Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Hai, kembali bersiaran pada pagi isnin yang indah ni setelah 2 hari bercuti dari berblog..heheh..so, minta maaf banyak-banyak pada teman-teman dan pengunjung SRC semua kerana tiada entri baru selama 2 hari tersebut..so, pada pagi ni aku mau kongsikan satu resepi apam yang paling banyak permintaan dan selalu laku dan laris ja kalau aku jual..alhamdulillah..Nama apam ni Apam Isabella..sangat cantik kerana mekar dan merekah sangat..kata orang bukan lagi senyum apam ni tapi ketawa besar sudah..kahkahkah..ha, macam begitu la lebih kurang ketawanya..hihi..
APAM ISABELLA, HARGA RM 0.35 ( SEBIJI ) |
Kisahnya apam ni nama isabella adalah kerana sorang customer tetap apam ni yang menamakannya apam isabella dan sering membeli apam ni..sampai sekarang melekat la nama apam isabella..sebelum ni aku namakan apam ice-cream soda..kerana antara bahan apam ni adalah ice-cream soda.
Di sini aku ingin kongsikan resepi apam ni dengan kawan-kawan serta pengunjung SRC semuanya..Let's check it out..
RESEPI: APAM ISABELLA
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
3 cwn tepung gandum } ayak
1 sk baking powder } bersama
3 biji telur sejuk ( dr peti ais )
2 cwn gula halus
1 sm ovallete
1 cwn ice-cream soda ( boleh juga guna sprite )
2 sk esen ros
pewarna pink
CARA MEMBUATNYA:
- Panaskan kukusan terlebih dahulu.
- Pukul telur, gula halus dan ovallete sehingga kembang dan pekat ( putih ).
- Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak tadi. Putar lagi.
- Masukkan ice-cream soda dan esen ros. Putar sebati.
- Bahagi aduanan kepada 2 bahagian. 1 bahagian bubuh warna pink. 1 bahagian warna asal.
- Tuang adunan ke dalam acuan / papercup secara selang seli.
- Kukus selama 20 minit.
* Nota: Api yang digunakan jangan terlalu besar, sedarhana saja.
* Adunan yang aku buat ni menghasilkan 30 biji apam..buat 1/2 adunan jika terlalu banyak.
-Selamat Mencuba-
Bagi yang berminat ingin menempah apam ni atau produk kami yang lainnya, tempahan dibuka sepanjang masa..hanya email saja kami ataupun telefon/sms ke talian kami yang tertera di atas ini ya. Terima kasih..
Than juga pada semuanya kerana membaca entri ni hingga habis..sampai sini ja dulu...jumpa lagi next entri pula ya..bye..
sedapnya...
ReplyDeletekalau dapat makan panas-panas bestnya...
hai..tq kak datang rmh..hehe..
Deleteapam ni memang sedap makan time panas2..lagi satu apam ni memang tahan beberapa hari dan tekstur pun masih lembut.
nampak menarik apam...namapun glemer..
ReplyDeletesalam mamasya..
Deleteterima kasih..haha, nama apam ni memang glemer..
mnarik..nmanya pon sedap..hihi..
ReplyDeletemakasih banyak ya QH..
Delete