KEK CAWAN NESCAFE

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, selamat malam..maaflah baru update blog..pada teman-teman yang rajin ziarah ke sini dan meninggalkan komen-komen yang manis tu, terima kasih banyak ya..aku juga akan buat kunjungan balas ke blog teman-teman..seronok rasanya bila dapat berbalas komen..terasa persahabatan tu semakin rapat walaupun hakikatnya tidak pernah pun bersua muka..

Baiklah, untuk malam ni aku ingin siarkan cupcakes yang aku buat pada minggu lalu iaitu Cupcakes Nescafe..resepinya aku dapat dari blog diari cik pipi. Resepinya sangat mudah dan senang ja mau buat cupcakes ni..apapun, rasanya sedap dan sangat sesuai dimakan bersama secawan kopi or milo panas dengan taburan hirisan badam di atasnya..memang best.

KEK CAWAN NESCAFE, RM 0.80 (MEDIUM ), RM 0.50 ( SMALL ), EACH


Kalau ada yang mau resepinya, aku sharekan di sini..mohon ya Cik Pipi untuk panjangkan resepinya di sini pula..tq.

RESEPI: KEK CAWAN NESCAFE
SUMBER: DIARI CIK PIPI
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
300 g tepung naik sendiri
250 g butter
200 g gula kastor
5 biji telur
sedikit esen vanila
1 sb nescafe bancuh dengan air panas ( agak2 cair ja )

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul gula kastor dan butter sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan esen vanila. Kacau rata.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
  4. Masuk bancuhan nescafe dan putar lagi hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sikit-sikit dan gaul sehingga sebati.
  6. Sudukan adunan dalam papercup 3/4 penuh.
  7. Bakar dalam oven suhu 190 degree selama 25 minit.
-Selamat Mencuba-


Untuk yang berminat untuk menempah atau ada sebarang pertanyaan, terus saja hubungi kami menerusi email atau talian telefon kami yang tertera di atas tu ya..terima kasih..okey semuanya, sampai sini saja dulu..kita jumpa lagi..bye..

8 comments:

  1. ~ yana dh lama xbeli nescafe..lepas preggy tahun lpas and skg ni baby dh 9 bln belum sempat lg nk beli nescafe huhuu..klu ada cnfem cuba..suka bau wangi nescafe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..

      wah,lama juga ya x beli nescafe..em, memang best buat cpcke ni..wangi nescafe..best!

      Delete
  2. assalam
    rasa nescafe, seda kanp dan baunya pun best

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..

      yalah kak..kek cawan ni rasanya sedap dan wangi..

      Delete
  3. mesti sedap cc nescafe ni..baunya juga tentu mgancam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai QH..

      tq datang sini..bukan ja bau wangi nescafe ni yang mengancam..rasanya pun sedap dan lembut bahagian dalamnya..

      Delete
  4. ini sure sedap punyakan...family sy semua pnggemar nescaffe, tambah pulak ada badam kt atas :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya immiey..cupcakes nescafe ni memang sedap..tambah lagi dengan aromanya yang sangat wangi tu..nyum2..

      Delete