BISKUT MAMA CARRIES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hai semuanya..syukur alhamdulillah kita bersua lagi pada petang hari ni..tengah berehat-rehat lepas menyiapkan semua kuih-muih untuk jualan di tamu esok..so, lega rasanya sebab semuanya sudah siap..tinggal pek ja nanti pada sebelah malam..

Okey la terus ja kita kepada entri iaitu Biskut Mama Carries..ni adalah projek membuat biskut dalam minggu yang lepas-lepas..sebenarnya baru mencuba biskut ni sebab tertarik sangat dengan biskut ni bila nampak di blog Raihanna@sweet vanila..lagipun banyak juga yang komen biskut ni sedap..dan memang tidak menghampakan, biskut ni memang betul sedap..thanx Raihanna atas perkongsian resepinya..selain aku sendiri yang mau rasa biskut ni aku juga menyediakan beberapa jenis biskut untuk dijadikan tester kepada pelanggan-pelanggan aku untuk tahun ni sebab last year banyak yang request maukan tester..so, tahun ni aku berbaik hati membuat tester..heheh..

BISKUT MAMA CARRIES

 Di sini aku ingin kongsikan resepinya untuk rujukan teman-teman dan pengunjung SRC..jom kita semak resepinya di bawah ni..

RESEPI: BISKUT MAMA CARRIES
SUMBER: RAIHANNA @ SWEET VANILA
DI CUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
400 g tepung gandum
300 g butter
2 sm tepung jagung
100 g gula icing
1 sk esen vanila
LAPISAN GULA:
2 biji putih telur
150 g gula icing
1 sk membumbung tepung jagung
serbuk coklat/coklat emulco/warna pilihan

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul butter, gula icing dan esen vanila hingga kembang.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sikit-sikit.
  3. Uli hingga doh tidak melekat pada tangan.
  4. Canai doh ikut ketebalan yang sesuai guna acuan disukai atau bentuk love.
  5. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak dan letak biskut yang diterap.
LAPISAN GULA:
  1. Pukul semua bahan hingga kental. Pastikan betul-betul kental.
  2. Asingkan dalam 2 sb dr adunan dan warnakan.
  3. Sapu krim guna jari.
  4. Lorek warna coklat atas biskut guna pencungkil gigi atau lidi.
  5. Bakar 180 degree selama 15-20 minit.
-Selamat Mencuba-






Untuk yang berminat untuk menempah, jangan segan-segan untuk menghubungi kami di talian 012-8244251 ( bbwana ) @ email: siti.salwana@yahoo.com, untuk maklumat yang lebih lanjut..aku juga akan menyiarkan senarai biskut dan harganya pada masa akan datang..

Okey semuanya, terima kasih kerana membaca entri ni hingga ke akhirnya..sampai jumpa lagi di entri yang lain pulak..daa..

4 comments:

  1. Salam bbwana
    biskut mamacaries...antara biskut yg femes dan sedap...pernah buat dulu2 sekali...renyah sikitkan nak letak lapisan gula dan lukis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak..

      saya ni agak ketinggalan membuat biskut yang femes ni..heheh..baru mencuba..tapi memang sedap walaupun banyak keja skit..

      Delete
  2. waaahhh..dah start buat empahan biskut raya ke??:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq datang sini..dah mula tayang biskut raya ni..aura posa sudah mula..tempahan dibuka pada yang berminat..

      Delete