyDeletekek ni nampak lembut dan gebu gitu..mau sepotong boleh tak?
salam umi..
Deletebetul tu umi..kek ni sangat gebu dan lembut..alamak, kek dah abis la..lambat datang rumah..hihi..
yg ni pon nmpk sedap..cantik
ReplyDeletethanx..saya suka dengan kaler yang meriah macam ni..hihi..
Delete