KEK SANDWICH

Hai..salam sejahtera..

Bersua lagi kita pada hari rabu ni..semantara tengah berehat-rehat ni dapat la menghadap laptop dan update blog..sekurang-kurangnya nda la juga banyak lagi entri tertunda yang masih dalam 'waiting list'..hihi..baiklah, untuk hari ni aku kongsikan satu lagi kek yang aku buat pada minggu lepas..kek ni aku olah semula dimana resepi asalnya nama kek adalah Kek Impian Coklat tapi setelah aku olah jadilah nama kek ni Kek Sandwich.. apapun, kek ni memang sedap dengan jem/filling coklat ditengahnya..kalau ikutkan resepi asal kek ni disapukan dengan buttercream dan tabur dengan coklat rice..

KEK SANDWICH
 Kalau ada yang berminat mau tau resepi kek ni, aku ada sertakan resepinya sekali di bawah ini..jom semak..

RESEPI: KEK SANDWICH
SUMBER: KEK AIDILFITRI dari dapur VARIANITA
OLAHAN SEMULA: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
100 g tepung naik sendiri
1 sk baking powder
100 g mentega
100 g gula halus
2 biji telur
Jem/filling kegemaran

CARA MEMBUATNYA:
  1. Ayak tepung dan baking powder dalam bekas.
  2. Pukul mentega dan gula halus sehingga ringan dan putih.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
  4. Masukkan tepung dan gaul sebati.
  5. Tuang dalam loyang. Bakar kek hingga masak dan sejukkan atas wire rack dan potong kepada 2 bahagian.
  6. Lapiskan dengan jem/filling.
  7. Bakar 180 degree selama 30-40 min.
  8. Nota: Aku gandakan adunan untuk mendapatkan kek yang lebih besar.

Okey la semua, aku mau rehat dulu ni..penat lepas buat kuih-muih untuk jualan di tamu nanti..kita jumpa lagi di lain entri pula..tq kerana berkunjung ke sini dan membaca entri hingga habis..bye.

10 comments:

  1. sedap nya kek.. nama kek pun sedap gak.. syok nya makan kek time2 ni ngan air teh O..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jassnani..

      tq datang rmh..memang sedap..makan kek dengan minuman panas..hihi

      Delete
  2. Replies
    1. rajin bereksperimen buat kek ni zila..hehe..

      Delete
  3. Sedap kek..blh try nnti..ank2 kite suka suki kek..klau xde buat kek,mesti tanya..
    Tiap hari mkn kek pun depa x jemu..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai sury..

      oh, yakah? haa, bagus la tu..kek pun ada yang tlg habiskan..jangan lupa try buat kek ni ya..

      Delete
  4. kek ni tentu sedap sebab tak ada krim banyak sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..

      ya betul tu..krimnya sedang2 ja..ikut kesukaan masing2 samada nak bubuh banyak atau sikit..

      Delete
  5. Replies
    1. walaikumsalam..

      kek ni sedap..mesti try yek..

      Delete